sedara mohd naziruddin yusof naib ketua pemuda pas teluk intan dan memegang potfolio lujnah kebajikan pemuda dikurniakan cahaya mata yang pertama. lahir pada 2 okt 2009 jam 12.01 a.m melalui pembedahan yang dibuat di hospital manjung, bayi perempuan dan berat badanya 2.9kg itu selamat dilahirkan dan cukup comel. pemuda dapat mengetahui berita dan hal ini subuh tadi kerana ingin meminta bantuan akhirnya beliau menyampaikan berita tersebut. dalam bulan syawal yang berkat ini pemuda mendoakan bayi ini sihat sentiasa dan memudahkan urusan ibu dan bapa nya.tidak lupa juga menjadi anak yang solehah pabila besar nanti.

atas kegembiraan ibu dan ayah bayi ini mereka telah bersepakat untuk menamakan bayi ini nur insyirah(cahaya kegembiraan) sedap nama ini dan pandai memilih, pemuda berharap bayi ini akan menjadi pewaris kepada perjuangan islam dan dipelihara daripada cubaan dunia yang penuh pancaroba ini. pemuda mengucapkan tahniah atas pasangan suami isteri ini agar bergembira dan dapat mendidik anak ini tidak lari dari paksi islam. amin.....