Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Wednesday, October 07, 2009

Pemuda PR cabar Muhyidin debat dengan Anwar

BAGAN PINANG, 7 Okt: Pemuda Pakatan Rakyat akan menyerahkan surat rasmi mencabar Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk mengadakan debat terbuka dengan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim atas tajuk ' Siapa Pengkhianat Melayu' sempena Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang.

Surat tersebut akan diserahkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, pada jam 2.30 petang ini di pejabat Timbalan Perdana Menteri Putrajaya.

Shamsul ketika dihubungi berkata, cabaran debat tersebut dibuat berikutan tindakan Muhyidin dan pemimpin Umno lain yang masih memainkan isu Anwar pengkhianat melayu dalam kempen mereka di Bagan Pinang.

Sehubungan itu mereka menawarkan pentas debat kepada Muhyidin untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR secara terbuka supaya rakyat dapat menilai siapa pengkhianat sebenar.

"Dia (Muhyidin) mainkan isi ini di sini (Bagan Pinang), kalau betul dia berani, sambut lah cabaran debat terbuka ini, biar semua rakyat dapat tengok dan buat penilaian, tajuknya mudah sahaja, 'Siapa Pengkhianat Melayu'. " Katanya ketika di hubungi.

Beliau juga memberitahu, tarikh yang mereka cadang untuk debat tersebut adalah pada 9 Oktober ini iaitu dua hari sebelum hari pembuangan undi.

Debat tersebut juga akan di adakan ala debat isu minyak antara Anwar dengan bekas Menteri Penerangan Shabree Chik yang disiarkan secara langsung sebelum ini.

Manakala moderator debat itu pula dicadangkan dari tokoh akademik.

"Kalau dia tolak bermakna dia takut dan rakyat akan menilai siapa pengkhianat sebenar," katanya.

Isu pengkhianat melayu seringkali dimainkan Umno BN dalam siri kempen mereka pada pilihan raya sebelum ini mensasarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun melihat kepada beberapa kemenangan Pakatan Rakyat dalam 7 siri pilihanraya kecil lalu, ramai pemerhati berpendapat, isu tersebut sebenarnya sudah basi dan rakyat sudah tidak boleh menerimanya. _