Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Thursday, December 02, 2010

tahniah rapid kl bus -Ketua Pemuda-


1. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain diatas langkah bijak dan mesra kaum wanita , sekaligus memberi sumbangan besar kepada keselamatan dan kesejahteraan kaum wanita dalam negara ini .

2. Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.

3. Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.

4. Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).

5. Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dab U81 (Hab Pasar Seni).

6. Saya juga mencadangkan agar perkara ini diangkat menjadi satu yang diperundangkan dalam undang - undang negara di bawah peraturan jalanraya agar ia menjadi satu dasar perkhidmatan pengangkutan awam yang melibatkan perkhidmatan bas , teksi , LRT dan seumpamanya di seluruh negara khasnya di bandar - bandar utama .

7. Saya percaya ia mampu mengurangkan kadar jenayah seperti jenayah seksual [ gangguan seksual dan rogol ] , ragut dan sebagainya . Semoga usaha yang baik dan mulia ini [ walau masih diperingkat percubaan ] diberi perhatian serius oleh kerajaan .

8. Begitu juga langkah - langkah membuat dasar dan peraturan yang mesra pengguna khasnya kaum wanita , kanak - kanak dan OKU dalam semua aspek yang melibatkan keselamatan dan keselesaan mereka samaada di sektor perkhidmatan pengangkutan awam , tempat kerja , kawasan rekreasi , stesen minyak , tempat parking , lalu lintas , university , kolej , sekolah dan seumpamanya wajarlah diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan . Sementara mana - mana aspek yang berada di bawah kuasa kerajaan negeri , saya mencadangkan agar kerajaan negeri - negeri Pakatan Rakyat memulakan langkah bijak ini .