Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Monday, March 29, 2010

tahniah pada kerajaan negeri kelantan -pj-



IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak menyatakan bahawa Kejayaan Kelantan menganjurkan Karnival Jom Heboh di Kelantan membuktikan keterbukaan kerajaan Islam yang dipimpin PAS untuk menerima hiburan yang menepati syara’ yang digariskan oleh Islam.

Menurut beliau kejayaan Kelantan ini mengubah persepsi masyarakat umum yang menganggap Islam sebagai agama yang jumud dan mengongkong.

Karnival ini membuktikan Islam merupakan cara hidup yang syumul, dan sesuai sepanjang zaman. Berbeza dengan karnival Jom Heboh di negeri-negeri lain yang mengutamakan hiburan, karnival Jom Heboh di Kelantan menampilkan kelainan dengan menitik beratkan aspek halal haram dalam karnival tersebut, jelas beliau.

Beliau menyatakan lagi bahawa pendekatan Karnival Jom Heboh di Kelantan hanya menetapkan artis lelaki sebagai penghibur dan mengasingkan kedudukan lelaki dan perempuan bagi mengelak pergaulan bebas antara bukan mahram. Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang diamalkan di Kelantan terbukti bukan suatu undang-undang yang menolak hiburan secara membuta tuli.

Menurut beliau lagi apa yang menambahkan keunikan karnival ini, apabila produk-produk Islam menjadi penyeri utama karnival tersebut yang merupakan kali pertama diadakan di Kelantan.

Kejayaan ini membuktikan kerajaan Islam yang cuba ditubuhkan oleh Islam merupakan kerajaan yang sesuai dengan semua lapisan masyarakat dan bersifat mendidik. Tahniah diucapkan kepada kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz di atas satu lagi kejayaan negeri.

Semoga kejayaan Kelantan memulakan langkah pertama ini dapat dicontohi oleh kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat yang lain, tegas beliau.