
Pengertian Barat:-
Upah  merupakan sesuatu yang berkait dengan pemberian imbalan kepada pekerja  tidak tetap, atau tenaga buruh lepas, secara mudahnya konsep upah ini  banyak diadaptasikan di dalam upah buruh lepas di dalam buruh pertanian,  buruh binaan yang dibayar mingguan atau bahkan harian. 
Gaji  menurut kaca mata Barat pula adalah sesuatu yang berkait dengan finansi  ataupun transaksi wang yang diterima oleh pekerja tetap dan dibayarkan  sebulan sekali. Tuntasnya, konsep upah dan gaji ini diklasifikasikan  oleh Barat mengikut jenis pekerjaan itu samada tetap ataupun tidak dan  juga cara pembayarannya samada secara bulanan ataupun harian/mingguan.
Pengertian Islam                
105.  dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang  diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman  akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada  (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata,  kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan".
Dr. Quraish Shihab menulis di dalam tafsirnya 
“Bekerjalah  kamu kerana Allah semata dengan pelbagai amal yang soleh dan  bermanfaat, baik untuk diri kamu mahupun untuk masyarakat umum, maka  Allah akan melihat yakni menilai dan memberi ganjaran amal kamu itu”
Tafsir dari perkataan melihat  dalam terjemahan ayat di atas adalah menilai dan memberi ganjaran  terhadap amal-amal itu.  Kata erti bagi ganjaran di dalam Islam adalah  imbalan atau upah atau pampasan.
  
97.  sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia  beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan  Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan  pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan.
Surah al-Nahl : 97
Tafsiran  لنحزينهم adalah balasan di dunia dan di akhirat. Ayat ini menegaskan  bahawa balasan atau imbalan buat mereka yang beramal soleh adalah  imbalan (balasan) dunia dan juga di akhirat kelak.  Amalan Soleh yang  didefinisikan oleh Syeikh Muhammad Abduh adalah sebagai segala perbuatan  yang berguna untuk peribadi, keluarga, kelompok dan manusia secara  keseluruhan. 
Sementara menurut Imam al-Zamakhsari,  amal Soleh adalah segala perbuatan yang sesuai dengan dalil akal,  al-Qur’an dan atau Sunnah Nabi Muhammad Saw. Menurut pendefinisian Sheikh Muhammad Abduh dan Imam al Zamakhsari  diatas, maka seorang yang bekerja dalam satu-satu perusahaan, syarikat  dapat dikategorikan sebagai amal saleh, dengan syarat perusahaannya  tidak memproduksi/menjual atau mengusahakan barang-barang yang haram.   Dengan demikian, maka seorang pekerja yang bekerja dengan benar, akan  menerima dua balasan, iaitu balasan di dunia dan balasan di akhirat.
Konklusinya,  di dalam Islam sebutan “ Upah dan Gaji “ itu tidak dibezakan kerana  kedua-duanya merupakan imbalan (balasan) dari kerja yang dihasilkan oleh  pekerja.
Tahap gaji Minimum di dalam Islam
Etika  kerja dalam Islam mengharuskan bahwasanya gaji dan bayaran serta  spesifikasi dari sebuah pekerjaan yang akan dikerjakan hendaknya jelas  disetujui pada saat mengadakan kesepakatan awal. Ini juga  mengharuskan bahwa gaji yang telah ditentukan, dan juga bayaran-bayaran  yang lain hendaknya dibayarkan pada saat pekerjaan itu telah selesai  tanpa ada sedikit pun penundaan dan pengurangan. Al Quran mengakui  adanya perbedaan di antara pekerja atas adar kualitas dan kuantitas  kerja yang dilakukan . Ini memberikan bukti bahwa gaji yang didapat oleh  para pekerja tidak harus sama dan rata seperti firman Allah swt di  dalam surah al-Ahqaf ayat 19
 
19.  dan bagi mereka masing-masing (dari puak jin dan manusia - Yang berbuat  baik dan Yang berbuat jahat) disediakan berbagai peringkat (balasan)  Yang sesuai Dengan apa Yang mereka telah kerjakan, dan (Ketetapan Yang  demikian ialah) supaya Allah menyempurnakan bagi mereka balasan  amal-amal mereka, sedang mereka tidak dirugikan (sedikitpun).
Dalam  hal ini al-Mubarak menyatakan bahwa pemberian gaji yang sama atas  sebuah pekerjaan yang berbeda dan variatif adalah bentuk kezaliman.  Islam telah menetapkan hukum untuk perlindungan hak-hak dan kewajiban  mutualistik ( yang saling terikat ) antara para pekerja dan yang  mempekerjakan.
Institusi  Hisbah menunjukkan pada kita bahawa aturan-aturan hukum itu telah  dipraktikkan dalam kata dan makna. Dimana tujuan hisbah itu sendiri  adalah untuk membanteras kezaliman, eksploitas dan korupsi. Manakala  kontrak kesepakatan yang berdasarkan suka sama suka antara orang yang  mempekerjakan harus berlaku adil dan jujur dalam membayar gaji pekerja,  sebagaimana para pekerja juga memiliki kewajiban untuk melakukan  pekerjaannya dengan cara yang benar dan efisien.
Seseorang  yang bekerja untuk orang lain, baik perusahaan ataupun institusi, telah  Allah perintahkan untuk melakukan pekerjaannya dengan cara yang efisien  dan sebaik mungkin. Pekerjaan yang diberikan seorang pada dirinya  adalah sebagai amanah, penerimaan kerja itu hendaknya dilakukan dengan  cara yang amanah dan kemudian dia harus memenuhi amanah itu dengan  sebaik-baiknya. 
Secara  khususnya, Islam tidak membahaskan dengan terperinci mengenai tahap  minimum bagi gaji atau upah seseorang pekerja oleh majikan mereka. Ini  kerana matawang itu berubah mengikut peredaran zaman dan keperluan dan  kehendak juga berubah mengikut zaman. Dasar kapitalis yang menjadi nadi  utama dunia sekarang adalah bukti bahawa keperluan dan kehendak  seseorang itu berubah nilainya dari semasa ke semasa.
Walaupun  Islam tidak membahaskan perkara ini secara jelas, akan tetapi Islam  cukup jelas menyatakan hukum-hakam yang berkaitan di antara manusia  sesama manusia. Apatah lagi perkara yang melibatkan dengan transaksi  wang di antara manusia sesama manusia. Sehinggakan Nabi saw pernah  bersabda di dalam masalah yang berkait dengan gaji ini di dalam sabda  Baginda saw yang bermaksud
“Berikanlah gaji kepada pekerja sebelum kering keringatnya, dan beritahukan ketentuan gajinya, terhadap apa yang dikerjakan”
(Hadith riwayat Imam al-Baihaqi)
Berikutan  ini, Islam mengajarkan kepada penganutnya untuk bersifat adil di dalam  segala hal yang berkaitan dengan aqad terutama yang melibatkan transaksi  di antara manusia sesama manusia yang lain. Allah swt meningatkan  kepada umat Muhammad saw untuk melaksanakan kontrak perjanjian yang  telah dimeterai. Hal ini Allah swt ingatkan di dalam Surah al-Maidah  ayat 1
Wahai orang-orang Yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. 
Islam  tidak membiarkan upah berada dibawah tingkat minimum yang ditetapkan  berdasarkan keperluan asas kelompok pekerja yang tertentu, tetapi islam  juga tidak membiarkan adanya kenaikan upah melebihi tingkat tertentu  yang ditentukan berdasarkan sumbangannya terhadap produksi.
Kondisi  ekonomi yang berubah mengakibatkan perubahan dalam hal penjualan dan  tentunya akan mengakibatkan perubahan dalam hal pendapatan termasuk  diantaranya pekerja. Secara sunnatullah setiap manusia memiliki  keperluan asas yang mesti dipenuhi dan hal ini telah dijelaskan oleh  Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 233 
 
 “..dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf”. 
Dalam  ayat tesebut dikatakan bahwa kewajiban ayah adalah makan dan pakaian.  Hal ini bukan berarti ayah tidak memiliki kewajiban lainnya, namun  konteks tersebut mengacu pada hal yang minimal. Jika ayah adalah seorang  pekerja yang mendapatkan upah/gaji, maka dapat disimpulkan bahwa  upah/gaji tersebut haruslah memenuhi keperluan asas iaitu makan, minum  dan pakaian, juga perumahan. Hal yang sama juga Allah swt tegaskan di  dalam Surah An-Nisaa ayat 5.
 
5.  dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang Yang belum  sempurna akalnya akan harta (Mereka Yang ada Dalam jagaan) kamu, (harta)  Yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas  pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari  pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada  mereka Dengan kata-kata Yang baik.
Berdasarkan ayat al-Quran di atas dan hadith sebelum ini, merupakan satu garis pandu dalam melaksanakan keadilan di dalam aqad itu adalah kejelasan aqad yang dimeterai.  Lihat sahaja bagaimana nilai keadilan ini dinilai pentingkan oleh Allah  swt tatkala mana Allah swt menjelaskan hukum berkaitan dengan hutang di  dalam Surah al-Baqarah ayat 282
Jadi,  imbalan antara pekerja dan pengusaha atau majikan sepatutnya disertai  dengan satu kontrak / aqad yang jelas di antara dua pihak.
Sistem  penetapan gaji di dalam Kerajaan Malaysia seharusnya mempunyai  penetapan yang tertentu berdasarkan kerja dan gerak kerja berdasarkan  kelulusan masing-masing. Hal ini  telah dilakukan dengan meletakkan satu  garis pandu nilai minimum gaji melalui tahap persijilan yang ada pada  pekerja. Jadi mengapa tidak had minimum garis pandu dikaji semula oleh  Kerajaan kerana sebab-sebab utama yang telah disenaraikan di atas.
Islam  tidak pernah mengabaikan kebajikan yang perlu diutamakan kepada  pekerja-pekerja yang bekerja di bawah satu-satu pengusaha. Bahkan  mereka-mereka ini sepatutnya di bawah jaminan majikan mereka dari sudut  kebajikan dan sebagainya. Nabi saw pernah bersabda :
“Mereka  (para budak dan pelayanmu) adalah saudaramu, Allah menempatkan mereka  di bawah asuhanmu; sehingga barang siapa mempunyai saudara di bawah  asuhannya maka harus diberinya makan seperti apa yang dimakannya  (sendiri) dan memberi pakaian seperti apa yang dipakainya (sendiri); dan  tidak membebankan pada mereka dengan tugas yang sangat berat, dan jika  kamu membebankannya dengan tugas seperti itu, maka hendaklah membantu  mereka (mengerjakannya).” Ini  adalah jaminan Islam buat pekerja yang makan gaji di bawah seliaan  majikan masing-masing. Perkara yang perlu diperhati oleh kerajaan  sepatutnya adalah lebih besar mengenai pekerja-pekerja yang menerima  upah atau gaji dari majikan mereka. Adapun tahap minimum bagi Tuntutan  Minimum Gaji pekerja Malaysia ini adalah kerana bertujuan supaya  kebajikan pekerja itu terjamin dengan kewangan (upah/gaji) yang boleh  menampung pembiayaan keperluan mereka.
Pandangan saya , walaupun  Islam tidak membahas secara jelas mengenai gaji minima atau had gaji  minima ini, tetapi Islam tidaklah meninggalkan hak sepatutnya yang  diberikan kepada pekerja-pekerja yang makan gaji ini. Contohnya melalui lisan Nabi saw di dalam al-Hadith
“Siapa  yang menjadi pekerja bagi kita,    hendaklah    ia   mencarikan     isteri (untuknya); seorang  pembantu  bila    tidak memilikinya,  hendaklah ia mencarikannya untuk pembantunya. Bila ia tidak mempunyai  tempat tinggal, hendaklah ia mencarikan tempat tinggal. Abu Bakar  mengatakan: Diberitakan kepadaku bahwa Nabi Muhammad Saw. bersabda:  “Siapa yang mengambil sikap selain itu, maka ia adalah seorang yang  keterlaluan atau pencuri.”  Jadi  sekiranya pekerja yang diberi gaji walaupun dengan RM 900.00 dengan  nilai pada tahun 2010 dan kebajikan seperti tempat tinggal dan segala  keperluan hariannya ataupun keluarganya disediakan itu sebenarnya sudah  mencukupi walaupun kadar tuntutan gaji minimum yang dibuat adalah dengan  nilai RM 1200.00.
Kesimpulan saya, tuntutan  terhadap gaji minima ini tiadalah hukum yang khusus mengatakan ianya  wajib secara qoth’ie cumanya sememangnya yang ada dan menjadi kewajipan  majikan adalah memastikan kebajikan pekerjanya dijamin dan paling tidak  keperluan asasnya. 
Oleh  itu, gaji yang diberi mestilah tidak kurang daripada had keperluan  asasinya dan tidak pula melampaui kadar usaha terhadap produksi. Analoginya mudah apabila kini kerajaan mengisytiharkan rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM 1000 berada di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan. 
Jadi  majikan seharusnya meningkatkan gaji ke tahap yang paling minima iaitu  pada tahap gaji yang membolehkan pekerjanya melansungkan survival hidup  dengan kelayakannya. Maksima gaji juga perlu diletakkan supaya  pembayaran gaji dilakukan mengikut bidang tugas dan kelayakkan  masing-masing yang menyumbang kepada produksi syarikat.
Rasional tuntutan minima gaji pekerja pada pandangan saya adalah :
- Memastikan kelansungan hidup pekerja terjamin dengan gaji minima mengikut kondusi ekonomi yang berlaku di Malaysia sekarang
 
-  Menyedarkan  kepada majikan yang sikapnya “mahukan mutu kerja yang professional  tetapi dengan bayaran seperti seorang jaga” untuk mengambil berat  kehidupan dan kebajikan pekerja di bawahnya.     
- Tuntutan  gaji minima ini seharusnya dipandang positif kerana masih berlaku di  Malaysia majikan yang memikirkan diri sendiri tanpa melihat kesusahan  pekerjanya yang gigih memajukan syarikatnya. Akan tetapi, sebagai  imbalan, pekerja tersebut hanya menerima sejumlah gaji yang tidak dapat  menampung keperluan bulanan dia dan keluarganya.