Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Friday, March 05, 2010

AKHIRNYA SEGALA-GALA TERBUKTI

Bermulanya kisah si lompat ini apabila pr memerintah beberapa buah negeri di malaysia menjadikan bn terus dicemuh dan hampir lumpuh. apa yang kita tahu bn/umno tiada jalan lain selain menjadikan kisah dikelantan satu ketika dahulu berulang.
mereka yang tidak mengikuti sejarah tidak akan tahu siapa umno/bn dari dahulu lagi. kerajaan kelantan dahulu yang dirampas dan mereka gunakan pelbagai cara dalam mendekati adun-adun pembangkang ketika itu untuk menumbang kan kerajaan tersebut sehingga tumbang nya kerajaan kelantan ketika itu dan lakonan yang sama dibuat dibeberapa negeri yang menjadi sumber kekayaan kepada umno/bn . mereka terus mendekati sehingga tumbangnya kerajaan perak dan mereka sedang berusaha dalam menarik lagi mp-mp dalam memulihkan mereka menjadi mejoriti 2/3 diparlimen dikembalikan.
ini adalah usaha bagi mereka mengembalikan keyakinan rakyat, rakyat pula harus lah lebih berilmu dan menyebarkanya jangan sesekali terpedaya dengan berita yang dikhabarkan kerana kebanyakan berlaku disebaliknya.
ikuti sedutan beberapa episod berlakunya di negeri perak ini, serba sedikit digambarkan siapakah mereka umno/bn.
semua kenal akan tiga orang diatas yang dahulu diberi jawatan dan amanah kepada mereka, mereka bukan sahaja mengkhianat malah mereka telah menyalah guna kuasa, dimana kedua-dua exco kerajaan pr yang telah dipanggil spr kerana rasuah untuk tender pasir telah disalah gunakan dan mesyuarat exco gagal untuk mereka hadir dan yang terakhir adalah sehingga hari ini mereka bukan lagi rakyat yang mementingkan malah mereka di angkasa mana pun kita tidak pasti.
gambar perempuan ataupun orang cina panggil dia nyonya tua yang tidak berterima kasih kepada rakyat ditempat beliau, beliau adalah seorang yang kurang upaya dan beliau diberi peluang oleh pengundi di dun jelapang dan kerajaan pr telah memberi kedudukan yang tinggi pada beliau iaitu timbalan spiker tetapi beliau khianat malah beliau secara terang-terang didalam dewan undangan negeri diberikan wang rasuah berjumlah ratusan ringgit untuk mentabalkan speaker haram(s.ganesan) sedangkan apa yang kita tahu bidang kuasa timb speaker adalah terhad dan timb speaker hanya boleh menggantikan speaker sekiranya speaker tiada didalam dewan. kerana duit mereka sanggup berbuat semuanya. inilah yang dipanggil khianat kepada rakyat. tidak cukup dengan itu seorang lagi orang tua nyanyok berbuat tindakan demikian.
seperti gambar dan perkara dibawah.


berita umno/bn menceritakan konon-kononnya mp bagan serai keluar dari parti kerana antaranya adalah kerajaan pr perak dan pr memerintah tidak menghiraukan islam, sultan dan menutup kesalahan mereka(iaitu pr). tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila beliau keluar parti dan melompat ke parti lain bukan kah semua itu ada pada diri beliau, pertamanya ialah beliau telah mengkhianati amanah rakyat sekali gus berlawanan kepada prinsip agama iaitu khianat, kedua- beliau keluar tanpa perkenan sultan sedangkan beliau telah mengangkat sumpah dihadapan tuanku agong sebagai wakil rakyat dan amanah kepada rakyat adakah beliau pergi berjumpa agong terlebih dahulu untuk melompat parti? terakhir sekali sekira beliau kata ada dikalngan pr yang menutup pekung sendiri dah 54 tahun negara ini merdeka, pernah tengok umno/bn buka aib mereka??? ingat, kalau lah apa yang dikatakan ust ahmad awang supaya beliau di kenakan hukuman solat hajat. beliau bersiap sedia dengan balasan allah kerana doa orang yang dizalimi adalah doa yang paling mustajab. beliau sebagai mp yang telah dipilih perlu lah meminta mandat dari rakyat supaya beliau membuat sesuatu berkaitan pilihan rakyat.
rakyat tidak redha dan ditambah pula dengan permohonan kepada allah agar beliau dilaknat, beliau sendiri akan terima balasan didunia dan akhirat.