Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Sunday, August 30, 2009

sambutan kemerdekaan di zaman 1 malaysia



Pada jam 12.00 a.m ini Negara kita mencapai 52 tahun kemerdekaan, apa yang pemuda dapat bawakan kali ini pemuda amat hairan selama 52 tahun kemerdekaan yang sama sambutan kemerdekaan tetap cara yang sama dan tiada perbezaan walau pun pemerintahnya islam cara sambutan kemerdekaan Negara tidak langsung mempunyai unsur2 islam. Cukup menghairankan walau pun bulan tersebut dalam bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmat dan mahgfirah mereka pemerintah di Negara ini masih menyambutnya dengan cara tersendiri.
Yang menjadi tanda soal kita semua kenapa mereka menyatakan Negara ini Negara islam tetapi tidak merujuk kepada cara2 islam, apa yang kita tahu saidina umar juga merdeka, bilal ar rabah merdeka, dan ramai lagi sahabat yang merdeka dari kehidupan yang sebenar dan berubah dari dahulu.
Kenapa Negara tidak mahu mengikut cara-cara tersebut untuk menyambut perayaan tersebut?
Apa yang kita tahu siapa kah saidina umar, sahabat nabi yang dijamin syurga dan pemerintahan nya cukup luas dan islam mula berkembang dizaman beliau, malah pemerintahan nya bukan sahaja dikagumi malah cucu nya pun masih menjadi kaguman pemerintah2 dunia masa kini, siapa tidak kenal khalifah umar al-aziz yang menjadi contoh kepimpinan baru pemerintah pr di pulau pinang. Kenapa orang yang bukan islam mengagumi pemerintahan islam yang begitu hebat tapi pemerintah yang mencanang 1 malaysia tiada contoh2 khalifah islam? Siapa yang dicontohi mereka? Apakah model yang ditunjukkan kepada anak-anak muda masa kini bahawa mereka nak anak muda menyelami kemerdekaan dan keperitan orang yang terdahulu. Adakah pemimpin Negara menyelami dan mentadbir Negara dengan mengambil iktibar agar Malaysia tidak digadai dan bersedia bila2 masa sahaja jikalau Malaysia diserang dari faktor pemerintahan dan peperangan?
Bukan nabi Muhammad yang menjadi contoh semua umat tidak kira agama dan bangsa sebagai umat akhir zaman kita wajib mengikutinya kerana ia diturunkan untuk memberi contoh kepada umat akhir zaman. Nabi tidak mengajar agar kita pemimpin membebankan rakyat dengan keperitan dan penderitaan yang lalu malah nabi mengajar cara pemerintah yang terbaik kepada jenerasi baru. Apa buktinya, apabila nabi memerintah nabi tidak menyuruh manusia membalas dan memusuhi golongan yang menyerang beliau ketika berhijrah ke madinah. Contoh lain pula nabi sanggup menerima Khalid alwalid dan menjadikan pemimpin yang diharapkan walaupun dahulunya ialah penghalang kepada pergerakan dakwah nabi.
Jikalau mereka pemimpin Negara tidak mahu dan masih berdegil dengan pemerintahan yang lama, hanya selogan yang baru tetapi mereka sama. Kita generasi baru harus membuat perubahan yang ketara agar mereka diberi pengajaran yang sepatutnya. Allah telah memberi banyak petanda bahawa tiada keredaan kepada pemerintahan yang sedia ada, musibah yang tidak putus-putus. Sesungguhnya kita lah yang dapat mengubahnya.
Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-52 dan selamat membuat perubahan daripada
pemuda pas kaw teluk intan.