Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Monday, March 15, 2010

ceramah isu semasa 13.03.2010

13.03.2010(sabtu) bertempat di markaz pas kawasan teluk intan kg padang tembak. jam 9.30 malam anjuran pas kawasan teluk intan.
diadakan ceramah isu semasa bagi menjelaskan isu-isu yang rakyat tidak akan tahu sekiranya mendengar dan mempercayai berita semata-mata.
penjelasan ini dibuat oleh pimpinan pr yang diadakan bagi rakyat mengetahui penyelewengan yang berlaku di malaysia khususnya negeri perak ini yang dipimpin oleh mb pilihan mahkamah.
ikuti cebisan-cebisan dalam ceramah ini.









ceramah yang dimulakan oleh yb anuar sudin(adun n56 cangkat jong)
antara peringatan yang diberikan beliau.
Rakyat akan lebih terjamin jika hukum Islam dilaksanakan di negara ini. Malah Allah akan menurun 'sakinah' kepada masyarakat yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya. Demikian telah dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong di dalam majlis ceramah malam tadi.

"Hidup rakyat akan terbela dan terjamin jika syariat Islam dilaksanakan kerana Islam itu sendiri bermaksud selamat dan merangkumi seluruh hidup manusia. Maka, di situlah akan ada sakinah atau ketenangan dalam hidup masyarakat, " jelas beliau.

Malah menurut beliau lagi, di dalam ajaran Islam memang tersedia jaminan akan keselamatan hidup manusia walaupun kebanyakan negara barat telah melaksanakan perkara seperti bantuan pendidikan, makanan, kesihatan dan pengangkutan.

Segala masalah yang dihadapi oleh manusia sekarang sebenarnya memang ada jalan penyelesaiannya di dalam Islam cuma umat Islam sahaja yang tidak mahu menjadikan Islam sebagai jalan penyelesaian utama. Malah, kebanyakan negara-negara umat Islam lebih rela mengambil cara barat bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang akhirnya telah terbukti cara selain Islam telah menemui kegagalan.





Begitu banyak kejahatan yang telah dilakukan oleh UMNO demi mencapai kepentingan politik sempit mereka. Mereka sanggup menggunakan beberapa isu agama untuk mengalih perhatian rakyat daripada beberapa isu sebenar yang telah diakukan oleh UMNO. Pandangan tersebut telah disampaikan oleh ADUN Teja YB Chang Lih Kang semasa menyampaikan ceramah di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan malam tadi.

"Sebagai contoh, isu penggunaan kalimah Allah yang memang didalangi oleh UMNO. Ia sebenarnya adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu kerajaan menarik subsidi gula dan roti yang menyebabkan kenaikan harga barangan tersebut, " jelas beliau.

"UMNO gunakan beberapa isu demi mencapai kepentingan politik mereka. UMNO ini banyak jahat...! Banyak fitnah telah ditaburkan ke atas DS Nizar seperti menfitnah DS Nizar bobeka kepada orang Cina sebab adakan kerjasama dengan orang Cina."

"Kita lihat sendiri, YB Nga Kor Ming, telah mengadakan majlis berkhatan di kawasannya. Tengok, orang Cina anjurkan majlis khatan..? Inilah kerjasama yang baik dalam Pakatan Rakyat'" jelas beliau lagi.

Beliau menambah, jika rakyat seluruhnya bersatu di bawah Pakatan Rakyat sudah pasti UMNO akan 'mampus dulu, kini dan selamanya'.

YB Chang turut menyatakan banyak perkara yang dulunya sukar diluluskan di bawah BN tetapi apabila Perak di bawah PR perkara tersebut dapat diluluskan dengan cepat.

"Contohnya, di kawasan saya sendiri. Sudah lima tahun penduduk di Taman Raia Mesra memohon membina sebuah surau tetapi gagal semasa BN memerintah. Tetapi, apabila PR memerintah, saya sebagai wakil rakyat terus memohon kepada kerajaan negeri dan ia telah diluluskan dengan segera. Tengok... orang Cinapun boleh mohon buat surau...." tambah beliau.

Beliau juga berkata, negara akan maju dengan pesat jika kadar rasuah kurang di negara ini.

"Tetapi malangnya. Rasuah dan negara kita ini ibarat malam dengan siang. Seperti kentut dengan tahi..."

Akhirnya, beliau meminta rakyat tidak terpengaruh dengan propaganda jahat UMNO/BN dalam cuba mengembalikan keyakinan rakyat yang semakin luntur.

YB Chang telah memulakan dan menyedahi ceramah beliau dengan ucapan salam.









Sementara itu, Ketua Dewan Ulama' PAS Johor Ustaz Haji Abdullah Hussin menegaskan bahawa para pejuang Islam mesti optimis atau yakin bahawa Islam pasti akan menang satu hari nanti.

"Bila kita nampak akan isyarat-isyarat kemenangan itu maka kita perlulah bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh agar kemenangan itu dapat direalisasikan" ujar beliau.

Beliau juga berharap para pejuang kebenaran di negeri Perak tidak lemah semangat apabila berlakunya rampasan kerajaan negeri. Apa yang penting perlu kumpulkan tenaga serta lakukan gerak kerja agar rakyat dapat menghukum UMNO/BN dengan 'mahkamah rakyat' pada PRU13 kelak.
umno terlampau angkuh dalam setiap kenyataannya, beliau menegaskan kata-kata yang diungkapkan apabila pru ke11 pada tahun 2004 iaitu kenyataan mb johor apabila pemberita bertaya beliau bagaimana pembangkang pada tahun ini, ujar gani othman ketika itu bahawa ia tidak akan membenarkan pembangkang menang walupun satu inci.
apa yang kita tahu manusia merancang tetapi allah yang menentukannya apa yang berlaku adalah 1 kerusi diberikan allah dengan kemengan tanpa bertanding.
tetapi allah tarik kembali tempat tersebut dengan kekalahan kepada calon pas tetapi undian yang memberansangkan kerana kawasan tersebut mejoriti melayu. tetapi allah gantikan dengan kemenangan 2 kerusi bertanding di tempat yang berbeza.
ini takdir allah -ujar beliau-




orang ramai yang hadir pada malam tersebut walaupun hujan baru berhenti dan tidak menghalang dari terus mendengar isu terbaru yang berada di negara.
ceramah dihabiskan pada pukul 12.00 malam dan hujan pun turun.