Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Thursday, February 12, 2009

BETUL KAH MB PERAK MENDERHAKA?



BETUL KAH APA YANG DIKATAKAN OLEH MEDIA DAN BN BAHAWA MB DERHAKA?

APA BUKTINYA? APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MB DERHAKA?

Semenjak perlantikan mb haram yang baru dinegeri perak, kita dapati banyak yang mengatakan bahawa mb perak yang sah dato seri ir mohd nizar adalah derhaka kepada sultan perak. kerana apa yang kita tahu ini berkaitan dengan desas-desus pengurusi dap untuk menyaman sultan perak dikaitkan dengan mb perak, nizar. ini lah peranan umno dan bn untuk mengelirukan rakyat neg perak, tetapi apa yang kita tahu yang hanya menyatakan perkara ini hanyalah pihak bn dan midia. sementara pihak-pihak yang lain pula mempunyai pendapat yang berbeza. prof. aziz bari dalam kenyataannya menyebut nizar tidak derhaka dan nizar ada hak mengikut undang-undang, manakala yab tuan guru hj nik abdul aziz nik mat(mb kelantan - mursyidul am pas) pula memperjelaskan, mb dalam sebuah negeri adalah mewakili kepada rakyat negeri itu dan disembahkan kepada raja. status institusi raja akan terjejas dimata rakyat kalau raja mendengar dan akur menerima nasihat dari orang lain. bukan kita tidak tahu bn ketandusan idea untuk memburuk-burukkan pakatan rakyat(pr). rakyat sudah tidak percaya akan mereka lagi, mereka yang merampas neg perak ini dari kerajaan yang sah kemudian mereka menyorok dibelakang institusi istana tiba-tiba mereka nak rampas semuanya apa hak mereka sedangkan mb perak tidak melepaskan lagi jawatan. kalau mengikut logiknya mereka adalah menderhaka.

Tentang karpal sigh pula ia menyaman sultan perak atas personal dan bukan atas permintaan pr mahupun kerajaan neg perak. jadi tidak boleh lah mereka menyamai nizar dengan karpal, kita harus memahami perkara ini lebih mendalam agar tidak termasuk dikalangan orang-orang yang zalim.

"maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. segala puji bagi allah tuhan semesta alam" (surah al- an aam : ayat 45)