Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Saturday, August 29, 2009

RENUNGAN BERSAMA

“sesungguhnya allah amat menyukai orang2 yang berjuang dijalannya dalam barisan yang teratur umpama bangunan yang tersusun : kukuh

(ash shaff: 4)

- ketahui lah ayat ini menerangkan pentingnya kerja berpasukan dan jemaah. Kerana sesungguhnya kekuatan yang ada didalam jemaah itu amat susah untuk di putuskan berbanding bersendirian dan apa yang kita harus tahu dengan ada nya jemaah maka pekara tersebut tidak akan putus sampai bila-bila. Sesuatu ilmu itu akan berterusan dan bersambung selagi ada jemaah dan pelapis yang mengikutinya.
- Barisan yang teratur umpama bangunan yang tersusun itulah yang dimaksudkan sebagai pemuda. Pemuda kerana kekuatan yang ada pada pemuda adalah lebih mantap dan kukuh dengan tenaga yang lebih berbanding dengan jenerasi yang lain dan ketika pemuda lah penentu sama ada dia akan terus istiqamah dalam perjuangan atau tidak.
- Ketika muda lah seseorang akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cubaan dan ketika pemuda lah beliau belajar menjadi seorang yang dipimpin atau terpimpin. Kerana itulah ada setengah orang mengunakan masa muda sebaiknya dan ketika ini lah mereka manfaaatkan kehidupan mereka pada jemaah. Kerana apa yang kita tahu kebanyakan daripada kita apabila usia melebihi dari usia muda mereka lebih banyak membantu daripada melakukan kerana pelbagai factor telah timbul dalam diri mereka.
- Menyesalnya mereka ketika muda mereka dihabiskan dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada semua pihak dan banyak pekara yang sepatutnya mereka boleh melakukannya mereka terlepas daripada melakukannya lebih-lebih lagi mereka yang jahil yang terpaksa mencari-cari lagi jalan untuk menemui jalan yang lurus. Mungkin mereka akan menjumpainya Cuma mereka rugi kerana terlambat melakukan sebanyak mungkin amalan ataupun mengumpul sebanyak mungkin pahala berbanding dengan mereka yang telah menasihati golongan ini sejak awal lagi.
- Sesungguhnya dalam bulan ramadhan ini ujian yang diberikan kepada kita manusia ini amat kurang dan manfaatkan lah sebaiknya mudah2an dapat dimanfaat atau diamalkan dalam bulan2 lain.
- Selamat menjalankan ibadat puasa dengan penuh keinsafan dan perubahan mudah-mudahan diberkati allah.
(Lujnah dakwah pemuda pas kaw t.intan)