Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Saturday, February 27, 2010

kemeriahan MAJLIS MAKAN MALAM

26.02.2010(jumaat) majlis makan malam bersama mb pilihan rakyat(ds nizar jamaluddin) mendapat sambutan yang baik di sekitar teluk intan. sebanyak 130 meja yang setiap meja seramai 10 orang dapat dijual. majlis yang dimulakan dengan kehadiran ds sekitar 8.30 malam dan diteruskan dengan beliau beramah mesra bersama mereka yang hadir, kemudian makan malam dimulakan antara menu yang menarik adalah ikan siakap, udang dan ayam madu.
selepas menjamu selera majlis diteruskan lagi dengan ucapan beberapa pemimpin pr negeri perak termasuk wakil himpunan penyokong pas.
rata-rata yang hadir berpuas hati dengan menu dan majlis tersebut walaupun ada kecelerauan kecil ketika mendapatkan meja ia adalah perkara kecil kerana ini kali pertama majlis makan malam sebesar ini diadakan.
pihak pemuda mengucapkan terima kasih dan terus bersama pas tanpa jemu.



persediaan akan majlis makan malam tersebut...



S.U DAN P.S.U pas kwsan teluk intan sedang menyiapkan kamera lcd untuk mereka yang berada di belakang lebih jelas melihat.




ds nizar meramah mesra pada semua yang hadir. gambar diatas ds sedang bertanya khabar ketua pemuda teluk intan dan keluarga beliau.... bapa kepada kp teluk intan yang dikenali ds dan jemaah yang lain.





meja ds dan pimpinan betul-betul berhadapan tempat berucap.
yb anuar sudin bersebelahan mb perak pilihan rakyat.




doa kesyukuran berjaya menganjurkan majlis dan doa makan sebelum memulakan majlis
(ust rizal)sedang berdoa dan sebelah beliau (hj azhar rafai) pengerusi majlis.






kemeriahan yang hadir, antara mereka yang memenuhi ruang.



yb anuar bin sudin(adun cangkat jong) menyampaikan ucapan semperna kemeriahan makan malam tersebut mewakili tuan rumah iaitu pas kawasan teluk intan.
antara kekesalan beliau dalam pengunaan areana square dan beberapa lagi kekejaman umno/bn dalam menyekat yb/ adun-adun pakatan rakyat daripada mendekati rakyat pada tempat masing-masing.



s.surianarayanan menyampaikan ucapan mewakili himpunan penyokong pas perak dan menyatakan sokongan bukan islam kepada pas.



atas permintaan ds nizar agar 2 orang muda dipilih untuk menyampaikan ucapan sebelum beliau menyampaikan ucapan.
antara yang berucap adun hutan melintang(yb k. sevan)
beliau berucap di mulakan dengan ucapan alhamdulillah dan banyak ayat al-quran yang dibaca beliau malah beliau mencabar ahli parlimen bagan datoh agar berdebat dengan beliau isu kemiskinan penduduk bagan datoh selama 52 tahun mereka memerintah.





ds nizar jamaluddin menyampaikan ucapan beliau yang ditunggu-tunggu oleh semua tetamu yang hadir...