Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Friday, September 04, 2009

30 minit jea???

pagi tadi seawal pagi diarahkan semua pesalah yang ditangkap atas tuduhan perhimpunan haram dan pertubuhan haram. semua mereka telah hadir kecuali seorang yang kerana urusan yang tidak dapat ditolak. mereka semua mengaku tidak bersalah dan pendakwa memohon agar hakim membenarkan agar kes dibawa ke satu tarikh lain kerana mereka pihak pendakwa tidak bersedia dengan soalan yang dikemukakan. malah hakim menerima dan menangguhkan kes ke satu tarikh lain.

pemuda cukup hampa dengan peguam kerajaan yang membebankan mereka-mereka. kalau betul-betul nak hukum lawan lah betul-betul. semua tertuduh sanggup keluar selepas terawikh untuk berada disekitar k.l seawal pagi untuk mengikuti perbicaraan. bukan sahja bulan ramadhan akan tetapi tidak berbaloi langsung untuk semua tertuduh pergi sekitar 30 minit sahaja semua berada didalam tempat perbicaraan. daripada pukul 9.00pg- 9.30pg sahaja. kerana mereka zalim apa sahaja mereka akan buat. ini lah yang dikatakan tekanan politik dan jenayah politik yang dijatuhkan oleh rejim umno kepada rakyatnya yang tidak bersalah. apa mereka nak pikir semua ini, undang-undang pun semua tahu ikut suka mereka sahaja. undang-undang lord red(barat).



siapa yang melihat bangunan ini pasti terpesona dengan kebesarannya, ingatkan piramid rupanya bangunan yang menjadi keadilan kepada kita iaitu kompleks mahkamah malaysia. dalamnya mempunyai beratus bilik perbicaraan untuk pesalah-pesalah dalam malaysia. baru lah tahu kenapa bangunan ini dibuat rupanya banyak lah penjenayah yang akan dibicarakan, tapi hairan kan hari-hari kalau kita buka akbar menceritakan tentang jenayah terutama harian metro boleh dikatakan dalam nya banyak pekara yang ada tentang jenayah di malaysia. nape tidak selesai. banyak nie bilik tak kan lah setiap hari tiada satu kes dapat diselesaikan? sepatutnya dalam beratus bilik ini ada lah bilik yang menyelesaikan masalah setiap hari. semakin hari semakin bertambah jenayah tapi semakin hari bukan makin selesai tapi semakin rumit dibuatnya. apa yang kita tahu dalam al-quran menceritakan tentang hukum-hukum yang allah suruh laksanakan sebagai pemerintah. dan sebagai pemimpin yang berpegang kepada ayat allah pas telah membuat rangka undang-undang yang diambil terus dari al-quran. tapi mereka hina dan perlekehnya? apa nie, siapa mereka? agama apa mereka ini? siapa mereka?



siapa percaya akan muka seperti ini dikatakan penjenayah? tapi ini lah hakikat yang nak diceritakan kepada rakyat oleh umno/bn kerana mereka tidak mahu orang yang betul2 jadi penjenayah menerima hukuman kerana yakin lah bahawa jikalau negara ini hendak menjadi bersih mesti lah dibersihkan dari atas terlebih dahulu. tidak mungkin lah seorang yang bersalah dan membuat jenayah suruh laksanakan undang-undang dan bersihkan negara daripada penjenayah. jikalau ada arahan sekali pun arahan itu telah diberi panduan oleh mereka sendiri. apakah panduan itu? siapa yang tentang mereka itulah pesalah.
itulah yang terjadi terhadap gambar diatas, dituduh menganggotai penubuhan dan menyertai perhimpunan haram.