Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Thursday, August 12, 2010

ganesen tidak layak -DPPN-


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong pandangan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) yang turut bimbang akan peranan dan fungsi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang telah berubah dan lari dari landasan demokrasi dengan mengenakan pelbagai sekatan terutama kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dan juga sekatan terhadap para media semasa sidang DUN Perak baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, pelbagai sekatan yang lain turut di buat, rakyat juga di nafikan hak bagi memerhati sidang DUN yang selama ini diberikan kebenaran kepada siapa sahaja termasuk usaha mengadakan siaran langsung terus kepada rakyat. Bagi DPPN Pk yang juga telah di nafikan hak sebagai pemerhati, berasa amat sedih dan cukup bimbang dengan suasana ini. Gambaran ketidak tenteraman yang di maklumkan oleh Datuk R.Ganesan sebenarnya terpesong jauh.

Semua perkara ini berlaku sebenarnya menambah kekeliruan dan menghilangkan penghormatan kepada DUN Perak sebenarnya. Bukannya membaiki keadaan yang selama ini bertentangan dengan tatacara DUN sebenarnya. Fungsi sebenar seorang Speaker mesti dikembalikan kepada yang benar-benar memahami, ada kemampuan dan bijaksana melaksanakan fungsinya sepertimana yang telah diperuntukan.

Bagi DPPN Pk, Datuk Ganesan tidak layak dan tidak mampu untuk menjalankan tugas sebagai seorang Speaker. Barisan Nasional (BN) sepatutnya mencari orang yang benar-benar layak bagi mengisi kekosongan Speaker DUN Perak tersebut.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.