Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Wednesday, February 10, 2010

mb pilihan rakyat



semua tahu akan keputusan mahkamah yang dihakimi oleh 5 orang hakim yang mempunyai masalah berkaitan pita video linggam.
tapi semalam yang paling tidak rasional kerana sudah tertera kemenangan pada mulanya akan tetapi hakim yang memberi kemenangan kepada kebenaran telah ditukar serta merta oleh orang yang menyalah guna kuasa.
ini lah kezaliman yang dibuat oleh tangan-tangan manusia. yang meletakkan islam dibelakang mereka, walaupun mereka telah menzalimi hak rakyat perak mereka tidak malu mengeluarkan kenyataan.
semalam apabila setelah diberi kemengan kepada zambri, orang yang merancang untuk merampas perak mengeluarkan kenyataan berbunyi seperti ini:
"biarlah beliau membuktikan beliau boleh menjadi menteri besar dan apabila pilihan raya umum nanti kita buat pilihan masing-masing, sekarang adalah masa untuk memulihkan ekonomi negeri perak"
(najib antatuya)

sebagai orang pertama negara sepatutnya beliau mestilah menghormati sistem demokrasi negara. biarlah keharmoniaan negara ditentukan oleh rakyat dengan memilih pilihan mereka sendiri.
mereka tidak pernah rasa segan dan silu dengan tingkah laku mereka.
mereka cabar pakatan rakyat untuk membubarkan 28 kerusi yang ada, adakah mereka lupa bahawa pr meminta agar 3 kerusi yang beralih arah sebenarnya kerusi pakatan rakyat yang pakatan rakyat minta agar dipertandingkan semula untuk memegang amanah rakyat.
mereka iaitu semua pengundi-pengundi di 3 dun tersebut telah mengundi calon pakatan rakyat dan meminta agar 3 dun tersebut(cangkat jering, jelapang dan behrang) dipertandingkan semula.
kerana mereka tahu rakyat di 3 dun tersebut tidak akan menyebelahi mereka telah menggunakan kuasa spr untuk tidak membubarkan 3 dun tersebut, akhirnya sebagai pemerintah ketika itu mb ke-10(ds. nizar jamaluddin) memohon agar pembubaran dun bagi seluruh perak agar pemilihan dan hak rakyat dikembalikan. ketika itu orang yang tidak ada halya dengan kerajaan negeri perak dan tidak semena-mena menghadap sultan iaitu memberi tahu akan mereka telah menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

apa semua ini, apakah ini yang mesti kita hormati sebagai rakyat perak yang sah???
kita pilih kerajaan, mereka rampas dengan tidak menyerahkan hak sebenar kepada rakyat???
sekarang mereka suruh kita terima begitu sahaja?
kita tiada hak kerana mereka sudah lama memerintah???
allah telah jadikan semua manusia sebagai khalifah, masing-masing mempunyai pengalaman masing-masing. sebagai khalifah kepada kampung, institusi ataupun persatuan, keluarga ataupun kepada diri sendiri. apakah kita akan redha dengan apa yang berlaku hari ini sebagai pemegang amanah dan menjalankan tanggungjawap kepada kita rakyat perak.