lagi sekali kebiadapan umno/bn apabila mempersoalkan hak sultan memberikan anugerah.
mereka hanya berani dalam dewan tetapi tidak berani menyatakan diluar dewan. pingat datuk seri kepada nizar jamaluddin serta datuk kepada nge ko ham
kedua-dua nya diberikan sultan perak kepada menteri besar perak dan exconya yang sah.
hal ini dipertikai oleh salah seorang ahli dewan undangan umno dari rungkup.
ikuti cabaran pemuda pas perak dibawah.
mereka hanya berani dalam dewan tetapi tidak berani menyatakan diluar dewan. pingat datuk seri kepada nizar jamaluddin serta datuk kepada nge ko ham
kedua-dua nya diberikan sultan perak kepada menteri besar perak dan exconya yang sah.
hal ini dipertikai oleh salah seorang ahli dewan undangan umno dari rungkup.
ikuti cabaran pemuda pas perak dibawah.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar Datuk Shaahrani Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup mengulangi desakan di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak agar Darjah Kebesaran yang telah di anugerahkan oleh Seri Paduka Sultan Perak kepada Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Ham di tarik semula serta menunggu tindakan daripada Umno Negeri Perak dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di atas perkara ini.
DPPN Pk sangsi dengan tindakan terdesak Umno yang akan cuba dengan segala keadaan untuk menyekat pengaruh Datuk Seri Nizar yang terus berkembang di Negeri Perak ini dan masih di serang dalam pelbagai keadaan. Pelbagai usaha memburukkan Datuk Seri Nizar akan di lemparkan bagi memburukkan imejnya dan yang paling membimbangkan sekali ialah Umno akan memperalatkan semua jentera Kerajaan bagi menjayakan usaha jahat mereka ini.
DPPN Pk menasihatkan Umno supaya tidak mencampuri dan mempertikaikan Darjah Kebesaran yang telah Seri Paduka Sultan Perak kurniakan kerana ianya akan mengesahkan persepsi rakyat selama ini bahawa Umno telah memperalatkan Institusi DiRaja untuk kepentingan mereka. DPPN Pk mengharapkan agar rakyat sedar akan kejahatan Umno yang akan memastikannya terus berkuasa dengan apa cara sekali pun.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak