Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Thursday, August 26, 2010

Tuesday, August 24, 2010

ds nizar ziarah bazar ramadhan TELUK INTAN


23.08.2010/13ramadhan1431h (isnin)
bermula dengan solat asar berjemaah kemudian menziarahi peniaga-peniaga di bazar ramadhan pekan teluk intan.
ds nizar jamaluddin(mb pilihan rakyat) bertemu rakyat semperna ramadhan al-mubarak bagi tahun ini, walaupun beliau tidak diiktiraf sebagai menteri besar negeri perak namun beliau tetap memikul amanah dan tanggungjawap untuk bertemu rakyat.
mendengar rintihan dan celoteh rakyat, tidak jemu...
Y.A.B ds nizar tidak menghiraukan letih kerana apa yang penting adalah mendampingi rakyat khususnya.
purata yang menemui beliau semalam di bazar ramadhan teluk intan cukup mesra dan sambutan yang baik terhadap ds.
ds melawat setiap gerai yang berada di bazar ramadhan untuk bertanyakan dan memberi semangat kepada peniaga-peniaga.
dewan pemuda teluk intan dimanahkan untuk mengiringi beliau dalam ziarah bazar ramadhan di bazar ramadhan teluk intan 1431h

ds nizar selepas solat asar di masjid daerah teluk intan, sempat beramah mesra bersama jemaah masjid teluk intan


kemesraan ds nizar disambut oleh peniaga mahupun pengunjung...

dewan muslimat turut sama membantu edaran risalah


ds memberi semangat kepada peniaga-peniaga muda.

sedara naziruddin(naib ketua pemuda pas kawasan) sedang memberi risalah kepada seorang pengunjung bazar ramadhan

sempat bertanya juadah yang disediakan kepada peniaga.


seorang pengunjung tiong hwa turut mengunjungi bazar ramadhan dan begitu terkejut dengan kehadiran ds dan yb adun cangkat jong ke bazar ramadhan.

sempat bermesra walau pun menaiki motor...


tidak kira penat walau pun dalam perjalanan jauh, dapat memenuhi dan pergi bertemu setiap peniaga di bazar ramadhan dengan penuh tenang dan sungguh santai.

ds nizar disantuni anak muda,
salah seorang yang mencium tangan sambil menyatakan `ds

ds nizar melalui dan meredah kawasan dapur peniaga untuk bertemu dan bermesra.


ds nizar sempat mendengar celoteh dari seorang makcik yang berpengalaman dalam menyiapkan popiah

beliau selepas itu bergegas ke air hitan untuk berbuka puasa di sana, kemudian solat isyak di surau desa bakti dan tazkirah ramadhan di surau intan mas.

Monday, August 23, 2010

kursus binaan blog


22/08/2010(ahad)
lujnah it pas kawasan teluk intan berjaya menganjurkan kursus binaan blog untuk melahirkan blogger yang bermutu dan berkualiti sejajar dengan abad ke 21 ini
pas walau sebuah parti yang berteras kan islam tetapi dalam dunia yang lebih mencabar ini
pas bersedia dengan segala persediaan untuk menyampaikan dakwah dan pas bukan lah sebuah parti yang mundur.

lujnah it merasakan perlunya beberapa perkara yang harus ditekankan bagi mendapatkan seorang blogger yang berkualiti dan menjadi lidah rasmi pas khususnya diperingkat kawasan teluk intan dan tidak ketinggalan sekitar dun cangkat jong.

semalam selesai sudah bagi fasa 1 kursus dan sambutan yang amat menggalakkan.
masing-masing melahirkan hasrat dan impian yang tinggi untuk menjadikan blog mereka adalah dikalangan yang terbaik.
lujnah it mengharapkan 1 keputusan dan hasil yang baik pada masa akan datang kelak.

sedara azhar rafae yang sudah memiliki blog turut hadir bagi menambah ilmu dan berkongsi pengalaman...
hjazhar.blogspot.com




wakil pas caw sg.samak turut hadir walaupun antara caw yang terjauh di hujung negeri perak


antara yang hadir,

kursus fasa pertama telah berjaya dan meyakinkan semua yang hadir untuk melahirkan blog masing-masing pada masa akan datang yang lebih bermutu dan berkualiti...

Thursday, August 19, 2010

majlis berbuka puasa yb c.jong bersama penduduk kampung bt 2 1/2

16/08/2010(isnin) bermula jam 7.00 petang
majlis berbuka puasa yb adun cangkat jong bersama ajk dan khairiah surau al-islamiah batu 2 1/2
majlis anjuran sebuah ngo yang mendekatkan yb dengan penduduk setempat dalam bulan ramadhan dan mendengar pandangan pemimpin.


lebih kurang 40 orang yang hadir dalam majlis tersebut...

turut hadir timb ketua pemuda pas kawasan teluk intan

yang turut hadir meraikan yb cangkat jong

yb bersama saf pimpinan ngo dan ajk surau.


majlis tahlil dan doa selamat yang di ketuai oleh imam masjidut taqwa





jemaah surau al-islamiah tekun mendengar yb adun cangkat jong sedang memberi ucapan dan peringatan kepada semua yang hadir...




yb adun cangkat jong sedang menekankan pemilihan pemimpin dalam islam, antara yang ditekankan pemimpin di malaysia menekan kan dan mewajibkan rakyat tentang puasa sedangkan ada beberapa ayat lagi yang menyatakan kewajipan yang sama untuk umat islam mematuhi dengan penuh keimanan.
seperti ayat qisas dan berkenaan hudud yang tidak dilaksanakan di malaysia.








Mencarut Dalam Parlimen | Siaran Langsung

desak mufti dedah perlembagaan baru


Parti Islam Semalaysia Pas terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ada ‘perlembagaan baru’ dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. Pas mendesak supaya beliau mendedahkan kandungan Perlembagaan baru dan melaporkan kepada pihak polis untuk disiasat.

Pas dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan. Malahan Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama 19/12/2009 di Shah Alam telah bersepakat

* Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai

* Melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153

* Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan

* Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum

Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama.

Pas berpandangan sekiranya Tan Sri Harussani Zakaria tidak segera mendedahkan siapakah yang memberi dan isi kandungannya, maka ia akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat di negara ini. Sebagai seorang tokoh agama mesti bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan yang dibuat supaya masyarakat tidak memandang serong terhadap institusi mufti.

Pas mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis

Wednesday, August 18, 2010

Tok Guru Nik Aziz Ulas Isu Syurga-Neraka 2

takziah buat keluarga ust abu bakar hussein


dewan pemuda pas kawasan(dppk)
teluk intan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga
pesuruhjaya perak yang baru kehilangan orang yang tersayang

Ustazah Siti Rafeah Ramli menghembuskan nafas terakhir jam 2.20 petang di Hospital Ipoh.

Penderitaan kanser payudara yang sudah ditahap kritikal telah ditanggung sejak 4 tahun yang lalu. Namun dalam keadaan sedemikian , beliau terus memberikan galakan kepada PJ menjalankan tugasnya.

Pada awal Ramadhan yang lalu, beliau bertambah kritikal sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir petang semalam.

Jenazahnya telah selamat disemadikan jam 9.30 malam tadi di Tanah Perkuburan Kg Melayu Ipoh dengan dihadiri ribuan insan yang terdiri dari berbagai bangsa.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempat bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.

dppk berharap allah tabahkan hati pj kami untuk terus menjalankan tugas dan tidak putus asa,
dengan ini sama-sama kita sedekah kan
al-fatihah
kepada roh beliau...


Saturday, August 14, 2010

`duit raya` adalah gimik FELDA


Pengumuman Perdana Menteri untuk memberi RM350 duit raya kepada setiap peneroka adalah cubaan Felda menunjukkan imej baik mereka, kata.

Sebaliknya, Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka (Anak) berkata, 'duit raya' tersebut adalah sememangnya duit peneroka yang diambil Felda.

"Mereka cuba memberi gambaran bahawa Felda melayan peneroka dengan baik. Padahal itu adalah duit hasil usaha peneroka yang mereka ambik dan dikembalikan atas nama 'duit raya',"

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak semalam berhubung pemberian duit raya RM350 kepada setiap peneroka Felda dan RM150 kepada yang tidak bersama Felda.

Menurut Najib, Pemberian itu melibatkan jumlah RM37.14 juta kesemuanya.

Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, pengumuman Najib itu juga hanya gimik bagi menutup isu Felda yang akan bankrap.

"Tak padan PM yang umum, sepatutnya cukup setakat Pengarah Besar Felda sahaja yang umum,"

jumlah pemberian itu juga katanya tidak berbaloi dengan usaha peneroka selama ini dan sangat kecil jika dibandingkan dengan peningkatan harga komoditi sawit semasa.

"Kalau nak kira, jumlah yang diberi terlalu kecil, tak berbaloi dengan usaha peneroka,"

Dalam perkembangan lain, Mazlan akan memfailkan saman terhadap Felda ekoran menahannya di Felda Lembah Klau pada 9 Mac lalu.

Saman tersebut akan difailkan peguam mewakilinya, Wan Rohaimi Wan Daud di Mahkamah Tinggi Temerloh jam 11 pagi Isnin, 16 Ogos ini.

Beliau mendakwa, penahanannya oleh Felda adalah tidak sah, berniat jahat dan menjejaskan reputasinya.

Friday, August 13, 2010

pas adalah sebuah parti yang kaya kerana mampu membiayai pelajar luar negara


Ahli Parlimen Baling(Ustaz Taib Azamudden Md Taib) secara sinis menyifatkan PAS adalah sebuah parti kaya raya sehingga mampu membiayai pelajar di luar negara dengan perbelanjaan puluhan juta ringgit.

beliau menyangkal dakwaan Umno yang menyifatkan PAS membiayai jutaan ringgit bagi pelajar Malaysia yang berada di luar negara termasuk Mesir bagi melahirkan pemimpin pembangkang.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Biro Umno Luar Negara, Datuk Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini yang mendakwa PAS sanggup untuk menghabiskan puluhan juta ringgit bagi memastikan kehadiran pemimpin pembangkang di luar negara.

dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat jahat yang bertujuan untuk membangkitkan sentimen kepartian di kalangan pelajar luar negara.

"Tuduhan ini seolah-olah membuktikan pemimpin Umno tidak matang kerana menjadikan pelajar sebagai bahan politik mereka. Sekiranya benar dakwaan tersebut, ia bererti PAS adalah sebuah parti yang kaya raya,”

Baginya, adalah tidak menghairankan kerana di mana saja ada pengajian Islam, maka Umno akan membuat tuduhan yang serupa.

Kemungkinan besar, adalah kerana Umno sendiri tidak ada hubungan dengan Islam.

“Oleh kerana itu apabila adanya program berunsur Islam yang mendapat sambutan, maka ia akan terus dikaitkan dengan PAS,"

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah turut menyelar kepimpinan Umno yang disifatkan tidak menyanjungi Islam apabila sanggup membuat kenyataan tidak rasional berkaitan Islam dengan tuduhan liar.

kenyataan sedemikan juga boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat apabila persepsi negatif terhadap pelajar luar negara terutamanya di Mesir dijadikan sentimen dan isu politik.

Dengan tuduhan tersebut, katanya ia mempamerkan wajah sebenar Umno apabila pemimpin mereka tidak mengagungkan Islam dan sanggup untuk memperkecilkan agama.

Thursday, August 12, 2010

ganesen tidak layak -DPPN-


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong pandangan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) yang turut bimbang akan peranan dan fungsi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang telah berubah dan lari dari landasan demokrasi dengan mengenakan pelbagai sekatan terutama kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dan juga sekatan terhadap para media semasa sidang DUN Perak baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, pelbagai sekatan yang lain turut di buat, rakyat juga di nafikan hak bagi memerhati sidang DUN yang selama ini diberikan kebenaran kepada siapa sahaja termasuk usaha mengadakan siaran langsung terus kepada rakyat. Bagi DPPN Pk yang juga telah di nafikan hak sebagai pemerhati, berasa amat sedih dan cukup bimbang dengan suasana ini. Gambaran ketidak tenteraman yang di maklumkan oleh Datuk R.Ganesan sebenarnya terpesong jauh.

Semua perkara ini berlaku sebenarnya menambah kekeliruan dan menghilangkan penghormatan kepada DUN Perak sebenarnya. Bukannya membaiki keadaan yang selama ini bertentangan dengan tatacara DUN sebenarnya. Fungsi sebenar seorang Speaker mesti dikembalikan kepada yang benar-benar memahami, ada kemampuan dan bijaksana melaksanakan fungsinya sepertimana yang telah diperuntukan.

Bagi DPPN Pk, Datuk Ganesan tidak layak dan tidak mampu untuk menjalankan tugas sebagai seorang Speaker. Barisan Nasional (BN) sepatutnya mencari orang yang benar-benar layak bagi mengisi kekosongan Speaker DUN Perak tersebut.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tuesday, August 10, 2010

program kebajikan bersama rumah titian ashraful rohaniah

program kebajikan anjuran pemuda pas kaw teluk intan bersama rumah titian ashraful rohaniah
yang dihadiri yb hj anuar bin sudin
dapat sambutan daripada penghuni iaitu orang yang diraikan malah mereka merasa seronok apabila ada kunjungan dan program di buat bersama mereka...
turut hadir dalam program ini,
ydp pas kaw teluk intan bersama tydp.
wakil pemuda ketua pemuda, timbalan ketua pemuda, naib ketua pemuda dan ketua penerangan pemuda pas kaw teluk intan berserta 3orang wakil ngo yang hadir memeriahkan majlis.
majlis diakhiri dengan jamuan ringan

yb anuar sudin sedang mengagihkan makanan kepada penghuni...



ydp pas kaw teluk intan menyampaikan bantuan kepada wakil pengurusan rumah titian ashraful
rohaniah



penyampaian cenderamata kepada penghuni yang masih kanak-kanak
bawah 12 tahun...



yb anuar sudin sedang berucap dan yb amat suka program yang berbentk kebajikan seperti ini.
yb telah beberapa kali sebelum ini ke rumah ini dan ini adalah kali pertama program berbentuk rasmi.

ketua dewan pemuda pas kaw teluk intan(ust abd fatah awang)
sedang menyampaikan ucapan mewakili penaja.


ketua penerangan pemuda pas kawasan teluk intan sedang mempengerusikan majlis.


pengurus rumah titian ashraful rohaniah sedang berucap dan menceritakan serba sedikit berkenaan rumah ini.


penghuni rumah titian ashraful rohaniah

diantara bantuan yang disalurkan...


bergambar kenangan bersama.

projek mee segera umno/bn untuk rakyat pru-12 yang lepas.

sudah menjadi lumrah kepada negara malaysia apabila pilihanraya muncul tiba pelbagai perkara yang dijanjikan akan tiba untuk rakyat mengundi kerajaan yang sedia ada.
apabila kerajaan kekal memerintah di peringkat pusat manakala di peringkat negeri pula di rampas. ini lah keadaan yang terjadi.
tempat perasmian ataupun papan kenyataan dan mercu tanda tempat tersebut hampir tumbang.
lalang naik tinggi sehingga tanah yang diratakan pun tidak kelihatan.
yang lagi membinbangkan adalah para peniaga yang menghadapi bahaya kerana terlalu hampir dengan jalan utama...
tempat yang agak strategi mungkin tidak mustahil akan menjadi tragik.
apa yang pas ingin tegas kan disini. rakyat tidak kira dimana sahaja jangan mudah terpedaya.
ini lah hadiah buat kawasan yang memberikan undi yang cukup banyak buat umno/bn
apa yang pas ingin ingatkan perkara ini dah lama berlaku, adakah rakyat masih tidak sedar.
ikuti lawatan yb adun n56 cangkat jong, hj anuar bin sudin




lalang yang menggantikan banggunan


ust abd fatah awang(ketua dewan pemuda pas teluk intan)
sedang menunjukkan papan tanda yang hampir tumbang...


lawatan yang berhormat adun cangkat jong bertanya khabar kepada peniaga-peniaga yang telah dijanjikan dan mendengar semua pandangan dan laporan dari peniaga sebagai seorang wakil rakyat.






banggunan yang begitu usang dan banyak bocor.
didapati bumbung kebanyakan kedai pun telah bocor,
kalau hujan lebat air akan melimpahi kedai!!!
kemudahan kepada peniaga dan pengunjung juga tidak terjaga,rakyat sentiasa menunggu kemudahan tetapi ini lah hadiah kepada mereka
berapa tahun telah berlalu dan dengar khabar akan di naik kan semula projek ini tetapi tidak tahu bila akan bermula dan adakah ini untuk menghadapi pilihan raja yang akan datang???