Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Monday, January 24, 2011

muka-muka yang merosakkan nama islam


INI PEMIMPIN YANG KITA LANTIK UNTUK TERUS MENTADBIR NEGARA


“Dia (calon PAS, Normala Sudirman) tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini. Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS." - Chua Soi Lek


“Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada. Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina.” - Muhyiddin Yassin




"PAS ingin menubuhkan negara Islam dan berkeinginankan hukum-hakam yang memotong tangan kepada mereka yang mencuri." - Abdul Ghani Othman





“PAS tegaskan bahawa bentuk negara yang dikehendaki oleh rakyat ialah sebuah negara yang bebas dari budaya rasuah, salah guna kuasa, memaksa akta yang menindas rakyat, bebanan hidup rakyat yang semakin meningkat manakala di waktu yang sama pemimpin Umno hidup mewah melampau dan rakyat terpaksa membayar kos yang bukan kos sebenar.

Model negara yang ingin PAS perjuangan sudah dapat dilihat daripada pemerintahan PAS di Kelantan untuk lebih 20 tahun. Tiada rakyat yang tersisih dalam arus perancangan dan pembangunan. Kita tidak isytihar atau tukar Kelantan ke Darul Islam, ia kekal Darul Naim.

Kita bawa dasar membangun bersama Islam. Islam yg membawa rahmah, bukan menyusahkan rakyat, bukan merosakkan akhlak rakyat, atau menggalakkan budaya negatif.

Isu negara Islam segaja dilontar bagi mengalih perhatian rakyat dari menilai tawaran 100-hari Pakatan Rakyat. Umno BN bukan sahaja gagal menyahut cabaran debat, sebaliknya menimbulkan isu remeh temeh soal bersalam, soal sarung tangan yang dipakai calon. Ini bukti UMNO BN ketandusan modal bagi menghadapi PAS dan Pakatan Rakyat." - Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Naib Presiden PAS.

Sunday, January 23, 2011

najib perlu sahut seruan debat -kamaruddin jaafar-


Kenyataan tidak konsisten Datuk Seri Najib Razak berhubung beberapa isu besar negara menunjukkan Perdana Menteri itu banyak dolak dalih, kata AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Beliau memberi contoh, Najib ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri ada mengumumkan bahawa zaman kerajaan tahu semua perkara sudah berakhir.

Namun apa yang dihairankan katanya, dalam isu debat dengan Datuk Seri Anwar, Najib mendakwa beliau selaku perdana menteri tahu semua benda dan tidak takut dengan Anwar.

"Bila Najib jadi PM dulu, dia umum zaman kerajaan tahu semua sudah berakhir.

"Kononnya beliau merendah diri dan menghormati pihak lain yg juga berpengetahuan.

"Tapi berbeza dalam isu debat, beliau secara terbuka menjawab dengan angkuh, "saya perdana menteri saya tahu semua perkara,"

Najib sekali lagi membuka pekung dirinya apabila tidak mahu merespon berhubung dakwaan penyeludupan wang secara haram ke luar negara yang dianggar bernilai lebih RM67.7 bilion.

Najib sebaliknya hanya mahu pihak Bank Negara Malaysia membuat ulasan berhubung perkara itu.

Terdapat laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.

Laporan tersebut didakwa berdasarkan laporan oleh badan pengawas kewangan yang berpangkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI).

Menurut laporan itu pengaliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (US$22.2 bilion) yang, lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (US$68.2 bilion).

"Beliau bukan seorang yang konsisten. Hanya bercakap untuk lepaskan diri sahaja,"

beliau mahu Najib sekali lagi menyatakan pendirian beliau terhadap cabaran debat yang dibuat Ketua Umum PKR itu.

Friday, January 21, 2011

hapus undi pos, spr buat undi proksi -KP-



1. Entah jenaka apa yang dilakukan oleh SPR disaat parti - parti politik yang mewakili rakyat mendesak agar Undi Pos dihapuskan dan satu sistem Daftar Pemilih Secara Automatik dilakukan bagi warganegara yang telah genap usia mengundi, SPR pula sekonyong - konyongnya mengisytiharkan hasrat mereka memperkenalkan Undi Proksi .

2. Apakah SPR tidak memahami kehendak rakyat atau sengaja mereka buat - buat tidak faham ? setelah sekian lama malah berhempas pulas SPR berkempen mengajak orang mendaftar sebagai pemilih bagi membolehkan mereka mengundi, kenapa tidak diperkenalkan sahaja kaedah Daftar Pemilih secara Automatik bagi mereka yang genap usia yang melayakkan mereka mengundi.

3. Kita sekarang berada dizaman serba canggih. Kaya dengan database malah memiliki sistem Mykad yang up to date, kenapa mesti SPR memilih jalan sukar menghabiskan banyak wang untuk gerakkan mendaftarkan pemilih baru. SPR kelihatan gagal bergerak seiring dengan transformasi dasar dan sistem dalam negara yang dilaung - laungkan oleh kerajaan atau transformasi itu hanya omong kosong untuk menggula - gulakan rakyat dan mendodoikan mereka sedang mereka khasnya SPR masih selesa dengan cara dan kaedah lama yang out of date.

4. Seperkara lagi, mengenai Undi Proksi. Tidak siapa tuntut dan tidak siapa minta untuk mengadakan Undi Proksi, boleh pula SPR memperkenalkannya. Fenomena ini hanya memperlihatkan SPR sebagai satu badan yang senantiasa mencari jalan untuk memenangkan Barisan Nasional dengan memperbanyakkan ruang - ruang manipulasi dalam sistem pilihanraya negara .

5. Sebelum ini pilihanraya diganggu oleh sistem undi pos yang terdedah kepada 1001 ruang manipulasi yang menggugat keabsahan undi atau sokongan sebenar buat parti - parti yang bertanding dalam pilihanraya. Sedang zaman telah maju dan canggih. Tidak tahu dimana rasionalnya undi pos dikekalkan melainkan sengaja dipertahankan untuk menjadi talihayat kepada UMNO dan BN. Sebagai contoh Datuk Seri Najib pernah kalah dalam pilihanraya umum di kawasanya sendiri [ Parlimen Pekan ] tetapi diselamatkan oleh undi pos yang begitu banyak . Bahkan ramai lagi mereka yang menang dengan undi pos sedang mereka kalah dengan undi bukan pos. Sehingga mereka mendapat jolokan Wakil Pos bukan Wakil Rakyat .

6. Kini satu lagi ruang manipulasi cuba dibuka oleh SPR dalam sistem pilihanraya negara ini dengan memperkenalkan Undi Proksi. Ini bukan transformasi tetapi ini adalah satu bentuk Infiltrasi bagi membolehkan satu lagi manipulasi pilihanraya dilakukan.
7. Undi Proksi juga menjadi ruang untuk menafikan hak pengundi sebenar menterjemahkan sokongan mereka dengan undi mereka yang tulen. Persoalan yang timbul ialah Siapakah proksi itu ? apa hak mereka untuk mewakili pengundi ? apa jaminan proksi itu akan mengundi sesuai dengan keinginan atau sokongan pengundi asal ? keuzuran bagaimana yang membolehkan proksi mewakili mereka ? bagaimana pengesahan keuzuran pengundi untuk membolehkan proksi mewakili mereka ? dan lagi dan lagi ......

8. Insyaallah Dewan Pemuda PAS Malaysia sejurus selesai pilihanraya kecil N 05 Tenang akan mengadakan siri kempen Daftar Pemilih Automatik ke seluruh negara serentak menggerakkan rakyat untuk bangkit membantah undi pos dan apa jua bentuk undi yang terdedah kepada ruang manipulasi ynag menggugat kredebiliti sistem demokrasi pilihanraya dalam negara kita seperti Pengundi Hilang Layak Undi Awam dan Undi Proksi.


Monday, January 17, 2011

Elak posting yang merugikan -tuan ibrahim tuan man-


“Kita kena ingat bahawa kita menentang dasar bukannya peribadi. Jadi adalah lebih baik dalam tulisan masing-msing kita fokuskan kepada dasar dan tawaran PR daripada lebih menumpukan serangan kepada individu. Umpamanya kita perluaskan la gi tawaran ‘100 hari’ Pakatan supaya lebih menyeluruh perbincangan rakyat.

“Serangan peribadi kepada individu tertentu tanpa usul periksa kebenarannya boleh menjerumuskan kepada fitnah, tuduhan qazaf dan kekeliruan sehingga berpanjangan walaupun akhirnya cuba diperbetulkan,” .

contoh pertemuan Mursyidul Am PAS dengan Yang Di Pertuan Agung dan Perdana Menteri di Istana Negara baru-baru ini. Seorang blogger telah menulis seorang pemimpin PAS yang lain turut bersama walhal pemimpin berkenaan tidak pergi. Setelah terbukti blogger tersebut bersalah, beliau memohon maaf dalam blognya namun tulisannya yang tidak benar dipetik oleh blogger-blogger lain sebelum itu telah pun tersebar.

“Berhati-hati dalam menyampai dan memanjangkan maklumat supaya berita yang tersebar tidak menjadi fitnah berpanjangan. Jangan hanya mahu menjadi kita orang pertama tahu, kita lupa bahawa tulisan yang baik akan mendapat ganjaran pahala dan begitulah sebaliknya.”

Wednesday, January 05, 2011

khairy tidak di perlukan dalam umno -firdaus-


Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar menyokong cadangan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berundur dari persada politik negara seperti yang dinyatakan baru-baru ini.

kepimpinan Khairy sememangnya tidak dihormati dan direstui oleh Umno pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti.

"Dalam Umno, jelas terbukti siapa yang tidak sehaluan dengan kepimpinan mereka akan dicantas lebih awal lagi. Mereka juga tidak mengamalkan prinsip demokrasi secara total. Suara ahli tidak dihormati.

"Dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) juga suara anak muda tidak dihormati. Prinsip keadilan tidak menjadi teras kepada pegangan dan perjuangan yang diamalkan oleh kepimpinan parti tersebut,".

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat turut menyatakan pelantikan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Menteri dan Timbalan Pengerusi Umno Kedah adalah satu contoh yang sebenar.

sememangnya Khairy sudah tidak diperlukan lagi dalam Umno apabila Najib menerajui kepimpinan parti dan negara.

"Oleh kerana itu sekiranya Khairy berhasrat untuk bersara selepas pilihan raya umum yang akan datang, adalah lebih baik bagi beliau daripada terus diperalatkan oleh kepimpinan Umno.

"Cantas, diskriminasi dan kronisme sudah sebati dalam sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Umno dan BN. Ia juga sudah parah dan sukar untuk dihapuskan kerana telah menjadi darah daging sejak kepimpinan terdahulu lagi,".