Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Wednesday, November 24, 2010

ds anuar, datin seri azizah, ustzh nuridah salleh dan pj pas wilayah hadir ke prosiding himpunan gmi

Perbicaraan 29 tertuduh kes himpunan anti-ISA, 1 Ogos tahun lalu masuk hari kedua yang bermula dengan menyambung soal(ds anuar ibrahim bersama isteri sempat masuk ketika mahkamah berhenti rehat)

balas saksi kedua, Koperal Nizam Yahya, iaitu jurufoto yang diarah mengambil gambar himpunan di sekitar Masjid Negara.

Manakala saksi ketiga, Sarjan Mujni yang bertugas sebagai jurufoto di Bukit Aman ditugas mengambil gambar di sekitar kompleks Sogo.

Kedua-dua saksi memberitahu mahkamah, menerima arahan dari pegawai atasan untuk mengambil gambar di kawasan yang ditetapkan.

Ketika ditanya peguam, Sarjan Mujni bersetuju bahawabeliau hanya menjalankan tugas mengambil gambar dan tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Kesemua mereka dituduh secara berasingan dengan beberapa pertuduhan, namun dibicarakan bersekali kerana pertuduhan hampir sama.

Antara pertuduhan tersebut mendakwa mereka terlibat sebagai(ds anuar ibrahim bersama datin seri azizah, tengah)

ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang bertujuan melakukan mudarat awam, di kawasan letak kereta di belakang Masjid Negara pada jam 9 pagi, 1 Ogos lalu.

Kesalahan tersebut boleh dihukum mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Turut hadir melawat orang kena tuduh (OKT) di Mahkamah Sesyen Jenayah hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua muslimat pas pusat bersama suami, pesuruhjaya bersama beberapa orang ajk pas wilayah.

Manakala dalam perbicaraan semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anuar diarah keluar dari bilik mahkamah.

Hakim, Ainul Shahrin Mohamad membuat arahan itu kerana mendakwa Nurul Izzah 'membuat bising' semasa perbicaraan sedang berjalan.

1 Ogos lalu, kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mereka berhimpun di kompleks membeli-belah Sogo, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, Masjid Negara serta di perkarangan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Perhimpunan itu juga bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Himpunan itu bagaimanapun berdepan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air serta membuat tangkapan bagi meleraikan orang ramai.

Perhimpunan itu berakhir jam 3.45 petang dengan 589 orang termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun dan 40 wanita ditangkap.

Dari jumlah itu, hanya 29 dituduh di mahkamah manakala yang lain dibebaskan

(pesuruh jaya pas wilayah bersama okt himpunan gmi)