Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Saturday, November 27, 2010

hari kebajikan N56 dun cangkat jong


PAS Kawasan Teluk Intan melalui Lujnah Kebajikan akan mennganjurkan Hari Kebajikan DUN Changkat Jong pada 4 Disember ini bersamaan Sabtu. Program bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengah hari. Begitu banyak acara diadakan pada hari itu seperti gerai pameran dan jualan, pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah, aqiqah, berkhatan, pertandingan, dan sebagainya. Program tersebut akan diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak.

Menurut Pengarah Program Sdr. Shamsuddin Mahmud, pihak urus setia masih memerlukan penyertaan orang ramai dalam beberapa aktiviti seperti kempen derma darah dan berkhatan. Menurut beliau, setakat ini seramai 17 orang kanak-kanak telah didaftarkan untuk majlis berkhatan beramai-ramai. Bayaran yang dikenakan ialah RM50 sahaja yang akan diuruskan seramai tiga orang doktor dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).

Menurut Sdr. Shamsuddin lagi, pihaknya juga masih membuka kepada orang ramai bagi menyertai program aqiqah dengan bayaran RM350. Pihaknya juga mengalu-alukan kepada para penjaja dan peniaga untuk membuka gerai di tapak program.



Di samping itu, pihaknya amat memerlukan penyertaan orang ramai dalam kempen derma darah yang akan dikendalikan oleh pihak Jabatan Kesihatan Hilir Perak. Beliau menyeru agar orang dapat mendaftar awal sebagai penderma darah kepada pihak urus setia sebelum 4 Disember ini.

Selain itu, beberapa pertandingan turut diadakan. Antaranya pertandingan mewarna untuk pebagai kategori umur kanak-kanak. Bagi remaja dan dewasa pula beberapa pertandingan telah diatur seperti pertandingan masakan berasaskan roti (peserta berumur 15 - 25 tahun) dengan menggunakan bahan-bahan seperti roti, sosej, telur, sardin dan sebagainya.

Remaja yang berumur antara 13 hingga 21 tahun juga boleh menyertai pertandingan multimedia (powerpoint) dengan pilihan tajuk sama ada "Kempen Menutup Aurat" atau "Gejala Sosial dan Cara Menanganinya". Maksimum persembahan powerpoint ialah selama 10 minit dan penghakiman berdasarkan daya kreatif dari sudut audio, video dan grafik. Peserta hanya perlu menyiapkan persembahan powerpoint dan disimpan ke dalam bentuk CD dan hendaklah dihantar kepada pihak urus setia pertandingan sebelum atau pada 3 Disember.

Hadiah-hadiah yang menarik disediakan kepada para pemenang.
Kepada sesiapa yang berminat kepada acara-acara tersebut, bolehlah menghubungi terus pihak urus setia seperti berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut :

1. Khatan, aqiqah dan derma darah : Sdr. Shamsuddin (013-4390283) dan Pn. Fuziah (013-5957537)
2. Pertandingan masakan dan multimedia : Pn. Adilah (019-5713049) dan Cik Afiza (019-3620544)

Hari Kebajikan DUN Changkat Jong djangka akan dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Perak merangkap Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Perak, AF Ustaz Hj, Mustafa Shaari.

Kemeriahan dan kemuncak program ialah pada sebelah malam iaitu Ceramah Perdana bersama MB Pakatan Rakyat YB DS Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin. Ceramah akan diadakan di tapak program iaitu di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak.

Thursday, November 25, 2010

prosiding hari ke 3

perbicaraan hari ke tiga saksi ke-4 yang di panggil pada hari ke-3 menyambung sebagai saksi kes.
dsp mahani yang merupakan seorang pegawai bahagian perjudian dan maksiat tampil lagi sekali untuk memberi keterangan
kali ini di bawa berasama barang-barang kes yang dirampas, barang tersebut merupakan banner, 73 pengikat kepala, 11 bungkusan plastik yang mengandungi 1054 unit lencana yang tertulis bubar dun perak.
ketika tangkapan di buat dsp memberi tahu mahkamah bahawa beliau dan anggota yang menangkap tidak memakai pakaian seragam polis dan apabila di tanya oleh peguam bela adakah kamu menunjuk sebab kenapa kamu meminta i.c malah dsp mahani menjawap tidak lalu peguam bertanya `bagaimana kamu meminta okt mengeluarkan i.c?
adakah kamu bertanya kepada mereka bagi i.c kamu?
sebelum itu dsp mahani di beri soalan yang cukup bermakna apabila peguam bela bertanyakan jantina dsp mahani ini kerana di dalam report polis tertera jantina seorang lelaki manakala peguam bela bertanya adakah report ini benar lalu dsp mahani menjawap ia benar.

sementara itu apbila selesai dsp mahani di soal jawap mahkamah melepaskan saksi dan mahkamah berehat untuk mendapatkan saksi lain untuk keterangan kes.

perbicaraan hari ke-3 turut di hadiri pimpinan pakatan rakyat
antara yang hadir sedara mohd sabu bersama bendahari pas pusat(yb hatta ramli)
dan turut hadir yb tian chua
mereka hadir bagi menghadiri perbicaraan lain dan menjenguk seketika perbicaraan ini turut memberi semangat kepada semua okt



( yb hatta ramli sedang beramah mesra ketika mahkamah berhenti rehat)


(yb tian chua turut hadir selepas selesai menghadiri satu perbicaraan lain)


mahkamah di teruskan perbicaraan dengan memanggil ketua polis daerah dang wangi, tuan zulkarnain.
polis daerah dang wangi adalah yang memberi arahan kepada himpunan pada 1.9.2010 dan tuan zulkarnain adalah komander ketika itu, ada berlaku beberapa kemusykilan kepada saksi ke-5 ini.
beliau adalah ketua yang memberikan arahan dan rujukan pada hari tersebut tetapi kebanyakan soalan tidak dapat di jawap dan banyak perkataan tidak tahu keluar dari mulut beliau.
malah ada beberapa tandatangan yang mengesahkan report menggunakan nama beliau tetapi tandangan yang lain.
peguam bela bertanya kan apakah definisi himpunan haram, lalu ia menjawap satu himpunan yang menggugat ketenteraman awam lalu di tanya adakah himpunan mesti mendapat permit beliau menyatakan tidak perlu dan ditanya adakah kamu yang mengeluarkan permit?
tidak, kenapa kamu nyatakan bahawa himpunan ini mengugat?
beliau menjawap bahawasanya jalan sesak dan tidak seperti biasa malah orang awam terancam.
apakah yang di maksudkan terancam, apabila ada laporan menyatakan sesuatu perkara maka ia adalah terancam, maka kalau kamu tengok ada lah satu himpunan tetapi ia tidak di laporkan adakah ia tidak terancam.
tidak.
saksi di lepaskan oleh mahkamah, perbicaraan di sambung pada bulan januari 2012, perbicaraan selesai pada jam 1.30 petang


(okt memakai baju mansuhkan kezaliman isa bersama peguam bela dan pimpinan pas)

Wednesday, November 24, 2010

ds anuar, datin seri azizah, ustzh nuridah salleh dan pj pas wilayah hadir ke prosiding himpunan gmi

Perbicaraan 29 tertuduh kes himpunan anti-ISA, 1 Ogos tahun lalu masuk hari kedua yang bermula dengan menyambung soal(ds anuar ibrahim bersama isteri sempat masuk ketika mahkamah berhenti rehat)

balas saksi kedua, Koperal Nizam Yahya, iaitu jurufoto yang diarah mengambil gambar himpunan di sekitar Masjid Negara.

Manakala saksi ketiga, Sarjan Mujni yang bertugas sebagai jurufoto di Bukit Aman ditugas mengambil gambar di sekitar kompleks Sogo.

Kedua-dua saksi memberitahu mahkamah, menerima arahan dari pegawai atasan untuk mengambil gambar di kawasan yang ditetapkan.

Ketika ditanya peguam, Sarjan Mujni bersetuju bahawabeliau hanya menjalankan tugas mengambil gambar dan tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Kesemua mereka dituduh secara berasingan dengan beberapa pertuduhan, namun dibicarakan bersekali kerana pertuduhan hampir sama.

Antara pertuduhan tersebut mendakwa mereka terlibat sebagai(ds anuar ibrahim bersama datin seri azizah, tengah)

ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang bertujuan melakukan mudarat awam, di kawasan letak kereta di belakang Masjid Negara pada jam 9 pagi, 1 Ogos lalu.

Kesalahan tersebut boleh dihukum mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Turut hadir melawat orang kena tuduh (OKT) di Mahkamah Sesyen Jenayah hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua muslimat pas pusat bersama suami, pesuruhjaya bersama beberapa orang ajk pas wilayah.

Manakala dalam perbicaraan semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anuar diarah keluar dari bilik mahkamah.

Hakim, Ainul Shahrin Mohamad membuat arahan itu kerana mendakwa Nurul Izzah 'membuat bising' semasa perbicaraan sedang berjalan.

1 Ogos lalu, kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mereka berhimpun di kompleks membeli-belah Sogo, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, Masjid Negara serta di perkarangan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Perhimpunan itu juga bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Himpunan itu bagaimanapun berdepan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air serta membuat tangkapan bagi meleraikan orang ramai.

Perhimpunan itu berakhir jam 3.45 petang dengan 589 orang termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun dan 40 wanita ditangkap.

Dari jumlah itu, hanya 29 dituduh di mahkamah manakala yang lain dibebaskan

(pesuruh jaya pas wilayah bersama okt himpunan gmi)

Monday, November 22, 2010

prosiding pertama kes himpunan gerakan mansuh isa



setelah beberapa lama oyds yang di tangkap menunggu di bicarakan, hari ini bermula lah dengan soal jawap dan saksi pertama telah di panggil.
turut hadir memberi semangat ahli parlimen lembah pantai yang merupakan anak ketua pembangkang yb nurul izzah anwar
prosiding kali ini agak tegas berbanding sesebelum ini, sebelum ini hanya lar sebutan kes berulang-ulang kali tetapi hari ini hakim ainul memrintahkan 2 waran tangkap di keluarkan terhadap mereka yang tidak hadir tanpa sebab dan diminta hadir pada tarikh yang di tetapkan dengan alasan yang munasabah.
saksi hari pertama dsp raja balai polis dang wangi tampil memberi keterangan kepada mahkamah
kemudian mahkamah memangil saksi kedua dan ada kesilapan kepada cetakan yang di edarkan kepada pihak peguam bela dan prosiding di tangguh pada jam 12.30 tengah hari dan akan di sambung esok pada jam 9.00 pagi
sama-sama kita doa kan agar keadilan menyebelahi pihak yang benar.

Thursday, November 18, 2010

presiden rasmi hari peringatan mujahid mamali






Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara tokoh yang akan mewarnai sambutan Majlis Memperingati 25 Tahun Memali.

Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi berkata, perasmian majlis tersebut akan disempurnakan Tuan Guru Abdul Hadi, esok, jam 9 malam. Turut menyampaikan ucapan ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi.

Manakala Anwar akan mengisi pentas pidato pada hari kedua program, 20 November bersama Timbalan Pesuruhjaya I dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Pada malam terakhir, ceramah akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani dan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Pelbagai acara akan dilangsungkan sepanjang majlis tiga hari itu antaranya konvoi Pemuda, persembahan nasyid dan pentomen, tahlil perdana, acara Pasti, Klinik Smart Solat, Ijtimak Ulama dan Guru-guru Pondok serta Ijtimak Pelajar Memali.

Turut diadakan juga adalah pameran Memali dan Pendidikan Islam Kedah, kaunter pemeriksaan kesihatan dan perubatan percuma, kaunter daftar pemilih, kaunter keahlian PAS dan Sukarelawan Pemuda PAS Kedah serta gerai-gerai jualan.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir ke program tersebut yang akan dilangsungkan di Madrasah Islahiah Diniah dan perkarangan rumah As-syahid Ustaz Ibrahim Libya di Kampung Memali.

Tuesday, November 16, 2010

media tidak beretika -ketua pemuda-


Ketua Dewan Pemua PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan at-Tantawi menegaskan, memang layak media yang tidak beretika mesti diajar sebagai teladan untuk mereka mengkaji semula laporan yang berat sebelah.

Berucap pada malam penutup Karnival Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) malam tadi, beliau berkata tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah melarang media pro Umno membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) merupakan reaksi biasa sebagai protes bukanya menghalang kebebasan media.

"Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan memang patut sebab media pro Umno buat liputan berat sebelah berkaitan banjir. Media hanya tumpukan pada sumbangan Kerajaan Pusat, seolah-olah menidakkan bantuan kerajaan negeri. Lepas tu hentam tanpa bagi peluang Menteri Besar menjawab," terangnya.

Sebagai contoh, katanya ketika bantuan Dewan Pemuda PAS Pusat yang berkampung di Kubang Rotan di mana mangsa banjir diberikan sumbangan dan disajikan gulai daging lembu pada hari pertama, pada hari kedua pula ayam masak merah manakala hari ketiga gulai telur ikan masin.

“Bila hari ketiga, datang TV3 dan terus menemu ramah mangsa yang dihidangkan gulai telur ikan masin. Mereka buat cerita bukan-bukan kononnya mangsa diberikan hidangan yang tidak seberapa, ada pilih kasih dan seumpamanya.

"Itulah kejahatan yang dibuat, mereka mencipta isu demi kepentingan Umno dan Barisan Nasiona (BN). Mereka meninggalkan etika yang mengkehendaki bersikap jujur dan tulus pada sebarang laporan," jelasnya kecewa.

Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyifatkan, laporan yang dibuat oleh media pro Umno itu didalangi oleh beberapa individu yang sengaja mengambil kesempatan berlakunya banjir terburuk yang melanda Negeri Kedah.

Beliau juga yakin peristiwa yang berlaku itu tidak akan mendorong rakyat untuk kembali ke pangkuan Umno yang telah membohongi mereka sejak 50 tahun lalu.

"Rakyat Kedah pasti tahu cerita sebenar apa yang berlaku. Semua itu pembohongan media pro Umno yang senantiasa mencari ruang untuk mereka mengucar-kacirkan pemerintah Pakatan Rakyat

Saturday, November 13, 2010

didikan agama tanda ibu bapa sayang anak2 - k.p-





anda ibu bapa kasih akan anaknya ialah apabila mereka memberikan pendidikan agama secukupnya kepada anak-anak mereka. Ini juga merupakan tanggungjawab bagi setiap ibu bapa terhadap anak-anak. Demikian dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Teluk Intan, Ustaz Abdul Fattah Awang ketika merasmikan Hari Kanak-kanak PASTI Ibnu Rusyd, Taman Cicely dekat sini.

Pendidikan agama merupakan benteng paling ampuh kepada anak-anak dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran masa kini.
"Apatah lagi ketika menyaksikan keruntuhan akhlak anak-anak muda masa kini yang begitu menakutkan kita. Pendidikan agama adalah satu alternatif wajib diberikan kepada anak-anak," ujar beliau.
Adik Fatin Umi Humairah menyampaikan cerita.

Beliau juga menyentuh berkenaan PASTI yang merupakan salah satu cara bagi ibu bapa memberikan didikan agama pada peringkat awal lagi. Malah usaha murni PASTI ini dapat dilihat dengan jelas antara murid-murid PASTI dengan murid-murid tadika lain.
Sebelum itu, di dalam ucapan aluannya, Pengurus PASTI Ibnu Rusyd menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada para ibu bapa yang menghantar anak mereka ke PASTI. Beliau turut menghargai akan sokongan para ibu bapa sehingga PASTI Ibnu Rusyd dapat beroperasi selama hampir 8 tahun.
Antara acara menarik perhatian hadirin pada majlis tersebut ialah persembahan murid-murid PASTI seperti hafazan, bercerita, bacaan hadith, nasyid, kuiz dan bacaan doa-doa harian.
Acara hafazan murid perempuan.

.



Adik Nurin Naziha membaca Al Qur'an dengan baik sekali.
Acara nasyid murid lelaki.
Ustaz Fattah menyampaikan hadiah kepada Murid Terbaik PASTI.


Antara ibu bapa yang hadir.
Di samping itu, hadiah-hadiah juga disampaikan kepada murid-murid yang telah berjaya di dalam peperiksaan baru-baru ini.

2011 masa untuk berubah -ust nasrudin hassan-

di petik dari blog rasmi ketua dewan pemuda pas pusat
(ust nasrudin hasssan)

1. Seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat organnya berhimpun hari ini di Auditorium MBSA untuk menyertai Seminar "PAS Sedia Ganti UMNO".

2. Selain untuk menyatakan kesediaan PAS mengambil alih teraju pemerintahan negara , ia juga adalah suatu gambaran jelas bahawa kini PAS begitu optimis untuk memenangi pilihanraya umum akan datang bersama gandingan rakan - rakan parti dalam Pakatan Rakyat.

3. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia terlebih awal meletakkan tahun 2011 [ jangkaan pilihanraya umum ] sebagai Masa Untuk Berubah .

4. Perubahan yang dimaksudkan ialah pada 2 kategori utama .

Pertama : Perubahan Dalaman
Kedua : Perubahan Luaran .

Perubahan Dalaman .

5. Dato' Seri Presiden Tuan Guru Hj Abdul Hadi telah menegaskan bahawa "PAS mesti menang dengan kekuatan sendiri tanpa mengharapkan kelemahan yang dialami oleh musuh" . Sementara kelemahan musuh hanya bonus dan ianya tidak boleh dijadikan asas strategik untuk PAS mencapai kemenangan dalam semua kerusi yang ditandingi oleh PAS disamping kerjasama politik yang telah dimeterai bersama rakan - rakan parti komponen Pakatan rakyat yang lain .

6. Terma "Kekuatan sendiri" ini perlu diberi perhatian oleh setiap organ parti khasnya pemuda. Saya melihat kekuatan sendiri yang dimaksudkan , selain merujuk kepada:

- kewujudan dan keaktifan cawangan - cawangan PAS diseluruh negara serta
- usaha gigih menguasai arus pendaftaran pengundi baru , juga
- memerlukan performance saf pemimpinnya di semua peringkat.

Pemimpin PAS perlu bergerak seiring dengan slogan [ PAS For All ] dan keperluan rakyat yang memerlukan pemimpin yang berwibawa serta mampu membimbing mereka keluar dari belenggu pemerintahan UMNO dan BN yang korup .

Tentunya pemimpin yang berupaya turun padang , menyantuni masyarakat dan menjuarai isu rakyat sangat diperlukan. Jangan hanya mengharapkan Presiden atau pimpinan tertinggi untuk berbuat demikian tetapi selain mereka , seluruh saf pimpinan disemua peringkat seperti pimpinan dewan - dewan diperingkat pusat , negeri dan kawasan , pimpinan diperingkat perhubungan negeri , kawasan , DUN dan cawangan juga dikehendaki pro aktif dan kreatif dalam membawa risalah perjuangan ini .

Perubahan Luaran [ nak jatuhkan UMNO jangan ikut cara hidup UMNO ]
7. Sementara perubahan luaran pula melibatkan penampilan , pendekatan dan gerakkerja parti. Saya percaya setiap peringkat parti telah mempunyai plan tindakan strategik mereka masing - masing . Cuma apa yang saya nak tekankan di sini ialah budaya kerja dan sikap kita mendepani sasaran dakwah atau pengundi .
8. Kesediaan menggantikan UMNO adalah satu langkah yang sangat ditunggu - tunggu oleh masyarakat yang telah kehilangan daya sabar untuk terus bertahan di bawah kepimpinan UMNO dan BN . Namun begitu , PAS mesti insaf dan sedar bahawa , PAS sekali - kali tidak boleh mengamalkan cara hidup UMNO jika mahu menjatuhkan UMNO . Jika cara hidup UMNO selama inilah yang membuatkan rakyat menolak mereka , maka bagaimana kita pula boleh mengamalkan cara hidup UMNO dalam kehidupan kita .

9. PAS adalah sebuah Gerakan Islam yang kaya dengan akhlak dan disiplin .peribadi dan jamaahnya. Pertahankan kemuliaan tersebut tanpa perlu bersikap apologatik berdepan dengan perubahan iklim sosial hari ini .

10. Insyaallah 2011 adalah Masa Untuk Berubah . Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan roadshow ke seluruh negara untuk memberi penjelasan dan penegasan betapa PAS telah sedia menggantikan UMNO dan 2011 yang dijangka akan berlangsungnya pilihanraya umum adalah masa yang tepat untuk melakukan perubahan . Roadshow ini akan disempurnakan dalam tempoh 3 bulan ini [ Dec - Jan - Feb ] Ayuh , kita tinggalkan UMNO untuk kesejahteraan negara dan seluruh rakyatnya.

Tuesday, November 09, 2010

Sunday, November 07, 2010

Tuan Guru Nik Aziz dimaki hamun part 1

selama hari nie bukan ker umno yang berbalah secara terang2 dalam tv???
adakah umno betul2 islam?
apakah najib itu tidak pernah ditegur oleh orang islam dari pas akan isteri beliau, apa yang najib lakukan?
jangan bercakap berhujah kan aqal semata-mata dan berhujah menggunakan bangsa

Tuan Guru Nik Aziz dimaki hamun part 2

Tuan Guru Nik Aziz dimaki hamun part 3

Tuan Guru Nik Aziz dimaki hamun Part 4

ni la salah seorang manusia yang meminta agar pas keluar dari pakatan dan bergabung dengan umno, manakala umno di benarkan untuk terus bersama komponen yang bukan islam...
politik umno yang mempergunakan islam atas kepentingan politik umno/bn
mereka lupa bahawa ayat al-quran bukan la perkara untuk kepentingan mereka dan juga rakyat tidak mudah untuk terpedaya untuk diperbodohkan dengan hujah bodoh

Friday, November 05, 2010

TERUSKAN BERJUANG -KP-


Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan, kekalahan di dalam PRK jangan dibaca sebagai kalah berjuang.

“Selama kita bersama kebenaran, ia adalah kemenangan. Sabar harungi medan dengan kekalkan prinsip dan akhlak,” ujarnya.

Sambil menyeru petugas parti meneruskan dakwah dan penerangan, beliau menambah, tiada kemenangan percuma buat Gerakan Islam, justeru politik atau siasah pilihan raya hanyalah wasilah atau alat.

Pada PRK Galas, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.

Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed mendapat 4,134 undi sementara calon BN, Abdul Aziz Yusoff memperoleh 5,324 undi di mana 132 undi rosak.

Jumlah pengundi yang membuang undi adalah 9,555 atau 83 peratus.

Keputusan itu diumumkan pegawai pengurus PRK itu, Wan Mustapha Wan Ab Hamid di Dewan Sivik Gua Musang.

Bagi PKR Parlimen Batu Sapi, BN mengekalkan kerusi itu apabila calonnya dari PBS, Datin Linda Tsen yang mendapat 9,773 undi menang dengan majoriti 6,359 undi.

Calon PKR, Ansari Abdullah memperoleh 3,414 undi dan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengutip 2,013 undi.

Hanya 15,774 pengundi atau 61.47 peratus keluar mengundi di Batu Sapi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Hamsan Awang Supain di Dewan Komuniti Sandakan.