Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Monday, March 15, 2010

azhan atan juara akademi nasyid cukup bersemangat mengadakan persembahan

14.03.2010(konsert nur kasih) anjuran faqih resources and management sebuah ngo baru.
konsert yang dipersembahkan oleh kumpulan ar-rasy yang diketuai sendiri oleh sedara azhan atan(juara akademi nasyid)
program yang bermula pada jam 2.45petang(motivasi remaja)
5.30 petang (motivasi keluarga)
dan diakhiri dengan konsert.
jam 9.30 malam bermula lah konsert ini yang menampilkan 3 orang yang menghiburkan hati pada para tetamu yang hadir dengan lagu-lagu memuji allah.





yb anuar sudin (adun n56 cangkat jong) sedang beramah mesra bersama azhan dan sahabat kumpulan ar-rasy.






yb anuar sudin bersma-sama vip diarak dengan paluan kompang oleh anggota unit amal.





azhan atan turut bersama bermain kompang.




kumpulan ar-rasy baru sahaja duduk untuk mengumpul tenaga membuat persembahan.




persediaan pentas.





jualan cd terbaru kumpulan ar-rasy di jual dengan harga promosi dengan harga rm10 sekeping dan mendapat percuma kelender kumpulan.









yb anuar sudin(adun n56 cangkat jong) memberi ucapan dalam ucapan beliau sempat mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada keberjayaan menjayakan program tersebut.
malah program seperti ini perlu diperbanyakkan lagi.
agar muda-mudi perlulah lebih dekat dengan alunan islam!!!




antara vip yang hadir...






lagu rasmi unit amal dinyanyikan bersama semua petugas unit amal pada malam tersebut.




ust abd fatah awang(ketua pemuda pas teluk intan) bersebelahan azhan.




kelihatan yb anuar sudin bersama-sama berselawat di atas pentas.




semua vip diminta bersama-sama menyanyikan selawat nabi.
bersama kumpulan ar rasy(diketuai azhan) sendiri.

ceramah isu semasa 13.03.2010

13.03.2010(sabtu) bertempat di markaz pas kawasan teluk intan kg padang tembak. jam 9.30 malam anjuran pas kawasan teluk intan.
diadakan ceramah isu semasa bagi menjelaskan isu-isu yang rakyat tidak akan tahu sekiranya mendengar dan mempercayai berita semata-mata.
penjelasan ini dibuat oleh pimpinan pr yang diadakan bagi rakyat mengetahui penyelewengan yang berlaku di malaysia khususnya negeri perak ini yang dipimpin oleh mb pilihan mahkamah.
ikuti cebisan-cebisan dalam ceramah ini.









ceramah yang dimulakan oleh yb anuar sudin(adun n56 cangkat jong)
antara peringatan yang diberikan beliau.
Rakyat akan lebih terjamin jika hukum Islam dilaksanakan di negara ini. Malah Allah akan menurun 'sakinah' kepada masyarakat yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya. Demikian telah dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong di dalam majlis ceramah malam tadi.

"Hidup rakyat akan terbela dan terjamin jika syariat Islam dilaksanakan kerana Islam itu sendiri bermaksud selamat dan merangkumi seluruh hidup manusia. Maka, di situlah akan ada sakinah atau ketenangan dalam hidup masyarakat, " jelas beliau.

Malah menurut beliau lagi, di dalam ajaran Islam memang tersedia jaminan akan keselamatan hidup manusia walaupun kebanyakan negara barat telah melaksanakan perkara seperti bantuan pendidikan, makanan, kesihatan dan pengangkutan.

Segala masalah yang dihadapi oleh manusia sekarang sebenarnya memang ada jalan penyelesaiannya di dalam Islam cuma umat Islam sahaja yang tidak mahu menjadikan Islam sebagai jalan penyelesaian utama. Malah, kebanyakan negara-negara umat Islam lebih rela mengambil cara barat bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang akhirnya telah terbukti cara selain Islam telah menemui kegagalan.





Begitu banyak kejahatan yang telah dilakukan oleh UMNO demi mencapai kepentingan politik sempit mereka. Mereka sanggup menggunakan beberapa isu agama untuk mengalih perhatian rakyat daripada beberapa isu sebenar yang telah diakukan oleh UMNO. Pandangan tersebut telah disampaikan oleh ADUN Teja YB Chang Lih Kang semasa menyampaikan ceramah di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan malam tadi.

"Sebagai contoh, isu penggunaan kalimah Allah yang memang didalangi oleh UMNO. Ia sebenarnya adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu kerajaan menarik subsidi gula dan roti yang menyebabkan kenaikan harga barangan tersebut, " jelas beliau.

"UMNO gunakan beberapa isu demi mencapai kepentingan politik mereka. UMNO ini banyak jahat...! Banyak fitnah telah ditaburkan ke atas DS Nizar seperti menfitnah DS Nizar bobeka kepada orang Cina sebab adakan kerjasama dengan orang Cina."

"Kita lihat sendiri, YB Nga Kor Ming, telah mengadakan majlis berkhatan di kawasannya. Tengok, orang Cina anjurkan majlis khatan..? Inilah kerjasama yang baik dalam Pakatan Rakyat'" jelas beliau lagi.

Beliau menambah, jika rakyat seluruhnya bersatu di bawah Pakatan Rakyat sudah pasti UMNO akan 'mampus dulu, kini dan selamanya'.

YB Chang turut menyatakan banyak perkara yang dulunya sukar diluluskan di bawah BN tetapi apabila Perak di bawah PR perkara tersebut dapat diluluskan dengan cepat.

"Contohnya, di kawasan saya sendiri. Sudah lima tahun penduduk di Taman Raia Mesra memohon membina sebuah surau tetapi gagal semasa BN memerintah. Tetapi, apabila PR memerintah, saya sebagai wakil rakyat terus memohon kepada kerajaan negeri dan ia telah diluluskan dengan segera. Tengok... orang Cinapun boleh mohon buat surau...." tambah beliau.

Beliau juga berkata, negara akan maju dengan pesat jika kadar rasuah kurang di negara ini.

"Tetapi malangnya. Rasuah dan negara kita ini ibarat malam dengan siang. Seperti kentut dengan tahi..."

Akhirnya, beliau meminta rakyat tidak terpengaruh dengan propaganda jahat UMNO/BN dalam cuba mengembalikan keyakinan rakyat yang semakin luntur.

YB Chang telah memulakan dan menyedahi ceramah beliau dengan ucapan salam.









Sementara itu, Ketua Dewan Ulama' PAS Johor Ustaz Haji Abdullah Hussin menegaskan bahawa para pejuang Islam mesti optimis atau yakin bahawa Islam pasti akan menang satu hari nanti.

"Bila kita nampak akan isyarat-isyarat kemenangan itu maka kita perlulah bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh agar kemenangan itu dapat direalisasikan" ujar beliau.

Beliau juga berharap para pejuang kebenaran di negeri Perak tidak lemah semangat apabila berlakunya rampasan kerajaan negeri. Apa yang penting perlu kumpulkan tenaga serta lakukan gerak kerja agar rakyat dapat menghukum UMNO/BN dengan 'mahkamah rakyat' pada PRU13 kelak.
umno terlampau angkuh dalam setiap kenyataannya, beliau menegaskan kata-kata yang diungkapkan apabila pru ke11 pada tahun 2004 iaitu kenyataan mb johor apabila pemberita bertaya beliau bagaimana pembangkang pada tahun ini, ujar gani othman ketika itu bahawa ia tidak akan membenarkan pembangkang menang walupun satu inci.
apa yang kita tahu manusia merancang tetapi allah yang menentukannya apa yang berlaku adalah 1 kerusi diberikan allah dengan kemengan tanpa bertanding.
tetapi allah tarik kembali tempat tersebut dengan kekalahan kepada calon pas tetapi undian yang memberansangkan kerana kawasan tersebut mejoriti melayu. tetapi allah gantikan dengan kemenangan 2 kerusi bertanding di tempat yang berbeza.
ini takdir allah -ujar beliau-




orang ramai yang hadir pada malam tersebut walaupun hujan baru berhenti dan tidak menghalang dari terus mendengar isu terbaru yang berada di negara.
ceramah dihabiskan pada pukul 12.00 malam dan hujan pun turun.


Sunday, March 14, 2010



bermula jam 2.45 petang -motivasi remaja-
jam 5.30 petang -motivasi jalinan kasih(ibu & bapa)-

konsert nur kasih bersama JOHAN AKADEMI NASYID 1
(
AZHAN ATAN)

SEMUA
DIJEMPUT HADIR
(PERCUMA)
....................

Saturday, March 13, 2010

pemilihan pbt perlu lebih telus contohi KELANTAN


Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berpandangan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu diadakan di Selangor dan Pulau Pinang belum sesuai dilaksanakan buat masa ini kerana sistem pengendalian pilihan raya itu sendiri masih tidak telus.

Ketua pemuda pas pusat, ust. Nasrudin Hasan ketika bercakap dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut tengah hari ini berkata, Pakatan Rakyat (PR) harus terlebih dahulu memberi fokus kepada pemulihan sistem pilihan raya itu sebelum merancang untuk melaksanakan pilihan raya bagi memilih ahli PBT.

"Pilihan raya PBT belum sesuai dilaksanakan ketika ini kerana sistem pilihan raya itu sendiri masih korup.

"Kita melihat pilihan raya diadakan adalah untuk membasmi korupsi yang berlaku di peringkat PBT kerana pada zaman kerajaan Umno/Barisan Nasional, penyelewengan adalah amalan biasa dan berlaku pemusatan kuasa dan pengumpulan kekayaan di kalangan mereka.

"Pandangan awal diadakan pilihan raya PBT untuk mewujudkan ketelusan dalam PBT dan perlu ada penyertaan rakyat dalam proses pelaksanaan undang-undang di peringkat peraturan PBT.

"Tapi kita masih berada dalam sistem (pilihan raya) yang korup. Jadi fokus perlu diberikan kepada pemulihan sistem itu sendiri," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar PR mengkaji secara khusus mengenai pentadbiran Kerajaan Kelantan yang berjaya menunjukkan prestasi yang baik dan bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan.

"DPPP melihat ada satu ruang yang perlu dikaji oleh semua khasnya Pakatan Rakyat termasuk kerajaan negeri, iaitu potensi dan prestasi yang telah dibentuk oleh Kerajaan Kelantan sehingga kita tidak mendengar berlakunya penyelewengan di peringkat PBT negeri itu," katanya.

Selangor dan Pulau Pinang mahu mengadakan semula proses pilihan raya pihak berkuasa tempatan, seperti yang pernah diadakan 43 tahun lalu tetapi dimansuhkan pada 1965.

Nasrudin dalam sidang media sama turut menyatakan rasa kesal terhadap tindakan beberapa Ahli Palimen PR daripada PKR yang keluar parti dan mengisytiharkan diri mereka sebagai bebas.

"DPPP amat kesal dengan tindakan mereka keluar parti kerana ternyata menidakkan amanah yang telah diberikan rakyat. Parti sebelum mengizinkan seseorang itu bertanding, ada mengeluarkan satu surat perjanjian atau bai'ah agar mereka terus bersama dalam perjuangan yang didokong. Apabila mereka melanggar perjanjian itu, bermaksud mereka telah melakukan pengkhianatan yang besar.

"Walaupun yang keluar itu dari PKR, bukan dari PAS, tapi kami tetap memandang serius perkara ini kerana kami bersama-sama dalam PR, tidak kira dari parti mana pun," tegasnya.

Dalam pada itu, Nasrudin turut memberitahu, muktamar DPPP akan berlangsung pada 9 dan 10 Jun depan di Kelantan Trade Center, Kota Bharu, Kelantan.

Turut serta dalam sidang media berkenaan ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani, setiausaha, Kamaruzzaman Mohamed, dan ketua penerangan, Suhaizan Kaiat.

siapa ulama yang masih sokong zulkifli -ust ahmad awang-


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zukifli Noordin diminta menjelaskan siapakah ulama PAS yang dikatakan menyokongnya ekoran dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Setahu saya, hanya Ustaz Taib Azamuddin (Ahli Parlimen Baling) dan saya sahaja yang rapat dan selalu membela beliau. Sejak petisyen terhadapnya ditarik balik oleh calon Umno/BN, dia tidak lagi berhubung dengan saya.

“Apabila saya hubungi Ustaz Taib, dia pun beritahu hal yang sama. Jadi siapa sebenarnya ulama PAS yang sokong beliau lagi,” kata bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang.

Dalam satu kenyataan media, Zulkifli berkata, beliau mendapat sokongan penuh daripada ulama PAS.

“Saya tertanya-tanya siapakah ulama PAS itu,” ujar Ahmad lagi yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Perak.

Sebelum ini, satu media elektronik melaporkan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS sedia mempertimbangkan Zulkifli menyertai parti itu.

Namun dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagai menjelaskan laporan itu, beliau memberitahu apa yang dinyatakan itu adalah dasar terbuka PAS.

Begitupun, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang yakin PAS tidak akan menerima Zulkifli sebagai ahli.

HADIR BERAMAI-RAMAI

Friday, March 12, 2010

mahasiswa dibenarkan kritik kerajaan

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa memperbetul setiap perkara yang dilihat salah bukan sahaja di universiti malah dalam pentadbiran negara.

Bercakap dalam satu forum anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Fakulti Sastera Sains Sosial Universiti Malaya malam tadi, Saifuddin berkata, ianya memerlukan keberanian dalam diri setiap mahasiswa dan mereka harus bertindak secara berjemaah.

Mahasiswa juga tegasnya boleh melontarkan kritikan kepada kerajaan dan kerajaan pula tidak seharusnya melabelkan pengkritik sebagai pembangkang.

"Mahasiswa boleh mengkritik Kerajaan, dan Kerajaan tidak boleh cop pengkritik sebagai pembangkang," katanya di hadapan lebih 150 mahasiswa yang hadir.

Menyentuh mengenai sudut pidato yang dihidupkan semula di IPT selepas 20 tahun ianya dihentikan, Saifuddin berkata, sudut pidato merupakan satu platform yang sesuai untuk mahasiswa melontarkan idea mereka melalui pengucapan awam.

Bagaimanapun, beliau yang mengakui mahasiswa mempunyai potensi untuk menggugat pentadbiran universiti mahu Hal Ehwal Pelajar (HEP) agar meletakkan halatuju yang betul dan memahami matlamat sudut pidato dihidupkan semula.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak universiti tidak mengenakan terlalu banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat pengucapan awam di sudut pidato sebaliknya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.

"Apa maksud mahasiswa menggugat? Mengugat apa? Menteri? Organisasi, HEP, atau KPT?Amalan buruk, rasuah, kebejatan, kebobrokan?

"Melalui sudut pidato. mahasiswa ada potensi menggugat. Sebab itu HEP perlu ada halatuju yang betul dan faham matlamat sudut pidato. Tak perlu banyak undang-undang dan arahan dalam sudut pidato. Biarkan mahasiswa bebas mengendalikan sudut pidato.

"Mahasiswa boleh berfikir dan menentukan halatuju kampus sendiri," katanya.

Sudut pidato kembali diwujudkan di UM selepas lebih 20 tahun ia diharamkan apabila Akta kolej dan Universiti (AUKU) diperkenalkan.

Dua lagi panelis forum 'Mahasiswa Menggugat: Antara Realiti dan Fantasi' itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof. Dr. Redzuan Osman dan bekas bekan fakulti berkenaan, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar yang juga penulis buku 'Mahasiswa Menggugat'.

Wednesday, March 10, 2010

bahana jualan aksesori sex secara terbuka


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap premis menjual aksesori seks di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Setiausaha PKPIM, Khairul Anuar Musa berkata, premis berkenaan menjual pelbagai produk seks seperti pil dan ubatan yang berbahaya dan diragui tahap keselamatannya, kondom dan alat permainan seks.

"Penjualan secara terbuka yang dilakukan oleh premis tersebut secara tidak langsung telah menggalakkan perlakuan seks bebas, khususnya di kalangan remaja masakini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pada waktu masyarakat didedahkan dengan peningkatan bilangan kes penzinaan dan perbuatan buang bayi serta pelbagai gejala sosial yang lain, (maka) penjualan aksesori seks ini pasti menambahkan parah dan memburukkan lagi keadaan sosial masyarakat Malaysia," katanya.

Khairul Anuar berkata, penjualnya hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan tidak kisah terhadap persoalan moral masyarakat.

Sikap sedemikian, tambahnya, mampu membantutkan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju.

"Dan pada masa yang sama rakyatnya tetap teguh dan kukuh dengan pegangan nilai moral dan agama masing-masing," tegasnya.

Menurut Khairul Anuar, persoalan akhlak dan moral masyarakat perlu dititikberatkan agar ia tidak membawa bencana kepada negara suatu masa kelak.

"Keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat mampu meruntuh dan membinasakan sesebuah negara dan tamadun.

10 dibebas, 10 tahun didakwa.


Sehari sebelum genap 10 tahun pendakwaan dibuat ke atas mereka kerana mengadakan demo membantah sekatan permit yang dikenakan ke atas akhbar Harakah, Mahkamah Majistret membebaskan kesemua tertuduh.

Mereka dibebas dan dilepaskan selepas saksi dari pasukan polis tidak menghadiri perbicaraan yang sepatutnya diadakan pada hari ini.

Yang dibebas Tian Chua, Sivarasa rasuah, Hishamuddin Rais, Zulkefli Anwar Ul Haq atau Zunar, Munir, Mona Sofian, Nora, Malik Husin, Ansari, Lokman Nor Adam.

Seorang lagi tertuduh, Omar Tan telah meninggal ketika kes masih berjalan.

Esok 11 Mac genap 10 tahun pendakwaan ke atas mereka dikenakan.



Kesemua mereka ditangkap di perkarangan Masjid Negara kerana mengadakan demonstrasi aman membantah sekatan yang dikenakan Kementerian Dalam Negeri ke atas permit Harakah pada tahun 2000 lalu.

Harakah yang diterbitkan dua kali seminggu sebelum itu telah dibenarkan terbit dua kali sebulan sahaja mulai Mac 2000. Ia dipercayai dibuat selepas PAS menang besar dalam pilihan raya umum 1999 iaitu mendapat dua negeri, Kelantan dan Terengganu, di samping 27 anggota Parlimen.

delegasi PAS PERAK ke mesir.

rombong an pas perak yang terdiri dari pj pas perak, timb pj pas perak(ds nizar jamaluddin), ketua penerangan, sdr azhar rafai(ajk pas negeri) dan ust pakrol razi(wakil pemuda negeri).



rombongan yang diketuai pj pas perak sendiri kesana dalam misi memperbetul dakyah yang dibuat umno/bn berkenaan rampasan kuasa diperak. turut kelihatan datin fatimah taat(isteri mb perak pilihan rakyat).
doa kan perlajanan dan kelancaran prog disana berlangsung.

KES PAKAI SERBAN JALAN RAYA TANGGUH ESOK



Mahkamah Majistret Tumpat semalam menangguhkan perbicaraan membabitkan lima pelajar Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Pondok Banggol Naim, Pasir Mas yang dituduh menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semasa ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya di Kampung Geting pada 27 April 2008 lalu.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat menangguhkan kes tersebut esok, pukul 11.00 pagi.

Pada prosiding membela diri hari ini, mahkamah mendengar keterangan saksi yang diberikan Mudir Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Yusufiah, Tuan Guru Awang Yusuf , 61.

Kelima-lima pelajar semasa ditahan kira-kira pukul 12.00 tengah malam itu adalah dalam perjalanan pulang dari menghadiri upacara sembahyang jenazah di Masjid Jar pukul 10.00 malam sebelum menghadiri ceramah Israk Mikraj di Surau Geting, Tumpat.

Mereka ialah Adli Ab Halim, Afizul Mohamed, Ahmad Hafidz Saari, Che Mohd Nor Che Soh dan Mohd Azam Mohd Arifin.

Mereka dituduh di bawah Kaedah 4 (motosikal topi keledar keselamatan) 1973 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 338/87) yang dibaca bersama Seksyen 128 (1) Akta yang sama.

Peguambela Amir Syafiq Venkadesh Narayanan ketika ditemui di luar mahkamah berkata, kelima-lima pelajar yang ditahan polis itu semuanya menunggang motorsikal dengan masing-masing membawa pembonceng.

Menurutnya, semua penunggang itu tidak memakai topi keledar tetapi sebaliknya hanya memakai ‘serban’ dan berjubah putih.

“Di bawah undang-undang, ada pengecualian di mana seseorang itu tidak perlu memakai topi keledar semasa menunggang motorsikal. Mereka itu ialah (golongan) ‘Haji’, ‘Hajjah’, ‘Lebai’ dan ‘Sikh’. Namun dalam undang-undang itu tidak dijelaskan apakah yang dimaksudkan dengan ‘lebai’, yang (undang-undang itu) terpakai sejak digubal oleh Parlimen.

“Justeru mengikut Kamus Dewan (Edisi Ketiga) dinyatakan bahawa; “Seorang ‘lebai’ itu (ialah) orang yang tahu tentang agama, orang yang mengerja sesuatu yang bersangkutan dengan agama Islam’. Itu saja definisi. Oleh itu, mengikut definisi di sini (adalah) terlalu luas, sesiapa pun boleh digolongkan dalam golongan ‘lebai’, dan untuk membuktikan seseorang itu ‘lebai’ adalah susah,” katanya.

Katanya, kelima-lima OKS (orang kena saman) itu mendakwa bahawa mereka tergolong dalam golongan 'lebai'.

Pendakwaan terhadap kes tersebut telah selesai dan kelima-lima pelajar itu kini dipanggil untuk membela diri.

“Sekarang kita cuba buktikan (bahawa) mereka itu ‘lebai’ dan belum ada apa-apa keputusan lagi (dibuat) oleh kerana perbicaraan kes ini belum selesai,”

Monday, March 08, 2010

siapa umno???


rakyat buat perbandingan dua gambar ini


pemuda ini dipukul ketika prk bagan pinang.
mana pimpinan umno???
siapa yang benarkan???


perasmian pertandingan bola sepak 9 sebelah


PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA YB ADUN CANGKAT JONG(YB ANUAR BIN SUDIN) DIRASMIKAN YB ANUAR SUDIN(ADUN N56 CANGKAT JONG) PERASMIAN BERLANSUNG PADA JAM 8.30 PAGI.
GIMIK PERASMIAN YB ANUAR BIN SUDIN MENENDANG BOLA.





antara pimpinan yang hadir, turut hadir wakil kelab penyokong(tiada dalam gambar)



yb anuar bin sudin(adun cangkat jong) sedang memberi ucapan sekali gus merasmikan pertandingan 9 sebelah piala yb adun cangkat jong



Banyak iktibar atau pengajaran yang boleh diambil oleh rakyat daripada sesuatu pertandingan bola sepak. Ia bukan sekadar sebuah perlawanan yang melibatkan aktiviti fizkal malah ada iktibar yang tersirat. Demikian dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin ketika merasmikan Pesta Bola Sepak 9 Sebelah Kalah Singkir Piala YB Anuar Sudin pagi tadi. Pesta bola sepak tersebut telah diadakan di Stadium Mini Teluk Intan."Antara iktibar yang kita boleh ambil ialah jika sesuatu perlawanan itu melibatkan rasuah untuk mencapai kemenangan maka sudah pastilah akan memberikan keputusan yang tidak adil. Begitulah yang terjadi jika amalan rasuah, ugutan dan sebagainya dilakukan dalam mendapatkan sesuatu seperti merampas sebuah negeri umpamanya. Itu merupakan satu amalan di luar batasan agama dan moral. Malah boleh dikatakan sebagai tindakan zalim," jelas beliau. Di samping itu, bermain bola sepak boleh menjadikan pemain itu seorang yang berdisiplin, berdaya saing dan sebagainya. Pada masa yang sama, dengan niat bermain untuk menyihatkan badan yang membolehkan kita melakukan ibadah kepada kepada Allah maka permainan itu akan menjadi satu ibadah pula. Selepas itu, YB Anuar telah melakukan gimik perasmian dengan melakukan sepakan mula di padang dengan disaksikan para penonton.






ust abd fatah awang(ketua pemuda teluk intan/ merangkap penasihat prog) sedang berdoa. bagi pembukaan prog agar dirahmati.


diantara mereka yang hadir sebagai peserta dan mengaminkan doa



bendera bulan yang dipasang mengelilingi stadium mini berkibar sepanjang perlawanan berlangsung.

piala adun cangkat jong dapat sambutan

kejohanan piala yb anuar sudin(adun cangkat jong) selesai sekitar jam 7.45 malam dan kejohanan tersebut dimenangi oleh kumpulan aru trading mendapat tempat pertama,
daripada 29 kumpulan yang bertanding 4 yang mendapat hadiah, tempat pertama, kedua dan tiga, empat(hadiah yang sama)
perlawanan berlangsung cukup sengit dan yang memasuki piala ini semua yang berbakat.
kepada yang menang tahniah diucapkan dan kepada yang kalah teruskan usaha pada masa akan datang.



pemenang sedang dipakaikan midle dari yb anuar bin sudin.




pengurus pasukan aru trading sedang menerima piala, duit dan sijil daripada yb anuar sudin adun cangkat jong.




juara piala yb anuar sudin(n56 cangkat jong ) bergambar bersama beberapa pimpinan diantaranya yb anuar sudin, ydp pas kawasan dan pengurus program(sdr nazirudin) turut bersama beberapa pimpinan lain. johan membawa pulang wang tunai rm1000.00, midle emas dan sijil berserta piala yb anuar sudin.
tempat kedua dimenangi unit amal bagan datoh dengan membawa balik midle, wang tunai
rm 700 dan sijil.
tempat ke-3 tiga dan keempat dimenangi oleh intermalim dan jenderata B yang membawa balik wang tunai rm300, sijil dan midle.

Friday, March 05, 2010

bendahari pemuda negeri berada di hospital


Bendahari dppn perak, saudara zairul azrun(gambar disebelah) telah dimasukkan ke dalam wad 2052, hospital pantai putri tengahari tadi.

Pemangku ketua dppn dan exco yang lain telah meluangkan masa selepas solat jumaat tadi untuk menziarahi saudara zairul.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saudara zairul dan menyembuhkan beliau supaya dapat terus berjuang di jalan Allah. Amin.

AKHIRNYA SEGALA-GALA TERBUKTI

Bermulanya kisah si lompat ini apabila pr memerintah beberapa buah negeri di malaysia menjadikan bn terus dicemuh dan hampir lumpuh. apa yang kita tahu bn/umno tiada jalan lain selain menjadikan kisah dikelantan satu ketika dahulu berulang.
mereka yang tidak mengikuti sejarah tidak akan tahu siapa umno/bn dari dahulu lagi. kerajaan kelantan dahulu yang dirampas dan mereka gunakan pelbagai cara dalam mendekati adun-adun pembangkang ketika itu untuk menumbang kan kerajaan tersebut sehingga tumbang nya kerajaan kelantan ketika itu dan lakonan yang sama dibuat dibeberapa negeri yang menjadi sumber kekayaan kepada umno/bn . mereka terus mendekati sehingga tumbangnya kerajaan perak dan mereka sedang berusaha dalam menarik lagi mp-mp dalam memulihkan mereka menjadi mejoriti 2/3 diparlimen dikembalikan.
ini adalah usaha bagi mereka mengembalikan keyakinan rakyat, rakyat pula harus lah lebih berilmu dan menyebarkanya jangan sesekali terpedaya dengan berita yang dikhabarkan kerana kebanyakan berlaku disebaliknya.
ikuti sedutan beberapa episod berlakunya di negeri perak ini, serba sedikit digambarkan siapakah mereka umno/bn.
semua kenal akan tiga orang diatas yang dahulu diberi jawatan dan amanah kepada mereka, mereka bukan sahaja mengkhianat malah mereka telah menyalah guna kuasa, dimana kedua-dua exco kerajaan pr yang telah dipanggil spr kerana rasuah untuk tender pasir telah disalah gunakan dan mesyuarat exco gagal untuk mereka hadir dan yang terakhir adalah sehingga hari ini mereka bukan lagi rakyat yang mementingkan malah mereka di angkasa mana pun kita tidak pasti.
gambar perempuan ataupun orang cina panggil dia nyonya tua yang tidak berterima kasih kepada rakyat ditempat beliau, beliau adalah seorang yang kurang upaya dan beliau diberi peluang oleh pengundi di dun jelapang dan kerajaan pr telah memberi kedudukan yang tinggi pada beliau iaitu timbalan spiker tetapi beliau khianat malah beliau secara terang-terang didalam dewan undangan negeri diberikan wang rasuah berjumlah ratusan ringgit untuk mentabalkan speaker haram(s.ganesan) sedangkan apa yang kita tahu bidang kuasa timb speaker adalah terhad dan timb speaker hanya boleh menggantikan speaker sekiranya speaker tiada didalam dewan. kerana duit mereka sanggup berbuat semuanya. inilah yang dipanggil khianat kepada rakyat. tidak cukup dengan itu seorang lagi orang tua nyanyok berbuat tindakan demikian.
seperti gambar dan perkara dibawah.


berita umno/bn menceritakan konon-kononnya mp bagan serai keluar dari parti kerana antaranya adalah kerajaan pr perak dan pr memerintah tidak menghiraukan islam, sultan dan menutup kesalahan mereka(iaitu pr). tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila beliau keluar parti dan melompat ke parti lain bukan kah semua itu ada pada diri beliau, pertamanya ialah beliau telah mengkhianati amanah rakyat sekali gus berlawanan kepada prinsip agama iaitu khianat, kedua- beliau keluar tanpa perkenan sultan sedangkan beliau telah mengangkat sumpah dihadapan tuanku agong sebagai wakil rakyat dan amanah kepada rakyat adakah beliau pergi berjumpa agong terlebih dahulu untuk melompat parti? terakhir sekali sekira beliau kata ada dikalngan pr yang menutup pekung sendiri dah 54 tahun negara ini merdeka, pernah tengok umno/bn buka aib mereka??? ingat, kalau lah apa yang dikatakan ust ahmad awang supaya beliau di kenakan hukuman solat hajat. beliau bersiap sedia dengan balasan allah kerana doa orang yang dizalimi adalah doa yang paling mustajab. beliau sebagai mp yang telah dipilih perlu lah meminta mandat dari rakyat supaya beliau membuat sesuatu berkaitan pilihan rakyat.
rakyat tidak redha dan ditambah pula dengan permohonan kepada allah agar beliau dilaknat, beliau sendiri akan terima balasan didunia dan akhirat.