Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Tuesday, August 03, 2010

anak felcra mula bangkit -dppn-


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan kejadian tangkapan petugas dan juga anak muda Felcra semasa Himpunan Felcra Peringkat Kebangsaan pada 31 Julai dan 1 Ogos baru-baru ini yang menjadi himpunan Polis atas arahan dan telunjuk Umno yang di lihat telah berpihak.

Seramai 19 orang yang telah di tangkap hampir semua pimpinan pemuda PAS Kawasan termasuk Exco DPPN Pk Abdul Karim Mahmud yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Lenggong. Kesemua mereka di tangkap sekitar jam 4 petang pada 31 Julai tersebut.

Akhirnya 16 orang telah dibebaskan dan tinggal 3 orang lagi masih direman. Salah seorang dari mereka telah di tampar dan di terajang beberapa kali tanpa sebab, beliau juga diminta buat ujian air kencing di kawasan orang ramai tetapi beliau minta di buat di kawasan tertutup kemudian terus digari dan di bawa ke Balai Polis.

DPPN Pk melihat dan menjangkakan kehadiran sempena himpunan tersebut terdiri daripada 80% anak muda generasi kedua Felcra yang amat menakutkan Datuk Tajudin Abd Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak.

DPPN Pk berharap anak muda terutama generasi kedua Felcra bangkit mempertahankan hak dan juga tuntutan yang selama ini disalah gunakan mereka-mereka yang berkepentingan dan mendapat untung daripada keringat dan susah payah warga Felcra selama ini.


MOHD AKMAL KAMARUDDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.