Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Monday, March 08, 2010

perasmian pertandingan bola sepak 9 sebelah


PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA YB ADUN CANGKAT JONG(YB ANUAR BIN SUDIN) DIRASMIKAN YB ANUAR SUDIN(ADUN N56 CANGKAT JONG) PERASMIAN BERLANSUNG PADA JAM 8.30 PAGI.
GIMIK PERASMIAN YB ANUAR BIN SUDIN MENENDANG BOLA.





antara pimpinan yang hadir, turut hadir wakil kelab penyokong(tiada dalam gambar)



yb anuar bin sudin(adun cangkat jong) sedang memberi ucapan sekali gus merasmikan pertandingan 9 sebelah piala yb adun cangkat jong



Banyak iktibar atau pengajaran yang boleh diambil oleh rakyat daripada sesuatu pertandingan bola sepak. Ia bukan sekadar sebuah perlawanan yang melibatkan aktiviti fizkal malah ada iktibar yang tersirat. Demikian dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin ketika merasmikan Pesta Bola Sepak 9 Sebelah Kalah Singkir Piala YB Anuar Sudin pagi tadi. Pesta bola sepak tersebut telah diadakan di Stadium Mini Teluk Intan."Antara iktibar yang kita boleh ambil ialah jika sesuatu perlawanan itu melibatkan rasuah untuk mencapai kemenangan maka sudah pastilah akan memberikan keputusan yang tidak adil. Begitulah yang terjadi jika amalan rasuah, ugutan dan sebagainya dilakukan dalam mendapatkan sesuatu seperti merampas sebuah negeri umpamanya. Itu merupakan satu amalan di luar batasan agama dan moral. Malah boleh dikatakan sebagai tindakan zalim," jelas beliau. Di samping itu, bermain bola sepak boleh menjadikan pemain itu seorang yang berdisiplin, berdaya saing dan sebagainya. Pada masa yang sama, dengan niat bermain untuk menyihatkan badan yang membolehkan kita melakukan ibadah kepada kepada Allah maka permainan itu akan menjadi satu ibadah pula. Selepas itu, YB Anuar telah melakukan gimik perasmian dengan melakukan sepakan mula di padang dengan disaksikan para penonton.






ust abd fatah awang(ketua pemuda teluk intan/ merangkap penasihat prog) sedang berdoa. bagi pembukaan prog agar dirahmati.


diantara mereka yang hadir sebagai peserta dan mengaminkan doa



bendera bulan yang dipasang mengelilingi stadium mini berkibar sepanjang perlawanan berlangsung.