Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA PEMUDA PAS NEGERI PERAK


Kepada :
Semua Kakitangan Perkhidmatan Awam



Y.Bhg. Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Datin Seri / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Saudara / Saudari;

UCAPAN SALAM AIDIL FITRI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA

“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; – Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).”

(Surah Al-Syams: Ayat 7-10)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan segala hormatnya, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengambil kesempatan mengucapkan salam Aidil Fitri dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang serentak disambut pada tahun ini agar ianya membuka satu lembaran baru buat kita semua.

Oleh kerana kebanyakkannya akan mula bercuti pada hari ini, kami mengambil kesempatan menghulurkan kemaafan di hari yang mulia ini bersempena bulan Syawal nanti dengan ucapan maaf zahir dan batin kepada semua di atas salah dan silap kami selama ini.

Kami juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang tercinta yang akan kita sambut diambang Syawal tahun ini. Kami yakin semangat patriotisme kita tidak akan hilang walaupun menyambut hari lembaran iaitu Hari Raya Aidil Fitri pada hari yang sama.

Kami mengharapkan kita semua akan diketemukan lagi dengan bulan Ramadhan tahun depan dan diberikan kekuatan dan Maghfirah sepanjang menjalankan ibadah puasa ini. Gunakanlah ruang dalam masa Aidil Fitri ini untuk ziarah-menziarahi sanak-saudara serta sahabat handai dan saling bermaaf-maafan.

Perkara yang penting juga untuk diingati dalam perjalanan ke kampung halaman, agar berhati-hati di jalanraya dan semoga selamat tiba ke destinasi yang di tuju. Kami juga berharap agar keselamatan diri dapat dijaga di mana sahaja anda berada hendaknya. Akhirnya, sayang Agama dan sayang Negara!

Sekian, terima kasih.

“Pemuda nadi rakyat”


Saya yang benar,
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak




ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.