Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Friday, July 30, 2010

gagal isu perpaduan, harussani satukan mufti malaysia.


Kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa PAS tidak memerlukan sebarang orang tengah termasuk mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk berbincang mewujudkan perpaduan dengan Umno, bagi saya merupakan penjelasan yang "terang lagi bersuluh" mengenai isu yang hangat diperkatakan sejak lebih seminggu lepas.

Nik Aziz juga dipetik sebagai berkata, jika perpaduan antara dua parti itu mahu diwujudkan, perbincangan mesti dilakukan secara terus antara presiden kedua-dua parti berkenaan. Tawaran Harussani untuk menjadi orang tengah membentuk perpaduan antara dua parti terbabit dilihat adalah satu kesilapan kerana tidak memahami politik.

Kerana itu saya mencadangkan dan memberi tugas baru kepada Harussani untuk satukan dahulu mufti-mufti yang ada di setiap negeri di Malaysia. Nampaknya sejak dahulu 14 orang mufti yang ada di Malaysia tidak pernah bersatu. Terakhir perselisihan pendapat mengenai ESQ Leadership Training Center yang menjadi perbahasan dan pertikaian.

Mufti Wilayah telah mewartakan fatwa pada 17 Jun lalu yang menyatakan bahawa program latihan tersebut sebagai haram, sedangkan Harussani dan mufti yang lain mengatakan tidak bercanggah dengan Islam.

Harussani di usia senjanya sebagai Mufti negeri Perak yang saya anggap diberikan pelbagai ujian oleh Allah khususnya berdepan dengan kemelut rampasan kuasa oleh BN yang menafikan. Kerana itu Harussani boleh kekal sebagai seorang yang dihormati seperti satu masa dulu kalau dia tidak memihak.

Apalagi tindakannya berbohong dalam kes pertemuannya dengan Hassan Ali menambahkan rasa tidak hormat kepadanya. Tindakan nya memihak dan membenarkan dalam apa saja tindakan UMNO jelas menunjukkan tidak matang beliau untuk mengurus kerusi mufti yang disandangnnya.

Kerana itu sejak akhir-akhir ini beliau mula merungut ada yang menamakannya dengan panggilan yang bukan-bukan yang tidak berminat saya ulangi disini. Tetapi isu sebenarnya kenapa sehingga sudah hilang hormat kepada namanya walaupun masih bergelar mufti ?.

Rasanya tidaklah sanggup penulis blog tersebut yang sanggup berkata dengan bahasa yang sesuai dengan tidakan Harussani sendiri. Bukan dengan tujuan menyokong bahasa yang dikeluarkan itu namun rasanya itulah nasib kepada perbuatan yang dilakukannya sendiri.

Bayangkan semasa beliau berceramah dihadapan pelajar malaysia di Adelaide Australia, bila ditanya hukum lompat parti, jawab Harussani tidak kena-mengena dengan hukum Islam, asalkan jangan sesekali melompat ke parti syaitan sebab itu tidak dibenarkan oleh Islam . Harussani berkata hukum bertukar parti tidak ada di dalam syarak,
ikut sukalah mahu menukar parti apa sekalipun.

Katanya lagi sejak dahulu sudah banyak berlaku peristiwa lompat parti, dan dia menyatakan ikut sukalah pada sesiapa sahaja untuk melompat masuk parti apa-apa sekalipun disamping dia hairan mengapa sekarang ini tiba-tiba sahaja baru timbul hukum haram lompat parti tersebut sedangkan selama ini tidak apa.

Demikianlah jawapan mudah dari Harussani untuk mengharuskan dan menghalalkan tindakan BN merampas kuasa di Perak. Kalaulah mencuri seekor ayam ada hukumnya, rupanya mencuri mandat rakyat di Perak tidak ada hukum. Sepertilah yang beliau anggap amanah di Malaysia tidak boleh mendedahkan siapa jumpanya, namun di Adelaide dia dedahkan kepada pelajar disana.

Tuesday, July 27, 2010

kedah laksana janji negeri kebajikan


Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah merealisasikan janji pilihan raya untuk menjadikan negeri itu sebagai sebuah negeri berkebajikan dengan mengumumkan kenaikan kadar minimum bantuan amnya mulai tahun hadapan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, dalam usaha membantu golongan yang memerlukan, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan berjumlah RM14 juta pada tahun ini yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri itu.

Menurutnya, jumlah peruntukkan tersebut akan ditambah berikutan kerajaan menaikkan kadar minimum Bantuan Am Negeri kepada RM150 mulai tahun hadapan.

"Bajet 2011 akan datang, kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM1.6 juta untuk tujuan tersebut.

“Ini tentang kebajikan rakyat di mana orang miskin amat bergantung kepada pertolongan dan kita kena selesaikan masalah itu dengan secepat mungkin,” ucapnya pada Majlis Penyampaian Bantuan Am Kerajaan Negeri di perkarangan Pejabat Daerah Padang Terap.

kerajaan negeri juga turut menyediakan bantuan Skim Kafalah kepada keluarga si mati yang mendaftar melalui e-Sinar dan bantuan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam.

“Kita menyediakan bantuan itu kepada rakyat yang kurang berkemampuan tanpa mengira politik dan kita berharap bantuan yang diberikan itu dapat mengurangkan beban yang terpaksa dihadapi oleh keluarga terbabit,”.

kerajaan juga akan memberi sumbangan kepada golongan guru agama di kampung-kampung yang banyak berjasa mendidik anak-anak bangsa di negeri itu.

Sunday, July 25, 2010

harussani perlu letak jawatan


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu berbohong.

Sambil menyifatkan Harussani melakukan pembohongan yang memalukan, Mahfuz berkata, pengakuan Dr Hassan yang menjelaskan bahawa pertemuannya dengan Harussani tidak ada agenda khusus membincangkan penyatuan Umno dan PAS sekaligus mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.

"Kenyataan Dr Hassan jelas mendedahkan pembohongan seorang mufti seperti Harussani. Pembohongan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulama khususnya para Mufti yang ada di Malaysia.

"Harussani sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan, sebagai mufti beliau tidak berbohong. Sedangkan pendedahan Dr Hassan memperjelaskan pembohongan Harussani,"

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa Harussani tidak membiarkan dirinya terus menjadi pecacai Umno yang sedang tenat dan nazak.

Menurut Mahfuz, berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan, amat jelas bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.

"Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Dr Hassan juga menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno,"

Friday, July 23, 2010

isu perpaduan alih isu subsidi


Tiba-tiba sahaja isu perpaduan UMNO-PAS menjadi topik utama dalam seluruh media sejurus selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga barangan 5 dalam 1, atau apa yang diistilahkan sebagai pelarasan subsidi. Persoalan utama apakah benar UMNO berhasrat untuk mencari jalan perdamaian?

Kalau benar. kita harus kembali kepada prinsip Islam: “Bilamana kamu berselisih pendapat, maka kembalilah kepada Allah (al-Quram) dan RasulNya (Hadis ).” Apakah UMNO bersedia membetulkan perjuangannya yang berteraskan kepada fahaman kebangsaan kepada prinsip Islam? Ratusan kali seruan diminta agar UMNO membetulkan seluruh perjuangan mereka kepada Islam, namun ianya hanya menjadi pemanis bicara dalam waktu-waktu terdesak sahaja, selepas itu ia akan hilang ditelan zaman.

Kini di saat rakyat marah dan kecewa dengan tindakan kerajaan UMNO menaikkan harga barangan pengguna, mereka (media perdana) mengalihkan perhatian rakyat kepada isu perpaduan. Isu ini lebih sekadar mengalih perhatian rakyat di saat kemarahan memuncak, dan selepas 3 minggu sebelum sesuatu isu menjadi pendamik, maka keadaan kembali menjadi normal.

Kini kemarahan rakyat kepada UMNO berjaya dikurangkan dengan mengalih tumpuan dan perbincangan kepada isu perpaduan, bahkan media bukan sahaja berjaya mengalih perhatian bahkan berjaya mengalih kemarahan rakyat kepada PAS yang dianggap membelakangkan isu perpaduan. Kali ini isu ini diseliputi dengan kemunculan tokoh ulama’ dan ilmuan Islam bagi meningkatkan tahap tekanan kepada PAS.


Realiti

PAS sebagai sebuah parti politik pembangkang sedang berlawan dengan UMNO sebagai sebuah parti politik pemerintah. Soalnya apakah dua parti ini boleh ‘berdamai;, dan kembali kepada perpaduan umat Islam? Kalau ianya wujud, bermakna salah satu akan dibubar atau digabungkan. Apakah UMNO bersedia membubarkan parti bergabung dengan PAS, kerana PAS tidak akan bersedia membubarkan bagi bergabung dengan UMNO.


UMNO lah seharusnya dibubarkan kerana dasarnya yang bertentangan dengan nilai Islam, kerana bagi PAS kembali kepada kebenaran Islam adalah wajib. Bagi UMNO pula, parti yang kecil (PAS) seharusnya dibubarkan, kerana mengikut kaedah umum yang kecil perlu bergabung dengan yang besar. Tetapi bagi PAS yang tak betul dengan prinsip Islam perlu kembali kepada dasar Islam. Maka hakikatnya tak mungkin kedua parti ini akan melakukan perkara tersebut.

Tambahan pula andaian kalau PAS dan UMNO wujud perpaduan, maka kekuatan orang Melayu akan bertambah. Tinjauan kepada kerusi yang dipertandingkan menunjukkan PAS bertanding di kawasan UMNO hampir keseluruhannya. Ini bermakna kalau UMNO menang, maka kerusi Melayu menang dan begitu juga kalau PAS menang, kerusi Melayu juga dimenangi oleh orang Melayu. Jadi kekuatan orang Melayu hampir sama sahaja dengan perpaduan atau tidak. Ia tetap berada dalam gengaman orang Melayu Islam.

Maka dari berada dalam genggaman Melayu yang dipenuhi dengan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan serta pengkhianatan dalam UMNO, baiklah orang Melayu memberi peluang kepada PAS yang akan melaksanakan dasar Islam secara menyeluruh dan mewujudkan keadilan untuk semua

Tuesday, July 20, 2010

pas tolak cadangan bersatu dengan parti perasuah!!!


Parti Islam Semalaysia PAS menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara Pas dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini.
Pas bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh. Parti yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai parti yang busuk sampai usus. Sepatutya Tan Sri kena nasihat supaya ahli umno keluar beramai-ramai masuk Pas. Apakah logik Pas diseru untuk bersatu dengan umno, sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.

Apa perlu Pas diajak bersama dengan umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada umno yang semakin kehilangan sokongan terutama melayu terpelajar dan melayu yang celik maklumat. Pas memahami tahap sokongan orang-orang melayu sudah berubah, maka umno berdendang dengan irama lama iaitu kuasa melayu terancam. Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru umno sedar Pas, parti melayu. Sebelumnya umno tidak pernah memandang Pas, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.

Pas suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, di antara disiplin mufti kena rujuk quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit barulah boleh keluarkan fatwa. Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai. Begitu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau Pas dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam.

Pas suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani tolong lihat dulu keputusan pilihanraya 2008, siapa yang khianat kuasa politik melayu? Pas atau umno. Macam mana kuasa melayu boleh hilang kuasa sebab semua kerusi melayu, Pas akan lawan umno, kalau umno kalah, Pas menang, Pas melayu juga. Mana sifir kuasa melayu terancam.

Apakah Tan Seri hanya anggap Pas kuda tungangan DAP dan PKR ketika berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Manakah bukti Pas rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR. Tapi Pas boleh buktikan banyak tindakan umno bersama rakan-rakan BN merugikan agama dan bangsa. Tan Seri lupakah yang menutup surau di Sek 8 Shah Alam itu dibuat oleh Umno pimpinan Khir Toyo, lupakah Tan Seri yang halau orang melayu di Kg Berembang dan Kg Plentong Pasir Gudang Johor adalah dibawah umno. Dato Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus, alMarhum Dato Ishak Bahrum diburu macam penjenayah kerana hendak menyampai agama ketika Selangor di bawah umno. Adakah laporan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tutup surau sejak memerintah Pulau Pinang

Hakikat yang berlaku umno yang serah kerusi majoriti melayu kepada bukan melayu. Contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Dr Lo Lo Pas lawan Tan Lian Hoe (BN) kemudian tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman Pas, Parlimen Tanjung Malim Mohd Azman Marjohan PKR lawan Ong Ka Chuan (MCA), Dun Pasir Panjang Datuk Seri Haji Nizar Pas lawan Dr S Vasan (MIC). Malah dalam usaha hendak menambah kerusi Melayu bertambah, maka Pas bertanding di kerusi pengundi melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja yang ditandingi oleh Dr Mariah. Ini adalah sebahagian contoh yang dikhianati oleh parti umno yang menjadi kekasih Tan Seri Harussani.

Pas menyeru kepada ahli umno yang ikhlas dan sayangkan agama, bangsa dan negara gunakanlah akal yang Allah berikan untuk buat keputusan supaya keluar umno dan bersama-sama PAS yang sedang bersama membentuk pemetaan politik baru bersama-sama Pakatan Rakyat.Ingatlah Islam selamat, melayu selamat, bangsa lain selamat, negara pun selamat. Kalau melayu selamat belum tentu Islam dan negara akan selamat.

mufti bersikap perkauman -pemuda neg-




Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak yakin akan personaliti Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria mampu dijadikan seorang yang bersikap profesional atau adil di dalam memastikan isu perpaduan masyarakat Melayu / Islam kerana beliau jelas telah di lihat berpihak dengan pendirian politiknya. Kenyataan isu perpaduan dan penyatuan ini sebenarnya adalah agenda Umno bagi memastikan mereka akan terus berkuasa setelah mana rakyat sudah mula menolaknya.

Malah DPPN Pk menolak Tan Sri Harussani kerana sikap perkauman yang terlalu tinggi dalam memperkatakan tanggungjawabnya dalam bidang tugasnya sebagai seorang Mufti. Semasa berada di luar negara terutamanya (Australia, Jun 2010), Tan Sri Harussani menanamkan sikap pembenciannya terhadap bangsa-bangsa lain dalam ceramahnya kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di sana. Islam yang dibawa oleh Rasullullah SAW tidak mengajar umatnya untuk bersikap membenci agama atau bangsa lain tetapi perlu memahami dan mempelajari serta menguruskan perbezaan tersebut.

Sepatutnya Tan Sri Harussani masti bersikap neutral dengan ilmunya yang menampilkan ciri-ciri tokoh yang dihormati dan bukannya sebagai juru cakap pihak-pihak tertentu. DPPN Pk yang pernah mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Harussani pada setahun yang lalu (3 Julai 2009) dan telah menegaskan perkara tersebut. DPPN Pk akan terus membantah usaha penyatuan ini yang jelas tidak berteraskan Islam dan menafikan tuntutan Perlembagaan Malaysia yang telah diterima oleh semua kaum di dalam negara kita.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Monday, July 19, 2010

harga barang akan naik lagi!!!


Harga minyak serta barangan keperluan lain dipercayai akan terus naik enam bulan lagi sekiranya dirujuk pada jadual rasmi Makmal Rasionalisasi Subsidi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat berkata, kenaikan harga minyak (RON95) dan diesel sebanyak 5 sen, Khamis lalu adalah mengikut jadual tersebut.

Katanya lagi, jadual tersebut turut merancang kenaikan harga gula dan gas masak (LPG) serta beberapa komoditi lain yang menjadi keperluan asasi rakyat.

Melihat pada rancangan menaikkan harga beberapa barangan tersebut sehingga 2014 kelak, beliau mendesak pentadbiran Najib supaya bersikap jujur dengan rakyat.

"Apakah ini satu permulaan yang mahu dilaksanakan oleh Najib (dan) Makmal Rasionalisasi Subsidi ini. Sebab itu, saya tanya apakah motif Najib menaikkan harga barang-barang ini," soal beliau pagi tadi di Pejabat Agung PAS.

Impak dari perlaksanaan jadual itu, katanya lagi bakal mengingkatkan kadar inflasi dan kos sara hidup yang nyata membebankan rakyat.

"Sekiranya jadian ini dilaksanakan, ia bukannya menjadikan negara sebagai 'negara berpendapatan tinggi' tetapi 'rakyat berbelanja tinggi'," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dari segi lain, beliau berkata, pentadbiran Najib sepatutnya tidak merampas subsidi rakyat memandangkan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah selaku Menteri Kewangan II sendiri sebelum ini mengaku bahawa kerajaan masih kukuh serta mempunyai RM10 bilion walaupun tanpa langkah mengurangkan subsidi tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut mempertikai tindakan pentadbiran Najib membayar RM18.9 bilion setiap tahun kepada beberapa syarikat janakuasa bebas (IPP) yang nyata menguntungan beberapa individu tertentu sahaja.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kerajaan supaya tidak terus membodohkan orang-orang Melayu dan rakyat kononnya langkah menaikan harga beberapa barangan tersebut demi menjimatkan perbelanjaan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, harga gas masak (LPG) dilaporkan naik 10 sen sekilogram manakala harga gula pula naik sebanyak 25 sen sekilogram.

Pengumuman Najib itu dibuat sejurus selesai sidang Dewan Rakyat.

Saturday, July 17, 2010

protes perlu bertindak



Barang Naik, siapa yang menjadi mangsa ?


Pada hari jumaat 15-Julai-2010, Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga petrol ron 95 sebanyak 5 sen, ron 97 mengikut harga pasaran(tiada subsidi diberikan),diesel sebanyak 5 sen, gula dinaikkan sebanyak 25 sen dan gas LPG dinaikkan sebanyak 10 sen bagi setiap sekilogram. Kenaikkan barang 5 dalam 1 ini dijangka akan menyebabkan kenaikan harga keperluan harian rakyat walaupun kerajaan beria-ria menafikannya. Kalau enjin jet pejuang dalam kawalan Kementerian Pertahanan pun pun boleh hilang, apalah yang boleh diharapkan dengan kawalan kerajaan terhadap kenaikan harga barangan keperluan harian yang bakal naik. Enjin jet itu besar, terkawal, kuantiti tidak banyak pun hilang. Barangan keperluan harian ini banyak, kecil saiznya dan tidak ada tentera yang mengawalnya, bagaimana kerajaan boleh yakin ia boleh di kawal. Saya penuh yakin kerajaan tidak mampu mengawalnya .

Kalau ada pun kawalan yang lemah ini, mungkin kerajaan hanya boleh kawal harga barang kawalan seperti minyak, beras, tepung dan lain-lain tetapi kerajaan tiada pun mekanisma untuk mengawal barang-barang bukan terkawal seperti ikan, sayur, sabun dan lain-lain. Kerajaan dan pihak yang bersekutu dengannya sering menyerahkan kepada pengguna sendiri untuk mengawalnya. Mereka berkempen agar tidak memberi keperluan harian yang mahal ini. Persoalannya mereka yang berpendapatan tinggi tidak terasa dengan kenaikan ini. Mereka yang terasa dengan kenaikkan ini adalah golongan berpendapatan rendah seperti buruh, pekebun kecil, peniaga kecil dan lain-lain lagi. Golongan berpendapatan tinggi tidak kisah pun kenaikkan harga barang, mereka tetap akan membeli apa sahaja barang tetapi golongan berpendapatan rendah terus terhimpit dengan kenaikkan ini. Maka kempen memboikot barang-barang yang naik ini tidak akan berjaya sebab mereka semua tidak boleh disatukan. Mengikut sejarahnya, tiada usaha pemboikotan kenaikkan harga barang selama ini yang berjaya pun. Maka mangsa kenaikkan harga barang yang diumumkan oleh kerajaan ini adalah anak-anak dan keluarga yang berpendapatan rendah.

Selama ini golongan keluarga berpendapatan rendah dibandar-bandar khususnya telah pun mengikat perut untuk menghadapi zaman-zaman sukar ini. Gaji mereka tetap tidak naik. Keluarga mereka tetap bertambah. Mereka telah habis berusaha mengubah cara hidup cadangan Dato Seri Najib Tun Razak. Walaupun Najib tidak mampu mengawal isterinya berbelanja tetapi rakyat terbanyak sudah tiada pilihan kecuali mengikat perut keluarga mereka. Jika sebelum ini perbelanjaan mereka telah depesit, maka setelah kenaikkan harga barang ini tentulah hutang mereka akan bertambah. Apakah jalan penyelesaikan kepada masalah mereka? Bank tidak layan, jiran-jiran pun senasib dan keluarga pun tidak dapat membantu. Yang ada hanyalah “Along” yang boleh membantu 36 jam sehari. Maka “Along” lah pilihan mereka. Oleh itu golongan yang paling gembira dan bertambah kaya dengan kenaikkan harga barang adalah “Along”. Maknanya kerajaan secara tidak langsung telah meningkatkan pendapatan “Along”. Kalau rakyat sudah terjebak dengan “Along” maka menderitalah seumur hidup selagi UMNO-Barisan Nasional dan “Along” masih berkuasa. Cara mudah menghadapi masalah “Along” adalah dengan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional(BN).

Bagi mengatasi masalah ini saya mencadangkan kepada Jawatankuasa Memprotes Kenaikkan Harga Minyak( PROTES) yang akan bermesyuarat esok agar memberi fokus bantahan isu kenaikkan harga barangan keperluan ini kepada menjaga hal ehwal golongan yang menjadi mangsa. PROTES tidak perlu memfokuskan kepada batahan kenaikkan harga minyak sahaja kerana mana-mana kerajaan yang memerintah negara kita , tiada jaminan minyak tidak akan dinaikkan. Mungkin PROTES itu sendiri perlu di “rebranding” dengan nama baru iaitu Kumpulan Rakyat Mangsa Barang Naik (Mangsa BN). Antara contoh tuntutannya adalah pertamanya mendesak pihak kerajaan memberi subsidi RM500 sebulan terus kepada golongan keluarga berpendapatan rendah. Formula menentukan mereka yang layak dan mekanisma pemberian perlu dirangka oleh pihak kerajaan. Keduanya menghentikan subsidi kepada Penjanakuasa Elektrik Persendirian (IPP). Ketiganya sebagai simbol penjimatan maka gaji semua menteri dipotong 20%. Keempatnya menambah perutukan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menbiyayai fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim dan kelimanya hapuskan rasuah sepenuhnya. Semoga altenatif ini boleh membantu mereka yang memerlukan dan bantahan ini mendapat sokongan semua pihak dalam negara kita.

Friday, July 16, 2010

petrol, diesel, gas dan gula hadiah buat rakyat


Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam tadi.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan semalam.

Tetapi difahamkan RON 97 harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam tadi.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai hari ini.

Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

•Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
•Diesel - RM1.75 seliter.
•Gula - RM1.70 sekilogram
•Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

•Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
•Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
•Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang semalam.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.

pemerdagangan manusia oleh umno/bn


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengesyaki terdapat sindiket haram pemberian kad pengenalan kepada warga asing berstatus penduduk tetap melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen.

Mahfuz pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, keraguan itu timbul apabila ianya didedahkan kepada beliau dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar oleh individu yang ditawarkan untuk membuat permohonan taraf warganegara tersebut.

berdasarkan maklumat yang disampaikan kepadanya, terdapat beberapa 'program' yang diadakan khusus untuk warga asing yang kebanyakannnya warga Indonesia dan Kemboja bagi membolehkan mereka memperolehi kad pengenalan.

Menurutnya, pada 3 Julai lalu,bertempat di Dewan Zentrum, Setiawangsa, warga asing yang telah membuat permohonan dipanggil untuk diserahkan 'kad pengenalan'.

Manakala pada 10, 15 dan 17 Julai, bertempat di Kompleks Integrasi Warisan, Salak Tinggi diadakan operasi dan diberikan taklimat kepada warga Indonesia dan Kemboja ini, mereka boleh memohon dan mengisi borang untuk permohonan warganegara.

"Mereka ini tidak pernah memohon tetapi dipanggil melalui agen yang telah pun dikenal pasti oleh pihak yang menganjur itu. Mereka diberitahu ini merupakan peluang untuk mereka menjadi warganegara. Mereka diberitahu apabila mereka memperolehi kad pengenalan nanti mereka hendaklah menyokong kerajaan,”.

Tambah Mahfuz lagi, sewaktu operasi 'permohonan kad pengenalan' itu berlaku, aktivis Pakatan Rakyat sempat mengambil gambar semasa operasi tersebut berlangsung dan mereka telah membuat laporan polis kerana mengesyaki seolah-olah terdapat sindiket mengeluarkan kewarganegaraan kepada pendatang asing.

"Saya mengesyaki mereka yang terlibat itu akan memenuhi senarai daftar pemilih bagi Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang. juga mungkin memenuhi senarai dua juta daripada orang Melayu yang mendaftar sebagaimana diuarkan kerajaan memandangkan mereka mempunyai nama Islam yang mempunyai persamaan dengan nama-nama orang Melayu. kes ini mengulangi kes di Sabah yang membabitkan projek M dalam salah satu kawasan pilihan raya,".

Kes yang berlaku di Sabah, dibawa ke mahkamah dan dibuktikan oleh hakim memang berlaku pendatang asing yang diberikan kad pengenalan untuk mendaftar sebagai pemilih.

"Saya mengesyaki jika mereka tidak memberi keuntungan, kad pengenalan akan ditarik balik. Jadi saya menganggap isu ini sebagai pemerdagangan orang untuk kelangsungan politik Umno dan BN. Isu ini amat besar kerana melibatkan keselamatan negara,".

Turut bersama pada siang media itu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud, dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.

Thursday, July 15, 2010

plan UMNO dan PAS



1. Sampai Bila Melayu Mesti Bercakaran ? Kita ummat Islam diajar supaya bersatu dengan Tali Allah [ Islam ] dan saling tolong menolong atas premis kebaikan dan Taqwa . Bukan atas premis dosa dan permusuhan .

2. Bagaimana bangsa melayu nak maju dan hebat jika asyik bercakaran dan bertelingkah . Bayangkan betapa banyak masa kita habiskan untuk persengketaan yang tidak membawa kebaikan kepada ummat Islam .

3. Masing - masing enggan mengaku kalah dan bertolak ansur . Saling tuding menuding jari antara satu sama lain sementara musuh - musuh Islam tentu sahaja tersenyum lebar melihat persengketaan yang kelihatan seperti tiada tepinya ini . Musuh tentunya galak menyuburkan benih persengketaan dan menyalakan api permusuhan sesama kita ummat melayu Islam .

4. Banyak agenda membangunkan ilmu pendidikan , pentarbiyyah diri dan masyarakat , tamaddun dan peradaban negara serta pertumbuhan ekonomi dan zon sosial yang harmonis tergendala akibat pergeseran dan pertelagahan yang begitu lebar jaraknya dan lama tempohnya.

5. Ahli UMNO rata - ratanya melayu dan beragama Islam , demikian juga ahli PAS berbangsa melayu dan beragama Islam . Malah seorang ahli UMNO pasti sahaja memiliki ahli keluarganya yang menjadi ahli PAS . Demikian sebaliknya ahli PAS juga mempunyai ahli keluarganya dari kalangan UMNO . Persoalannya sampai bila melayu UMNO dan PAS ini mahu bertelagah sehingga menjejaskan keharmonian berkeluarga .

6. Saya kira UMNO dan PAS perlu ada pelan damai untuk menamatkan persengketaan yang panjang ini . Kebanyakan kita ummat melayu tentu telah berasa bosan dengan pertelagahan ini . Terutama menyaksikan gelagat pemimpin yang memburu kepentingan politik lalu mengeksploitasi sentimen kebencian antara kedua - dua belah pihak.

7. Kita juga tidak mempunyai banyak masa . Untuk menjayakan pelan damai yang saya cadangkan ini , semua pihak mesti berlapang dada . Korbankan perasaan dan kemahuan untuk bertolak ansur mencari nokhtah damai atau gencatan senjata . Laksana Aus dan Khazraj yang bersengketa ratusan tahun , akhirnya dengan Tali Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. , hati - hati mereka diikat dan ditambat kukuh untuk menjadi "satu" dan erat dibawa canopy Islam .

8. Khibrah atau pengalaman penyatuan melayu pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair apabila PAS menyertai Perikatan seketika dulu . Namun 1001 masaalah lampau telah menjadi sejarah bahawa akhirnya penyatuan itu gagal apabila PAS ditolak keluar dari Perikatan pada masa itu . Tidak mengapalah pada sejarah lampau . Demi sebuah penyatuan melayu yang hari ini dicanang sendiri oleh para pemimpin UMNO , kita sedia membina sejarah baru khasnya generasi muda hari ini .

9. Walaupun sejarah perit telah dilalui oleh PAS sewaktu ditolak keluar dari Perikatan tempoh silam , perit melihat pembunuhan di Memali , perit menyaksikan pemimpin - pemimpin PAS disumbat ke penjara [ ISA ] , perit menyaksikan kerajaan Kelantan dirampas pada 1978 setelah 18 tahun berkuasa sebelum ditakluki kembali pada tahun 1990 ...... PAS seperti boleh melupakan segalanya demi perjuangan untuk mendaulatkan Islam serta penyatuan ummat melayu Islam sebagaimana :

* PAS bersedia melupakan apa sahaja kenyataan dan tindakan yang pernah dilakukan oleh Yb. Dato' Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau bersama UMNO dan BN terhadap PAS , apabila Yb. Dato' Seri Anwar Ibrahim sanggup dan sedia menghulurkan tangan persahabatannya dengan PAS untuk sama - sama berjuang membasmi rasuah dan menentang penyalahgunaan kuasa .

* PAS boleh melupakan apa sahaja kenyataan dan tindakan yang pernah dilakukan oleh YAM Tengku Razaleigh Hamzah sewaktu beliau bersama UMNO dan BN menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan pada tahun 1978 , apabila YAM Tengku Razaleigh Hamzah juga sanggup dan sedia menghulurkan jasa bakti beliau memimpin kebangkitan rakyat dan berjuang bagi pihak rakyat kelantan untuk mendesak agar royalti minyak Kelantan dibayar .

10. Maka , apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] . Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan , sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman , makmur , sejahtera , adil , telus , saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa melayu itu sendiri . Kerana saya melihat masa depan negara adalah bersama dengan Pakatan Rakyat dan seluruh parti yang ikhlas serta jujur membangunkan negara berasaskan nilai keadilan dan kesejahteraan yang diajar oleh Islam.

Nota : Itulah pelan damai untuk UMNO dan PAS yang saya maksudkan . Jika ini berjaya , maka kebimbangan UMNO mengenai masa depan kuasa politik orang melayu akan dapat dijawab dan diatasi dan melayu Islam akan menjadi lebih kuat di dalam Pakatan Rakyat . Saya mohon Pelan Damai ini diterima sejujurnya oleh semua pihak . Ameen Ya Rabbal A'lamin .

Wednesday, July 14, 2010

akedemi kepimpinan pemuda

logo program






tengah belajar nyanyi lagu tema!!!



kumpulan dibentuk...





semangat disuntik untuk turun ke padang dengan penuh keyakinan...



program bertemu masyarakat pada waktu petang,
dua tempat utama iaitu di taiping sentral dan di giant.


hari kedua program yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang memberi satiu semangat baru kepada kepimpinan pemuda.


semangat menyanyikan lagu tema program...



mereka ini lah yang akan diberikan tugas untuk mereka bentuk2 senaman.


senaman untuk menyihatkan badan...



perdana menteri program ini sedang membuat sesuatu dan menjadi perhatian semua.


menteri besar kumpulan bermatlamat sedang berusaha untuk sampai ke garisan penamat.


semua menteri besar2 setiap kumpulan diminta untuk mengetuai nyanyian tema.





perbincangan




kumpulan bermasyarakat sedang membentangkan pembentangan berkaitan objektif dan target dalam menghadapi pilihanraya ke-13


lagu tema akp di nyanyikan bagi kali terakhir sebelum program perasmian penutup.



naib ketua pemuda pas pusat
(sdr sabki yusof)
sedang berucap dalam ucapan perasmian penutup program akp

Monday, July 12, 2010

pemimpin pas selayaknya hidup sederhana -kp-


Dipetik dari blog rasmi ketua dewan pemuda pas pusat
http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Sebaik - baik perkara ialah pertengahannya [ sederhana ]
خير الأمور أوسطها.
Tidak melampau [ ifrat ] dan tidak terlalu bermudah - mudah . [ tafrit ] .

2. Sederhana adalah lambang keutuhan dan kemuliaan peribadi . Pemimpin yang hidup dalam kesederhanaan adalah pemimpin yang berjiwa besar justeru ia tidak dipengaruhi oleh nafsu tamak dan gelojoh .

3. Pemimpin yang mengambil gaya dan cara hidup secara sederhana juga merupakan pemimpin yang hebat justeru ia tidak terpedaya dengan bujukan nafsu dan syaithan untuk bermudah - mudah atau meringan - ringankan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang hamba terhadap tuhannya .

4. Kini rata - rata pemimpin PAS menang pilihanraya menjadi wakil rakyat samaada diperingkat DUN atau parlimen malah ada yang bergelar Menteri Besar dan exco kerajaan negeri . Alhamdulillah , ianya satu penghormatan dan kepercayaan rakyat kepada PAS . Namun berwaspadalah , agar lifestyle kalian masih kekal utuh dalam frame seorang pemimpin yang beriman , bertaqwa , berakhlak dan sederhana .

5. Usah terpedaya dan terpengaruh dengan cara hidup orang lain apatah lagi musuh . Sekalipun kalian memang layak dan memiliki kekayaan melalui cara yang benar dan halal , namun ambil lah hukum wara' atau zuhud dalam kepimpinan dan penampilan kalian . Usah bermewah dengan harta yang dimiliki tetapi tidaklah sampai kelihatan selekeh , lusuh dan tidak ceria . Sederhanalah dalam segalanya .

6. Wara' bukan bermaksud berjalan tunduk tanpa mendongak wajah dan zuhud pula bukan bermakna selekeh tanpa set pakaian yang baru dan kemas . Tetapi wara' dengan maksud tidak berlebih - lebih menggunakan nikmat kekayaan halal yang kita miliki sementara zuhud pula ialah menggunakan nikmat kekayaan yang dimiliki tanpa hati terpengaruh dan terpaut padanya.

7. Gerakan Islam seperti PAS selayaknya mendokong feqh wasatiah [ kesederhanaan ] ini dalam usaha mendapatkan tempat di sisi Allah swt dan menarik sokongan rakyat kepada perjuangan suci yang didokong . Rata -rata manusia tidak senang dan muak dengan manusia yang berlebih - lebihan dalam penampilan gaya hidup serta menunjuk kaya dan mewah mereka.

8. Feqh wasatiah bukan hanya dipakai dalam aliran pemikiran dan prinsip hidup tetapi juga dalam penampilan , cara dan gaya hidup [ lifestyle ] . Janganlah setahun dua jadi wakil rakyat , perubahan ketara dan mendadak berlaku dalam hidupnya seperti membina rumah besar , memiliki kenderaan baru dan mahal .

9. Bukanlah salah memiliki rumah luas dan kenderaan yang baik , tetapi bersederhanalah . Jika tidak , pemimpin PAS akan kehilangan haibah [ kehebatan ] dan quwwah [ kredebiliti ]. Sifat dan amalan sederhana mendekatkan pemimpin PAS dengan rakyat marhain. Mudahnya amalan bersederhana ini ialah mengambil sesuatu seperlunya . Jika ia perlukan rumah 5 bilik dengan jumlah keluarganya yang ramai maka milikilah , ia menepati keperluan . Demikianlah kenderaan , jika perlukan kenderaan yang baik kerana keperluannya berjalan jauh saban hari mengambil undangan amal islami yang diperjuangkan , maka ambillah justeru ia menepati keperluan . Apa yang tidak disenangi ialah berlebih - lebihan dari had keperluan dan bermewah - mewah .

10. Kita tidak mahu menjadi pemimpin parti yang petah mengungkap serta meriwayat contoh zuhud dan wara'nya Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz , Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Ust Azizan Razak , walau mereka dipuncak kuasa tetapi tetap :

* tinggal di kediaman asal yang serba sederhana ,
* nilai pakaian mereka seperti rakyat awam ,
* mereka mengamalkan jimat cermat dalam kehidupan sehariannya ,
* keraian mereka tidak mewah
* elaun mereka dikembalikan kekantung pembendaharaan negeri

tetapi malang , jika kita sendiri gagal untuk mencontohinya .

Friday, July 09, 2010

lagi kisah pembunuhan remaja


"Dia baru berusia 18 tahun, kalau dia hidup dan berkhidmat kepada kerajaan, sudah pasti dapat memberi kebaikan kepada negara. Tapi polis bertindak sewenang-wenangnya. Saya nak tanya polis laksanakan undang-undang ke tidak?"

Demikian rintihan Azri Arin (kiri berbaju batik), abang kepada mangsa yang didakwa ditembak mati oleh polis, Mohd Afham, 18tahun, pada 20 Oktober tahun lalu.

Ketika kejadian Mohd Afham menunggang motosikal bersama Mohd Firdaus Marsawai yang juga berusia 18 tahun dan dikejar oleh tiga polis yang berpakaian biasa semasa dalam perjalanan dari Taman Johor Jaya ke Pasir Gudang.

Remaja itu mati kerana kecederaan yang berpunca daripada tembakan pistol di jantung.

Pihak polis mendakwa dalam sidang media keesokan harinya, berkata tiga peronda bermotosikalnya cuba menahan motosikal yang dinaiki oleh Mohd Afham dan Mohd Firdaus kerana mereka disyaki terlibat dalam kes ragut yang berlaku di Taman Johor Jaya.

Hari ini, 26 parti politik dan pertubuhan masyarakat negeri Johor menggesa kerajaan supaya bertanggungjawab terhadap kehilangan beberapa nyawa rakyat negara ini.

Seruan itu dibuat dalam satu petisyen yang diserahkan oleh koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kepada ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di lobi parlimen untuk diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain kes Mohd Afham, kes tembakan rambang yang melibatkan kematian dua pemuda India juga di Johor dikemukakan.

Dalam kejadian pada 20 Oktober 2008, tiga pemuda berketuruanan India berusia lingkungan 30 tahun, Agustin Mahamenathan, M Jagathesan dan Siva didakwa diserang oleh polis di Taman Johor.

Agustin dan Jagathesan terbunuh di tempat kejadian manakala Siva melarikan diri.

Lim yang menerima petisyen itu, mempersoal keengganan kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta maaf secara rasmi kepada keluarga mangsa, termasuk kes yang terbaru melibatkan remaja berusia 14 tahun, Aminulrashid Omar di Shah Alam.

"Saya nak tanya, kenapa kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri tidak meminta maaf secara rasmi terhadap keluarga mangsa akibat tembakan polis sewenang-wenangnya ini,"

Beliau juga menyokong penuh tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik membuat tuntutan terhadap kerajaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Kes tembakan seperti ini berlarutan dan harus dihentikan dan kita menyokong tuntutan yang dibuat NGO dan parti politik,"

Sementara itu, ibu Allahyarham Mohd Afham, Sapiah Md Elah yang turut hadir hari ini tidak dapat menahan kesedihan atas kematian anaknya dan mendesak siasatan bagi membersihkan nama anaknya yang tercemar kerana dituduh terlibat dengan jenayah.

"Saya nak minta keadilan bagi anak saya, saya nak nama anak saya dibersihkan, saya minta kes ini diadili berdasarkan undang-undang yang betul," katanya sambil mengesat air mata.

Manakala, abang Mohd Afham, Mohd Afli Arin, juga menuntut perkara yang sama, iaitu keadilan bagi pihak adiknya.

"Saya yang menjaga dia selama dia hidup, semasa dia keluar pun dia minta izin saya. Kita percaya kepada undang-undang tapi undang-undang tidak bersikap adil.

Turut bersama pada sidang media ini adalah ahli parlimen Klang, Charles Santiago dan koordinator Suaram Pusat, S Arutchelvan.

3 jawapan berbeza berkenaan judi sukan

8/7/10(KHAMIS) terus dari dewan rakyat

Jawapan tidak konsisten Kementerian Kewangan berhubung kelulusan lesen 'sport betting' terhadap soalan yang dikemukakan di Dewan Rakyat dilihat satu lagi sikap "flip flop" menteri.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) tindakan kementerian sehingga mengeluarkan tiga jawapan berbeza-beza terhadap soalan yang ditanya memperlihatkan kelemahan kementerian dalam menentukan jawapan mutlak.

"Ini menunjukkan kelemahan menteri sendiri dan kelemahan pengurusan kementerian sehigga mungkin pegawai-pegawainya sendiri keliru," katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

Beliau mengulas pindaan jawapan bertulis oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai terhadap jawapan yang dikeluarkan kementerian itu semalam.

Turut sama pada sidang media tersebut Ahli Parlimen Jelutung, Jeff Ooi Chuan Aun.

Dalam jawapan semalam, menteri memberitahu kerajaan belum lagi mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak namun menawarkan pengeluaran semula lesen 'bookie', bukan untuk Piala Dunia 2010 kepada Ascot Sports.

Namun pada jawapan pindaan hari ini, kementerian kewangan memaklumkan kerajaan secara muktamad tidak akan mengeluarkan lesen 'sport betting' kepada Ascot Sports.

Kepada soalan Jeff Ooi pula, kementerian memberi jawapan bahawa kerajaan menawarkan semula lesen pertaruhan bookie kepada Ascot Sports bagi mengawal aktiviti pertaruhan dengan lebih teratur.

Ascot Sports akan beroperasi di 220 outlet Sports Toto di Semenanjung Malaysia.

Sehingga hari ini, tiga jawapan telah dikeluarkan pihak kementerian.

Pertama, pada pagi semalam diekori pindaan pada sebelah petangnya dan pindaan terbaru jawapan dikeluarkan pagi ini.

Tuesday, July 06, 2010

salahuddin dan mazlan cabar shafie berdebat


Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyediakan pentas terbuka untuk berdebat berhubung status PAS atau Umno yang sepatutnya dianggap sesat.

"Saya cabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini untuk berdebat secara terbuka, biar rakyat tentukan, pas atau Umno sesat," tegas beliau di Lobi Parlimen, petang semalam.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna sepatutnya menjawab dakwaan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman secara berhujah, bukannya dakwaan kosong seperti yang dibuatnya semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria pula mempersoalkan dasar sekularisme serta nasionalisme yang diperjuangkan oleh Umno sendiri.

"Kalau PAS parti ajaran sesat, kita tengok sumber PAS itu al-Quran, as-Sunnah, ijmak serta qias.

"Kalau itu dikatakan sesat, Umno ini bagaimana," soal beliau sambil menuntut Shafie menunjukkan perkara yang sesat menurut Perlembagaan PAS.

Dalam perkembangan yang sama, Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Johor dilaporkan membuat laporan polis berhubung dakwaan tidak bertanggungjawab menteri terbabit.

Pada suatu kenyataan, Mazlan turut menyifatkan kenyataan menteri terbabit sebagai biadap dan keterlaluan pada sebuah parti politik yang sah berdaftar di tanah air seperti PAS.

beliau juga berkata, menteri itu celupar mendakwa PAS hanya mementingkan kemenangan kerusi Dun dan Parlimen, berbanding kepentingan rakyat.

beliau juga sependapat akan Salahuddin, iaitu bersedia untuk berdebat secara terbuka dengan Shafie berhubung kepincangan urus tadbir Felda.

gula diseludup ke luar negara, rakyat menderita...


semalam, terus dari dewan rakyat! rakyat perlu tahu...

Kerajaan wajar memberikan penjelasan yang jujur dan bertanggungjawab berhubung isu kekurangan gula yang dihadapi oleh pengguna kebelakangan ini.

Penegasan yang dibuat Naib Presiden PAS(datuk mahfuz omar) itu ekoran insiden enam daripada 30 kargo yang memuatkan gula nasional tergelincir dari Butterworth ke Singapura, milik KTMB tergelincir di Chamek, dekat Kluang Johor, pada 23 Jun lalu.

"Macam mana gula yang kerajaan subsidikan pada Syarikat Gula Prai dan sebagainya, gula itu yang nak dibawa jual ke Singapura," soal beliau pagi tadi di Dewan Rakyat, memetik laporan akhbar New Strait Times Press (NSTP).

Beliau berkata, insiden tersebut sudah tentu mempunyai kaitan dengan kesukaran rakyat mendapatkan bekalan gula nasional sebelum ini.

"Saya percaya gula yang kurang dalam pasaran sebelum ini disebabkan kes-kes eksport gula sebegini bukanlah untuk orang Johor walaupun gerabak KTMB ini tergelincir di Kluang.

"Tanah KTMB di Tanjong Pagar pun kita (kerajaan Umno BN) gadai pada Singapura, gula negara pun nak beri juga," sindir beliau ketika membahaskan rang undang-undang perlindungan pengguna.

Membahaskan rang undang-undang yang sama, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pula mendakwa kerajaan seperti merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan pengguna dengan menisbahkan musibah kekurangan gula kepada kaum peruncit.

Sedangkan, katanya aktiviti pengeluar dan pembekal gula langsung tidak dipantau sehingga gula yang telahpun disubsidi sanggup diperdagangkan pada Singapura.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak berwajib memberikan pendidikan konsumerisme kepada rakyat supaya rakyat mendapat maklumat yang menyeluruh di sebalik kekurangan gula dalam pasaran.

Beliau di luar Dewan Rakyat berkata, harga gula tempatan RM1.65 sekilo berbanding RM3.05 sekiranya dijual di Singapura sudah tentu mendorong minat pihak yang tidak bertanggungjawab memperdagangkan gula nasional di negara jiran.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub menggesa kerajaan memperkenalkan mata pelajaran kepenggunaan di peringkat sekolah rendah lagi bagi memberi pendedahan hak-hak pengguna kepada rakyat di awal usia.

Beliau berkata, beberapa negara barat yang mengamalkan perkara tersebut telah bukti mampu menanam kefahaman kepenggunaan yang baik kepada generasi awal negara mereka.

"Adakah Yang Berhormat bersedia sebagai menteri hari ini mencadangkan kepada kabinet agar mata pelajaran kepenggunaan ini diajar di peringkat sekolah rendah lagi sebagai satu mata pelajaran, bukan ditempel pada mata pelajaran sivik dan sebagainya?" soalnya kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata kesedaran peringkat awal sangat penting bagi memastikan rakyat negara ini tidak mudah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.

Menteri sebelum itu menjawab soalan berkaitan rang undang-undang perlindungan pengguna di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau kemudian memaklumkan bersedia memanjangkan perkara itu kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan susulan.

laporan polis terhadap adun malim nawar


Tarikh laporan : 5 July 2010
Nama Pelapor : YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Jawatan :ADUN Titi Serong Perak.
No. Kad pengenalan : 641102-03-5125
Alamat : No.15 Jalan Wawasan 8, Taman Wawasan Jaya, Parit Buntar.

Inilah Laporan Polis saya :-

1. Berdasarkan laporan berita (seperti dilampir) oleh Malaysiakini bertarikh 2 July 2010 ADUN Bebas malim Nawar mengatakan seperti berikut :

Mengenai wang pinjaman peribadi RM3,500 yang diberikan oleh Khalil Idham Lim dari PAS, Keshvinder mendakwa wang itu adalah untuk kegunaan pengundi di kawasan Malim Nawar.

"Saya tidak meminta daripada Khalil tetapi dia yang memberikan saya wang itu sekembali saya daripada pilihan raya kecil Sibu kerana saya kekurangan dana untuk kawasan saya.”

2. Saya mendapati kenyataan nya merupakan fitnah dan Khesvinder saya anggap telah menipu saya sedangkan saya telah pergi ke sebuah AMBank di Ipoh pada sekitar jam 1.00 petang pada 19 Mei 2010, untuk membayar keretanya yang telah ditarik oleh pihak Bank dengan menyerahkan sejumlah RM3500 untuk menyelesaikan masalah itu.

3. Laporan ini dibuat berdasarkan beberapa SMS yang dikirim oleh beliau yang masih saya simpan sebagai bukti untuk tindakan saya selanjutnya.

4. Oleh itu saya memohon dari pihak Polis untuk mengadakan siasatan terperinci terhadap Khesvinder Singh yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah dan menipu yang merosakkan reputasi awam terhadap saya

Sekian laporan saya yang sebenarnya,

(YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM)

Sunday, July 04, 2010

ajk masjid perlu dikalangan orang beriman -idris ahmad-



Sesebuah masjid gagal dimakmurkan jika ahli jawatankuasanya tidak beriman kepada Allah.

Justeru, ahli-ahli jawatankuasa masjid mestilah memenuhi beberapa ciri dalam usaha untuk memakmurkan masjid, antaranya beriman kepada Allah.

“Macam mana nak makmurkan masjid kalau AJK tidak beriman kepada Allah,” ujarnya ketika berucap pada Masjid Hi-Tea sempena Karnival Masjid Kota Damansara 2010 di pekarangan masjid itu, petang tadi.

Turut berucap ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

dalam konteks beriman kepada Allah, AJK hendaklah beriman sepenuhnya dengan apa yang diturunkan oleh Allah termasuk segala hukum hakam dan undang-undang-Nya.

Selain itu, jelasnya, setiap AJK juga mestilah beriman kepada hari akhirat, mendirikan solat, tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah semata-mata serta mampu mengajak masyarakat kepada Islam.

Sehubungan itu, tambahnya, jangan ada di kalangan AJK masjid yang mempunyai kecenderungan untuk mendapat habuan daripada sumbangan yang diterima termasuk mendapat kontrak untuk menyediakan jamuan mahupun pembangunan masjid.

“Jangan nak jadi AJK masjid kerana nak dapat kontrak buat bubur lambuk,”
sikap ahli jawatankuasa yang hanya pergi ke masjid setahun sekali juga antara punca sesebuah masjid itu gagal dimakmurkan.

Dalam nada sinis, beliau menyatakan kemungkinan ahli jawatankuasa masjid menunaikan solat kerana secara kebetulan telah masuk waktu semasa mesyuarat diadakan.

Beliau juga menyarankan supaya pihak masjid mengadakan banyak aktiviti untuk menjinakkan golongan remaja dengan masjid.

“Kalau boleh, masjid perlu mengadakan program mingguan untuk kanak-kanak dan remaja seperti membetulkan solat, bacaan solat dan seumpamanya supaya mereka jinak dengan masjid,”

ibu bapa termasuk pihak masjid menitikberatkan anak-anak dan golongan remaja dengan solat bagi menghindari gejala sosial yang semakin parah pada zaman ini.

“Kita kena ingat, apabila solat diabaikan, mereka akan mengikut hawa nafsu,”

siapa mereka umno???


ini gambar muka hadapan facebook pemuda umno teluk intan
sahabat/rakyat boleh nilai siapa mereka???
daulat umno???
satu nama yang tidak sesuai, dan ia mempermainkan institusi raja dan bangsa.
daulat yang digunakan untuk institusi diraja digunakan atas nama sebuah parti dan singkatan bahasa inggeris.
bagi mereka umno adalah parti melayu tetapi perkataan umno itu bukan lah dari nama melayu, umno sendiri tidak boleh diterjemahkan maksudnya dalam bahasa melayu??
apa motif untuk mendaulatkan nama satu singkatan bahasa inggeris dan meletakkan ia sebagai di daulat???
apakah mereka tidak tahu maksud umno itu, ataupun mempunyai agenda politik kotor tersendiri...

wakil rakyat tidak bertanggungjawab -ahmad said-



Menteri Besar Datuk Ahmad Said menegur sikap segelintir wakil rakyat di Terengganu yang jarang turun padang untuk meninjau permasalahan rakyat dan hanya menunjukkan muka apabila tiba musim pilihan raya.

Beliau berkata, sikap seperti itu bukan hanya merugikan wakil rakyat itu sendiri selain tempiasnya akan turut dirasai oleh Umno dan BN khasnya apabila tiba masa pilihan raya kelak.

"Setiap wakil rakyat di negeri ini nafasnya bergantung kepada ahli dan pengundi. Jangan jadi wakil rakyat yang hanya tahu menunjuk muka 10 hari semasa kempen pilihan raya tetapi hilang dalam tempoh lima tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kemaman hari ini yang dirasmikan oleh Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Persidangan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman yang juga Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad berkata, setiap wakil rakyat di negeri ini telah diberikan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk membantu permasalahan rakyat di kawasan mereka termasuk untuk bantuan am dan program keagamaan.

"Jika saya sendiri boleh berdiri enam jam semata-mata untuk menyampaikan e-Book kepada murid sekolah dan luang masa sehingga 12 malam untuk sehari bersama rakyat, saya tidak nampak kenapa wakil rakyat tidak boleh berbuat demikian termasuk luang masa di masjid untuk sembahyang jemaah bersama rakyat," katanya.

Dalam masa yang sama beliau turut menggesa wakil rakyat supaya berusaha lebih keras untuk memastikan sasaran 60 peratus daripada ahli Umno di kawasan mereka mendaftar sebagai pengundi dicapai .

Katanya, ia bagi memastikan wakil rakyat serta parti mampu menang dengan majoriti yang besar dalam pilihan raya umum akan datang.