Dewan Pemuda PAS menggesa filem Hantu  Bonceng yang sedang ditayangkan  di pawagam dihentikan segera kerana  mengandungi unsur penghinaan kepada  agama Islam.

Ketua Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hassan berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak  terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.
Babak  tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog  "
asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu  syaitan).
Jika mahu ditayangkan juga, sekurang-kurang  babak mengucap syahadah secara salah itu mesti di potong untuk tayangan  berikutnya.
"Menyebut  perkataan 
"Muhammadar Syaithan" yang  bermaksud Muhammad adalah syaithan dalam sebutan syahadah yang  dijenakakan adalah haram dan boleh memesongkan aqidah.
"Saya dan  seluruh ummat Islam yang sensitif terhadap agama tidak mampu tidur lena.  Selagi ia menjadi tontonan umum, fikiran saya gelisah dan perasaan saya  resah,".

Filem  arahan sutradara terkenal Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu  ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula  31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar  dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.
Selain Zizan ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.
Mengulas  lanjut, Nasrudin berkata pihak pengarah dan penerbit termasuk Zizan  sendiri wajar memohon maaf kepara seluruh umat Islam di atas jenaka  keterlaluan itu.
Sama ada Zizan sedar atau tidak keterlanjuran itu katanya, ia tetap salah kerana menghina Rasulullah SAW.
"Saya  dengan segala baik sangka mengharapkan saudara Zizan selaku pelakon  babak ini tidak menyedari implikasi aqidah sewaktu melakonkan watak  tersebut, namun saya menyarankan agar Zizan segera memohon maaf kepada  umum terhadap jenaka yang keterlaluan itu.
"Saya yakin, Zizan akan lebih dihormati kerana saya juga meminati beliau selaku anak seni dalam negara ini."
Kemaskini 21 September (Malaysiakini):
Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada pelakon komedi terkenal Zizan -  atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak - kerana memohon maaf atas  ucapan dialognya dalam filem 
Hantu Bonceng yang didakwa menghina Islam.

Ketuanya Nasrudin Hassan (
kiri)  berkata, langkah itu diharap menjadi pengajaran kepadanya dan artis  lain agar lebih berhati-hati di layar perak dan tidak mencetus  kekeliruan yang membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama.
"Saya  mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas  keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ia benar, ikhlas dan  tidak mengulanginya di masa hadapan," katanya.
Selepas  kontroversi itu, Zizan dilaporkan memohon memohon maaf di laman Twitter  dan menjelaskan tidak mungkin dia sengaja atau tergamak menghina agama  dan rasulnya sendiri. 
“Takkanlah saya hendak hina  rasul saya sendiri. Kan dalam babak perkataan setan itu diajukan kepada  Kunyit (watak pembantu). Dalam penapisan filem ada empat ulama dan telah  diluluskan filem ini. 
“Saya faham, apa yang salah.  Tetapi fasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya. Tak ada  langsung terniat. Ini adalah agama dan Rasul saya. Maaf sekiranya saya  silap,” beliau dipetik sebagai berkata di laman blog mikro itu.
Dalam  kenyataannya hari ini ini, Nasrudin berkata, bukan sahaja kalimah  syahadah tetapi aksi lain seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas dan  adegan tahyul juga perlu dielakkan kerana bertentangan dengan hukum  Islam.
Katanya,  masih terdapat ruang yang luas untuk seniman berkarya tanpa melanggar  syariat dan mencacatkan keindahan Islam, seperti filem-filem Iran  terkenal, seperti 
Children of Heaven dan 
The Moonlights yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.
"Malah  filem tanpa adegan wanita seksi yang menampakkan aurat sehingga ke  paras paha serta mendedahkan sebahagian besar di bahagian dadanya, masih  mampu mencapai 
box office dan menerima award (anugerah) di peringkat antarabangsa...," katanya.
Katanya,  sudah sampai masanya industri filem negara dibebaskan dari "serkap  filem" yang rendah mutu, terkepong dalam realiti yang tidak patut  dibanggakan dan mengeksploitasi tubuh wanita dan tahyul sebagai "azimat  pelaris".