Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Sunday, December 20, 2009

amk demo bantah tangkap pemimpin mereka


SHAH ALAM, 19 Dis: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengadakan demonstrasi aman di perkarangan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membantah tindakan polis menangkap dua pemimpin mereka di bawah Akta Hasutan.

Demo itu diadakan sebaik sahaja konvensyen itu berhenti rehat tengahari tadi.

Polis menahan dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor kerana mengedar risalah yang dipercayai mempunyai unsur hasutan di perkarangan masjid negeri di Shah Alam semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Ketua AMK negeri, Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dan Timbalan Ketua AMK Kelana Jaya, Azizi Ahamad ditahan pada kira-kira pukul 2.10 petang selepas selesai solat Jumaat.

Beliau berkata kedua-dua mereka yang ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.