Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Wednesday, April 14, 2010

APA PENDIRIAN PEMUDA UMNO??? -DPPN-

JAWATANKUASA ANTARA AGAMA


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat menyokong penuh pendirian Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil ketetapan sebulat suara membantah kelulusan Kabinet terhadap penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama yang telah diluluskan pada bulan Februari yang lalu.

DPPN Pk mencabar Pergerakkan Pemuda Umno Negeri Perak yang kini dilihat berani agar tampil membuat sokongan bagi membantah Jawatankuasa Antara Agama tersebut. Amatlah sayang jika Pemuda Umno Perak hanya berdiam diri tanpa menyatakan sokongan tetapi berani menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Sultan Perak hanya dengan isu politik mereka sahaja.

Bagi DPPN Pk, sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Agama Islam sebagai agama rasmi perlu dihormati dengan tidak menyekat mana-mana agama untuk dianuti. Sepatutnya kerajaan mengurangkan suasana yang mewujudkan krisis berkaitan agama dengan melihat keharmonian beragama ini terpelihara. Dan DPPN Pk merasakan masalah antara agama yang timbul di Malaysia adalah disebabkan cara pendekatan Umno yang rasis, berkepentingan dan diktator berbanding dengan cara Pakatan Rakyat yang menekankan penerangan, dailog dan prinsip kebebasan beragama.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.