Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Tuesday, August 30, 2011

GUNAKAN KUASA ANDA SEBAGAI PENGGUNA DI HARI RAYA INI


“Marilah bersama-sama kita mengubah apa yang berlaku sekarang supaya kita dapat menghayati suasana ‘raya’ dengan lebih bermakna lagi.

“Rayakan rakyat dengan membuat perubahan di dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang,” kata Pengerusi Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS), Mohd Firdaus Jaafar.

sambutlah tetamu yang berkunjung bukan sekadar dengan juadah tapi juga dengan maklumat terkini dan isu-isu yang tidak dimainkan di media arus perdana.

jadikan minda rakyat bebas daripada penipuan Umno BN, juga ‘rayakan’ rakyat dengan menolak kebatilan.

Beliau juga mengajak umat Islam bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada semua sepanjang bulan Ramadhan ini sehingga dapat mengisinya dengan agenda-agenda yang membawa kepada ketaqwaan yang sejati.

“Setelah kita berjaya menyempurnakan latihan Ramadhan selama sebulan, dan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri sebagai satu tanda kesyukuran kita terhadap nikmat-nikmat Allah SWT,”.

Ramadhan diharap dapat membentuk diri mengenali sifat kehambaan kepada Allah SWT dengan lebih mendalam supaya selepas ini akan senantiasa mematuhi setiap suruhan-Nya.

dengan latihan ubudiyah selama sebulan insya Allah telah dapat memenuhi KPI berpuasa iaitu ketaqwaan kepada Allah SWT.

Bagi mereka yang akan pulang ke kampung, LaPAS ingin menasihati agar sentiasa berhati-hati ketika memandu.

banyakkan bersabar memandangkan jumlah kenderaan yang banyak dan keadaan jalan raya yang sesak sudah pastinya menimbulkan suasana yang tidak selesa namun sekiranya patuh pada undang-undang yang ada, sekurang-kurangnya dapat melancarkan perjalanan.

LaPAS juga, ujarnya ingin berpesan kepada semua pengguna agar lebih bijak dalam berbelanja bagi menghadapi musim raya.

Serunya, gunakanlah sepenuhnya hak sebagai pengguna supaya tidak diambil kesempatan oleh para peniaga dengan sewenang-wenangnya.

“Berhemahlah dalam berbelanja kerana umumnya pasti mengetahui bahawa janji ‘pak menteri’ yang harga barang tidak akan naik menjelang musim perayaan hanyalah ‘omong kosong’ demi untuk ‘menyelerakan’ halwa telinga rakyat yang mana pada hakikatnya sudah pasti berlaku kenaikan harga barang yang mendadak dek kerana kelemahan kerajaan yang ada,”.

Dan yang pastinya, kata beliau alasan serupa yang akan di’recycle’ oleh pihak berkuasa ialah kerajaan tidak mampu mengawal kenaikan harga.

Oleh itu, LaPAS menyeru kepada semua agar sesuatu dapat dilakukan untuk mengubah kembali suasana yang ada kepada yang lebih baik lagi.

Menurutnya, Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil mahsul namun dek kerana dimonopoli oleh hanya segelintir golongan, maka natijah kenaikan harga barang yang cukup membebankan rakyat tidak dapat dielakkan.

dan yang paling menyedihkan lagi apabila yang terpaksa menanggung kesannya adalah rakyat marhaen.

“Sebulan kita membina keimanan, Ramadhan menjadi pembersih hati umat Islam. Selamat Hari Raya Idul Fitri 1432H. Maaf zahir dan batin,”.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA PEMUDA PAS NEGERI PERAK


Kepada :
Semua Kakitangan Perkhidmatan Awam



Y.Bhg. Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Datin Seri / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Saudara / Saudari;

UCAPAN SALAM AIDIL FITRI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA

“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; – Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).”

(Surah Al-Syams: Ayat 7-10)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan segala hormatnya, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengambil kesempatan mengucapkan salam Aidil Fitri dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang serentak disambut pada tahun ini agar ianya membuka satu lembaran baru buat kita semua.

Oleh kerana kebanyakkannya akan mula bercuti pada hari ini, kami mengambil kesempatan menghulurkan kemaafan di hari yang mulia ini bersempena bulan Syawal nanti dengan ucapan maaf zahir dan batin kepada semua di atas salah dan silap kami selama ini.

Kami juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang tercinta yang akan kita sambut diambang Syawal tahun ini. Kami yakin semangat patriotisme kita tidak akan hilang walaupun menyambut hari lembaran iaitu Hari Raya Aidil Fitri pada hari yang sama.

Kami mengharapkan kita semua akan diketemukan lagi dengan bulan Ramadhan tahun depan dan diberikan kekuatan dan Maghfirah sepanjang menjalankan ibadah puasa ini. Gunakanlah ruang dalam masa Aidil Fitri ini untuk ziarah-menziarahi sanak-saudara serta sahabat handai dan saling bermaaf-maafan.

Perkara yang penting juga untuk diingati dalam perjalanan ke kampung halaman, agar berhati-hati di jalanraya dan semoga selamat tiba ke destinasi yang di tuju. Kami juga berharap agar keselamatan diri dapat dijaga di mana sahaja anda berada hendaknya. Akhirnya, sayang Agama dan sayang Negara!

Sekian, terima kasih.

“Pemuda nadi rakyat”


Saya yang benar,
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak




ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Thursday, August 11, 2011

pembelian saham MAS oleh AIR ASIA ada bentuk memonopoli


Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa bimbang terhadap usaha kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sebanyak 20 peratus.

Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar DPPM, Mohd Firdaus Jaafar berkata, penjualan itu berkemungkinan akan menyebabkan syarikat berkaitan kerajaan atau government link company (GLC) akhirnya akan hilang ditelan syarikat konglomerat gergasi seperti Air Asia.

DPPM, mempersoalkan apakah relevannya kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sedangkan perlu ada usaha lain bagi menyelamatkan masa depan syarikat penerbangan milik kerajaan Malaysia itu.

MAS sepatutnya mengkaji dan memperbaiki prestasi akibat kerugian yang dihadapinya sebanyak RM243.3 juta pada suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM310.60 juta untuk tahun 2010.

penjualan saham MAS kepada Air Asia akan mewujudkan monopoli dalam sistem penerbangan negara di samping merugikan rakyat.

sifat persaingan antara syarikat penerbangan ini mungkin tidak akan wujud lagi kerana masing-masing perlu menjaga kepentingan sesama mereka.

ujarnya apa yang sangat dibimbangkan daripada wujudnya monopoli dalam penerbangan ini adalah akan menyebabkan harga tiket melambung tinggi mengikut selera pemilik syarikat berkenaan.

syarikat ini menjadi penentu terhadap harga tiket dan penerbangan, bukan lagi mengikut permintaan pasaran semasa.

“Jika jadi demikian, siapakah yang akan rugi jika tidak rakyat biasa?” soalnya.

DPPM merasa dengan penjualan saham ini akan menyebabkan sebuah lagi syarikat GLC milik kerajaan bakal lingkup selepas beberapa GLC ‘gulung tikar’ sebelum ini seperti yang berlaku kepada Dawama.

Akhirnya, akan tinggal hanya Petronas sahaja yang memainkan peranan bagi menyelamatkan ekonomi negara daripada musnah.

kerajaan sepatutnya memainkan peranan penting dalam memastikan syarikat GLC terus bernafas dan bersaing dalam pasaran semasa.

kegagalan GLC dalam menempatkan diri dalam pentas perniagaan menunjukkan kegagalan kerajaan mengatur ekonomi negara.

“Apakah akan jadi kepada ekonomi negara jika GLC semakin banyak yang lingkup dan tidak mampu meneruskan lagi perniagaan mereka?” tanya beliau lagi.

yang rakyat bimbangi akan menyebabkan peningkatan kadar inflasi, jurang kemiskinan yang semakin melebar serta mengakibatkan persengketaan berpanjangan akibat permainan monopoli oleh syarikat-syarikat bertaraf gergasi.

mengapa GLC yang bernaung dibawah kerajaan Umno BN kebanyakkannya menjadi tidak berdaya saing seperti mana syarikat-syarikat swasta yang dilihat lebih terkehadapan.

“Apakah GLC ini menjadi ‘lubuk’ kepada pimpinan Umno BN mengaut keuntungan demi untuk kepentingan peribadi dan bukannya untuk GLC itu sendiri?” soalnya.

DPPM mengingatkan kepada rakyat sekiranya mahu melihat GLC yang selebihnya tidak menuju kehancuran, kerajaan yang sedia ada harus ditukar kepada kerajaan yang lebih telus dan beritegriti demi memastikan kestabilan ekonomi negara terus dipacu kehadapan bukannya ‘dibelasah’ oleh mereka yang berkepentingan.

Dengan berkembangnya GLC sehingga ke tahap global juga boleh memastikan sosio ekonomi juga turut berkembang.

Ini juga, akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat Malaysia kerana negara sekarang sedang berdepan dengan kadar pengangguran yang agak membimbangkan.

“Ini berdasarkan jawapan di Parlimen dan kenyataan akhbar oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam pada Jun 2010 dan statistik Jabatan Perangkaan Jun lepas, menyatakan kadar pengangguran adalah pada tahap 3.7 peratus atau sekitar 426,600 orang yang menganggur,”.

Justeru, DPPM mengajak semua rakyat agar melakukan perubahan demi menyelamatkan GLC yang masih ‘bernyawa’ terus subur dan tiada jalan lain iaitu dengan memastikan Umno BN hendaklah ditumbangkan di dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Tuesday, August 09, 2011