Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Monday, June 28, 2010

himpunan bantah judi BERTUKAR tak nak judi


HIMPUNAN TAK NAK JUDI
Memandangkan bahawa masih terlalu banyak lesen judi yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan kesan daripada aktiviti judi menjadi punca kepada berkembangnya masalah sosial dan jenayah dalam negara maka mesyuarat Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) pada 27-Jun-2010 telah memutuskan bahawa Perhimpunan Rakyat pada 3-Julai-2010 jam 2 petang tetap akan diadakan di Masjid Negara. Perhimpunan ini di namakan Perhimpunan Tak Nak Judi. Kempen Tak Nak Judi akan dilancarkan dalam himpunan ini.


GMJ berpendapat jika pihak kerajaan boleh membatalkan lesen judi sukan maka pihak kerajaan sememangnya mampu membatalkan lesen-lesen judi yang lain secara berperingkat. GMJ mengajak semua pihak daripada pelbagai agama dan bangsa tampa mengira fahaman politik agar dapat bersama dalam himpunan ini. Perhimpunan ini sangat penting bagi mempastikan rakyat Malaysia bebas daripada judi. Sesungguhnya judi adalah bertentangan dengan semua agama dalam dunia ini. Judi boleh meruntukan masyarakat dan negara.


Suhaizan Bin Kaiat
Setiausaha
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

Saturday, June 26, 2010

PAS tidak gentar ULAMAK umno!!!


Parti Islam SeMalaysia (PAS) melalui ketua penerangan pas pusat tegas dengan pendirian dan hujahmya bahawa pas tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai umno. Kalau beribu-ribu menyertai umno pun Pas tidak takut. Lebih-lebih lagi mereka yang menyerah borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung daripada mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat. Saya cuba hubungi rakan di Fakulti Islam UKM untuk bertanya seorang yang masuk menyertai umno itu pensyarah Fakulti Islam, rakan saya beritahu, beliau pun tidak kenal. Jikalau beliau yang menjadi pensyarah senior di Fakulti Islam UKM pun tidak kenal, macam mana pula Pak Mat di Dabong Gua Musang dan Mak Minah di Hulu Tembeling Pahang hendak kenal.

Perjuangan Pas bukan menentang peribadi, tetapi menentang dasar umno. Siapa sahaja yang memimpin umno, Pas akan tentang selagi ia mempertahankan dasar umno yang membawa perkara munkar dan mengkhianat amanah negara dan rakyat. Pas tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan umno parti yang tidak betul. Pas yakin mereka yang berlatar belakang dalam umno tidak kemana akhirnya. Mereka hanya akan menjadi kupang tembaga, digunakan ketika hendak melawan hujah Pas, itu pun bukan secara berdepan. Mereka hanya berani bercakap ketika seorang diri tanpa di pihak lawan. Beberapa kali Pas ajak berdebat sampai hari ini tidak pernah disahut.

Pas yakin bahawa umno bukan tempat untuk orang agama berjuang. Sekadar menyebut beberapa nama dalam umno yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan pengaruh yang lebih hebat daripada 40 orang yang baru menyerah borang menyertai umno. Mana pergi nama-nama seperti Dr Hamid Osman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (Bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA, Madinah, Phd UK), Dr Yusuf Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM), Ustaz Nakhaei Haji Ahmad di persada politik umno.

Pas merasa hairan ketika kapal umno hendak tenggelam dan penyakit barah umno sudah sampai kepada peringkat keempat untuk ditalqin, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang umno bersama-sama dengan umno untuk karam sama. Sewaktu anak-anak muda yang memakai subang sebelah dan wanita yang tidak bertudung bersama gerakan untuk menukar kerajaan Bn kepada kerajaaan Pakatan Rakyat, tiba-tiba mereka yang belajar agama boleh bersetongkol dengan umno. Parti yang rapuh, penuh dengan sarat rasuah, moral yang rendah, mengkhianat wang rakyat dan pembaziran, mengambil APCO yahudi sebagai penasihat, hak milik negara digadai kepada Singapura dan Brunai. Pas yang berpegang kepada dasar Islam, ulama yang muttaqin menjadi rujukan akan terus mara ke hadapan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada kehancuran.

gmj akan ambil tindakan susulan betulkah kerajaan membatalkan lesen judi


Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) telah mendapat maklumat daripada media bahawa mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada hari jumaat 25hb Jun 2010 telah memutuskan bahawa kerajaan tidak akan meluluskan lesen judi sukan. Keputusan ini dibuat berdasarkan pertimbangan agama dan kesan kepada politik. Sehubungan itu pihak GMJ akan mendapatkan penjelasan secepat mungkin daripada pihak Kerajaan Malaysia berkenaan kesahihan maklumat yang diterima memandangkan bahawa keputusan ini hanyalah dibuat oleh mesyuarat UMNO bukannya mesyuarat Kerajaan Persekutuan. Pihak GMJ akan membuat mesyuarat tergempar pada hari Ahad 27hb Jun 2010 jam 11 tengahari di Kuala Lumpur untuk membincangkan tidakan selanjutnya. Mesyuarat ini akan dihadiri oleh semua NGOs dan pertubuhan politik yang telah bernaung di bawah GMJ.

Suhaizan Bin Kaiat

Setiausaha

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

Friday, June 25, 2010

pemuda umno perak nak bantah judi, PAS ALU-ALUKAN


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengalu-alukan keberanian walaupun di lihat agak lewat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang telah mempertegaskan pendiriannya berkaitan isu kelulusan lesen judi sukan ini yang sudah lama diperkatakan memberikan tamparan hebat buat Umno / Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang sedang memerintah Kerajaan Persekutuan kini.

Tetapi DPPN Pk masih mempersoalkan pendirian Datuk Seri Zambry akan kemampuannya di dalam isu premis yang digunakan oleh syarikat-syarikat yang mengendalikan judi yang ianya jelas di bawah bidang kuasanya, namum masih tidak mengatakan pendirian yang jelas. Walaupun Datuk Seri Zambry jelas akan pendiriannya berkaitan judi sukan, tetapi perlunya bantahan di buat oleh Umno Perak di bawah kepimpinannya yang menjelaskan kehendak akar umbi yang perlu ditunjukkan.

DPPN Pk tidak mahu melihat Datuk Seri Zambry hanya bersuara di media semata-mata, tetapi perlu kepada usaha seluruh Umno dan juga kerajaan negeri memberikan 'signal' bantahan tersebut yang jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan. Ini yang sepatutnya dilakukan sepertimana yang akan berlangsung pada 3 Julai ini di Istana Negara, Kuala Lumpur himpunan bagi membantah kelulusan judi sukan tersebut yang di anjurkan oleh Gerakan Membantah Judi (GMJ).

Oleh yang demikian, DPPN Pk berharap Datuk Seri Dr Zambry akan menyatakan juga pendiriannya disamping bersama-bersama hadir dengan Gabungan Membantah Judi (GMJ) terhadap bantahan judi sukan ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur nanti.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Wednesday, June 23, 2010

rakyat terabai kesan dari pemerintahan umno/bn zalim yang terlalu lama.


dipetik melalui laman web rasmi pj pas perak:-

Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya menyatakan bahawa UMNO/BN adalah sebuah pemerintah yang berkuasa terlalu lama secara mutlak tanpa dapat dibendung, perkara ini akan menyebabkan berlakunya penindasan terhadap rakyat.

Menurut beliau dengan membiarkan sesuatu parti membolot kuasa terlalu besar maka ianya akan menyukarkan rakyat untuk mendapat pembelaan yang berkesan. Apabila kerajaan UMNO/BN menggubal dan melaksanakan sebarang polisi maka ianya sudah semestinya mempunyai kepentingan lain dari apa yang dikehendakki oleh rakyat.

Selain itu UMNO/BN umpama parti yang terlalu jenuh membolot kuasa sehingga menyebabkan tuntutan rakyat menjadi perkara sampingan apabila berdepan dengan kepentingan mereka yang hanya mengutamakan tembolok kelompok didalam kumpulan masing-masing.

Menurut beliau lagi, penyalahgunaan kuasa oleh UMNO/BN sebagai sebuah parti pemerintah yang tidak menghormati undang-undang perlu ditolak. Dengan mempunyai kuasa yang terlalu besar di Pusat perkara ini akan menyebabkan pemerintah itu menjadi sebuah kerajaan yang autokratik. Ianya bermakna sebarang ketidakpuasan hati rakyat tidak akan dilayan kerana tidak ada suara yang seimbang untuk menghalang sebarang ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan.

Beliau menyatakan lagi, isu rasuah yang masih berterusan dan menjadi amalan pemimpin UMNO/BN akan berkembang tanpa banyak harapan untuk dibanteras. Dalam hal ini kerajaan yang sarat dengan kuasa lebih pasti akan lebih memperhitungkan pemodal politik daripada rintihan rakyat.

Beliau menjelaskan bahawa UMNO/BN sebagai pemerintah yang memberi peluang yang lebih kepada golongan elit. Dewasa ini rakyat terbanyak masih berada di dalam kehidupan yang sulit, walaupun waktu singkat dalam kempen PRU ke-13 akan datang pasti akan dijadikan masa untuk melambakkan bantuan kepada rakyat, namun kesengsaraan rakyat bawahan akan terus menjadi kenyataan apabila pilihan raya selesai.

Sehubungan itu beliau menyarankan agar rakyat bertindak secara kolektif untuk memberi ruang dan peluang kepada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk membawa arus perubahan baru dalam meningkatkan semula tahap kehidupan rakyat kearah lebih selesa dan harmorni dalam mencapai harapan rakyat untuk mendapat keselesaan hidup di Negara ini.

helah umno/bn kelirukan rakyat tutup mata rakyat

semalam, didalam semua media umno/bn di muka hadapan semua surat khabar melayu menceritakan tentang polis masih mengesan sindeket perjudian yang lari ke luar negara -datuk seri mohd bakri mohd zinin- (pengarah jabatan siasatan jenayah bukit aman)
apa yang kami dewan pemuda teluk intan ingin memberitahu semua pembaca, ada yang terkeliru dengan suasana ini.
yang polis bertindak adalah berkenaan sendiket judi bola maknanya yang tidak di beri lesen, jangan pula ada yang berkata bahawa lesen ini masih belum di luluskan.
lesen judi bola masih berlangsung dan polis hanya akan mengikut arahan umno/bn bahawa judi yang tidak mendapat permit sahaja yang akan diperangi habis-habisan.
buat pengetahuan semua islam mengharamkan judi dan arak disemua peringkat.
kita sebagai umat islam perlu lah sedar bahawa judi dan arak adalah haram!
mengapa apabila perkara ini ditimbulkan semua tunding ke arah pas, kononnya pas tidak menharamkan judi dan arak apabila memerintah beberapa buah negeri???
adakah kita tahu siapa yang menghalalkan semua judi dan arak ini???
jika kita umat islam alpa dan leka maka satu lagi projek umno/bn akan di laksanakan dan akan memburukkan jenerasi akan datang...
jangan mudah terpedaya dengan helah umno/bn tidak lupa kepada yahudi laknatullah=apco.

(diterbitkan lujnah it pemuda teluk intan)

ulama bukan tempatnya di dalam UMNO!!!


Ulama sebenar yang mencintai agama Islam tidak akan tergamak memilih Umno yang sekular sebagai wadah perjuangan mereka.

Sebaliknya, wadah sebenar untuk menyebarkan dakwah Islam adalah bersama dengan PAS yang secara jelas dasarnya adalah Islam.

"Medan ulama sebenar adalah bersama gerakan Islam. Sewajarnya ulama menyertai PAS, bukan menyertai Umno! parti yang sekular...

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Mohd Asli dalam web Umno yang menyebut 100 ulama termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin akan menyertai Umno Jumaat depan.

Mengulas lanjut beliau berkata, sejarah pernah menunjukkan bagaimana satu ketika dahulu beberapa tokoh ulama besar negara menyertai Umno dan kemudiannya keluar kerana tidak sanggup bersekongkol melakukan kemungkaran.

"Dulu Ustaz Ahmad Fuad, Ustaz Ahmad Maliki dan Ustaz Ahmad Badawi pernah menyertai Umno sehingga tertubuhnya Biro Agama Umno.

"Kerana tidak berpuas hati dengan kemungkaran dilakukan Umno termasuk meluluskan lesen judi, mereka kemudiannya keluar Umno dan menubuhkan Persatuan Ulama Malaya sehingga akhirnya tertubuhlah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Sehingga kini, Umno belum mengubah dasar dan perjuangan mereka dan masih menghalalkan judi.

Biarpun waktu ini Umno mempunyai ulama mereka seperti Datuk Seri Jamil Khir, Datuk Masitah Ibrahim dan Ustaz Firdaus Ismail, namun kesemuany tidak mampu menentang kemungkaran dilakukan Umno.

Jika 100 ulama tersebut menyertai Umno, fungsi mereka juga, katanya akan terbatas.

"Bagaimana sebuah parti yang menghalalkan judi yang diharamkan oleh Allah, mendapat tempat di hati ulama.

"Secara peribadi, hati kecil saya berkata, jika mereka ulama hakiki, mereka tidak akan tergamak memilih Umno sebagai medan menyampaikan dakwah Islam.

Saturday, June 19, 2010

ada yang sanggup mati untuk berjuang. -chua jui meng-


Kehilangan tiga darjah kebesaran negeri Johor yang ditarik balik oleh Sultan Johor bukannya satu pengorbanan besar dalam perjuangan menuntut perubahaan demi memastikan Malaysia yang adil untuk semua, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng.

“Ramai daripada rakan seperjuangan saya telah membuktikan keteguhan menuntut perubahaan sehingga terpaksa merengkok dalam penjara.

“Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,” kata Chua pada sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara hari ini.

Justeru, katanya dia sebenarnya amat bertuah.

“Saya yakin Umno pastinya kesal dengan tindakan mereka untuk menggangu saya. Sebaik sahaja pengumuman penarikkan tersebut, sokongan rakyat terhadap saya datang mencurah-curah terhadap saya dan Keadilan.”


Sokongan itu menurut Chua membuktikan bahawa rakyat juga menolak politik kebencian yang selama ini menjadi sebahagian daripada kerajaan Umno.

“Mereka (rakyat) juga menzahirkan hasrat untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN yang terbukti muflis idea untuk memacu negara ini ke hadapan,”

Sehubungan itu, kata Chua, beliau akan memulang ketiga-tiga pingat yang dikurniakan oleh Almarhum Sultan Iskandar.

Ketiga-tiga pingat tersebut adalah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ), Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) dan Pingat Ismail Sultan (PIS).

Katanya, surat rasmi mengesahkan bahawa darjah kebesarannya (DPMJ dan SPMJ) itu ditarik balik diterimanya pada 15 Jun lalu dan tiada alasan berhubung penarikan berkenaan diberikan.

"Saya ada mengingatkan beliau (Abdul Rahim) semasa perbualan telefon bahawa saya juga dianugerahkan PIS dan bertanya adakah beliau turut mahukan pingat itu juga. Beliau berkata ya,"

"Saya dengan berlapang dada akan menghantar balik (pingat itu) kepada istana. Ketiga-tiga pingat itu saya akan pulangkan kepada Istana Johor,"
Chua berkata tindakan berkenaan hanya memperkukuhkan iltizamnya untuk bersama Pakatan Rakyat dan berjuang untuk memastikan negara terus maju dan diselamatkan daripada gejala rasuah yang berleluasa sekarang ini.

“Sepertimana dalam permainan bolasepak, rakyat tahu siapa di antara pemain yang bermain secara jujur atau tidak. Manakala pada tahun 2008, rakyat melayangkan kad kuning, saya pasti pada tahun 2012, rakyat akan melayangkan kad merah kepada Umno-BN,”

Ditanya perasaan beliau susulan penarikan pingat tersebut Chua berkata beliau menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

"Saya tidak marah dan saya akan serahkan (kepada Istana). Perjuangan rakyat lebih besar daripada martabat yang saya dapat.

"Saya akan serah pingat itu tapi saya tidak akan menyerah (kalah) untuk membuat reformasi," katanya sambil menambah tidak perlu tergesa-gesa untuk menyerahkan pingat tersebut.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan barisan kepimpinan Wanita PKR yang turut memberi sokongan kepada Chua berhubung isu terbabit.
Chua yang juga bekas menteri kesihatan pada awal bulan ini dihubungi setiausaha Istana Johor supaya memulangkah semua darjah kebesaran negeri itu.

Beliau juga adalah bekas ahli parlimen Bakri selama empat penggal merupakan naib presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu pada 2008 apabila gagal merebut jawatan presiden. Beliau mengganggotai PKR pada 2009.

Chua bagaimanapun masih mengekalkan gelaran Datuk memandangkan beliau menerima dua lagi darjah kebesaran daripada Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003 yang membawa gelaran tersebut.

Selain Chua, tiga lagi individu turut ditarik balik anugerah darjah kebesaran mereka dari Istana Johor iaitu pengembara Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, adik ipar Sultan Johor, Kommander Shaftdean Lufty Rushdan dan peguam Hassan Yunos.

rakyat perlu lebih terbuka berkenaan judi bola -pj-


Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan tindakan kerajaan yang masih mempertahankan keputusan untuk menghalal dan merelakan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak adalah tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Menurut beliau sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan perpecahan rumahtangga dan bebanan hutang yang besar.

Beliau menyatakan kini umat Islam khususnya dapat melihat betapa dangkal dan sekularnya pemikiran pemimpin umno. Apakah pemimpin umno tidak tahu bahawa mana-mana bentuk ‘pertaruhan’ adalah sebahagian daripada judi yang diharamkan secara qat’ei oleh Qur’an? Soal Beliau.

Beliau menegaskan agar seluruh pemimpin umno agar kembali merujuk Al Quran Karim, Allah menyebutnya secara nyata bersama-sama dengan arak untuk dijauhi – ‘Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berhala,dan tenung nasib itu adalah keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu menjauhinya, mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan”. ( Al Maidah 90 )

Beliau mempersoalkan pemmpin umno adakah ketika berdepan dengan dalil-dalil Al Quran pemimpin umno boelh membahagi-bahagikan judi kepada judi haram dan judi halal? Mengapa pula pertaruhan wang sempena Piala Dunia 2010 dianggap halal dan boleh dipertimbangkan untuk diberi lesen?! Apakah alasan “mengelakkan pertaruhan serta perjudian ‘tidak berlesen’ “ di negara ini boleh diterima di sisi Syariat Islam?!

Justeru itu beliau menyeru agar seluruh rakyat berpaling dari pemimpin-pemimpin umno yang sengaja mahu membawa rakyat Malaysia kearah kemurkaan Allah SWT, Langkah pihak kerajaan umno memperkenalkan lesen judi sukan dalam Negara ini adalah satu tindakan yang menyimpang dari ajaran islam bahkan akan menambahkan penyakit sosial yang kronik di kalangan rakyat Malaysia kini.

Friday, June 18, 2010

ahli pemuda saudara baru meninggal dunia.

AL-FATIHAH
salah seorang saudara baru(bangsa cina), ahli pemuda pas kaw teluk intan meninggal dunia.
Sdr rahman ong, hilang semenjak beberapa hari lalu dan mengikut sumber ditemui di tepi sungai dan hasil bedah siasat didapati beliau mati lemas tanpa kesan pukulan atau pergelutan.

beliau yang pernah belajar di salah sebuah sek agama di negeri kelantan dan tidak tinggal akan program jemaah pas malah beliau juga bergiat aktif didlam jemaah tabligh.

beliau kini masih berada di bilik mayat hospital teluk intan, beliau dibawa ke hospital selepas beliau ditemui orang ramai dan mayat diserah kepada polis.
lebih kurang pukul 6 petang mayat dibawa ke hospital teluk intan untuk dibedah siasat dan akan dimandikan selewat-lewat seawal 7 pagi esok.
bagi kenalan yang mengenali beliau, minta hadir beramai-ramai untuk solat jemaah di masjidut taqwa padang tembak, dianggarkan pada pukul 8.30 pagi.

sebarkan...

Wednesday, June 16, 2010

pemuda pas negeri kecam tindakan adun melompat


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan tindakan tidak bermoral K. Keshvinder Singh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar daripada DAP yang telah mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang dilihat telah mengkhianati amanah rakyat dan tidak layak menjadi Yang Berhormat dengan tindakkannya tersebut.

DPPN Pk mendesak agar Keshvinder meletak jawatan jika beliau benar-benar menghormati rakyat yang telah memilihnya. DPPN Pk juga mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindakkan tidak bermoral yang telah dilakukan oleh Keshvinder tersebut yang memungkinkan gejala rasuah berlaku.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

hari ini mula boikot barang kawalan


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan usaha MCA untuk menjadi perantara bagi menyelesaikan isu perlesenan runcit dengan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia.

Beliau berkata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mampu membantu kementerian menangai masalah itu dengan menemui para peniaga terbabit.

"Seramai 15,000 peniaga sudah memohon lesen menjual barangan keperluan, maka ia sepatutnya tidak menjadi masalah kepada pengguna untuk membeli barangan terbabit atau kekurangan bekalan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.

Peniaga-peniaga yang menganggotai Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia akan berhenti menjual gula, minyak masak dan tepung gandum mulai hari ini kerana tidak setuju dengan langkah kerajaan memperkenalkan lesen runcit untuk tiga barangan kawalan itu.

Presidennya Lean Hing Chuan berkata persekutuan itu telah mendapat persetujuan daripada kebanyakkan persatuan peruncit Cina yang dianggarkan berjumlah 20,000 peruncit dari seluruh negara.

"Kita akan mula berhentikan penjualan barang itu mulai hari ini kerana semalam adalah hari terakhir kita akan jualkan semua barang itu sehingga habis," katanya.

Lean berkata peruncit termasuk dari Sabah dan Sarawak juga menyokong boikot itu kerana mereka semua beranggapan penjualan ketiga-tiga barangan tersebut tidak memberi keuntungan yang banyak.

Ditanyakan mengenai kesan tindakan mereka, beliau berkata mereka tidak akan kerugian kerana penjualan barangan berkenaan tidak menjejaskan mereka dan menguntungkan serta membebankan peniaga terbabit.

takziah buat keluarga mantan timb presiden pusat -presiden-


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hj. Hassan Shukri ke rahmatullah pada petang hari Isnin 14 Jun 2010.

Sumbangan Almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan. Almarhum adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil. Sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh Almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah. Biar pun Almarhum meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini.

Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi saya merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai, pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT ini. Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, InsyaAllah.


DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Tuesday, June 15, 2010

takziah buat keluarga mantan timb presiden pusat -pj perak-


PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Al
Fadhil Ustaz Hassan Shukri ( Mantan Timbalan Presiden PAS Pusat)
diatas pemergiannya kerahmatullah.

Sesungguhnya bagi PAS Perak pemergian Al Marhum adalah satu kehilangan besar buat PAS . Beliau merupakan individu yang telah mewakafkan dirinya untuk perjuangan Islam semenjak dari usia mudanya lagi.

PAS Perak melihat, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi PAS, tetapi Almarhum telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT.

Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin.

Salam Takziah

Ustaz Abu Bakar bin Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK )

jenazah selesai dikebumikan



Jenazah bekas timbalan presiden PAS, Hassan Shukri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Taman Selaseh 2, Gombak di Kuala Lumpur pada jam 9.55 pagi.

Tanah perkuburan itu terletak kira-kira tiga kilomreter dari rumahnya di Taman Melewar.

Kira-kira 300 orang hadir ke tanah perkuburan ini termasuk beberapa pemimpin PAS, antara mereka Idris Ahmad, Mujahid Yusuf dan Hanipa Maidin.

Sebelum itu, lebih 500 orang menunaikan solat jenazah bekas tokoh PAS itu di tanah lapang di hadapan rumahnya.

Ia diimami oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Sebelum majlis solat jenazah bermula, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turut hadir kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.

Ramai pemimpin PAS hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hadir pada majlis solat berkenaan.

Sebelum menjadi timbalan Presiden PAS, Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung parti itu.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

berkhidmat hingga ke saat akhir -presiden pas-


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ustaz Hassan Shukri adalah merupakan kutubkhanah organisasi dan perlembagaan PAS, terus berkhidmat dengan parti hingga ke saat beliau menemui Tuhan Rabbul Jalil.

Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga, ahli PAS, seluruh pendukung dan pejuang Islam yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Ustaz Hassan ke rahmatullah pada petang semalam.

Menurutnya, sumbangan almarhum kepada perjuangan Islam di Malaysia dan dunia Islam tidaklah dapat diungkapkan dengan catatan tulisan yang memenuhi penulisan sejarah yang pernah dibukukan.

Beliau menambah, sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh almarhum akan terus berdenyut dalam PAS, merupakan satu contoh kepimpinan parti yang gigih dan istiqamah di kala senang dan susah, untuk memimpin ahli dan seluruh warga parti tanpa mengenal jemu dan lelah.

“Biar pun almarhum meninggalkan kita, tetapi jadikanlah ceramah, taklimat, perbualan beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan Islam di muka bumi ini,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS, sekali lagi beliau merakamkan jutaaan takziah dan berharap seluruh keluarga, sahabat handai, pendukung dan penyokong PAS di serata tempat agar dapat bersabar dengan ketentuan Allah SWT itu.

“Saya berdoa semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solihin dengan izin Allah SWT, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, jenazah Ustaz Hassan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selasih 2, Gombak kira-kira jam 10.25 pagi ini.

Sebelum itu, jenazah disolatkan di pekarangan Markas Tarbiah PAS Taman Melewar yang diimamkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi yang disertai pimpinan utama PAS termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama kira-kira 5,000 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut serta.

Saturday, June 12, 2010

kenangan muktamar penuh pemuda kali ke-51

setelah selesai perasmian muktamar yang dirasmikan tuan guru mursyidul am di putik sampai lah masa untuk muktamar penuh dewan-dewan yang diadakan berasingan.
muktamar pemuda pas pusat kali ke 51 kali ini diadakan di kelantan trade centre(ktc) yang dihadiri wakil pemuda pas setiap kaw.
muktamar kali berbanding dengan tahun-tahun yang lain kerana perwakilan bertambah banyak dan banyak perkara untuk disentuh.
muktamar pemuda yang bermula seawal 9.00 pagi dan berakhir jam 12.30 malam.


perwakilan pertama bagi mewakili pemuda pas kaw ke muktamar pemuda pas pusat kali ke-51
deligasi membawa perubahan.


setiausaha pemuda pas kaw teluk intan bergambar bersama timb ketua pemuda pas pusat.


ucaptama ketua pemuda pas pusat
(ust nasruddin tantawi)



saf pimpinan pemuda pas pusat.

dari kiri pemangku ketua pemuda(sdr samsuddin mahmood), sdr sahrul iman(ketua unit jabatan amal kawasan teluk intan), sdr muhammad mahyuddin(setiausaha pemuda pas kaw teluk intan) dan kanan sdr mohd nur basyir(penerangan pemuda pas kaw teluk intan)

perwakilan pemuda teluk intan.



pasti perak mendapat yang terbaik bagi zon b
di atas gambar timbalan ketua pemuda pas perak sedang memegang sijil anugerah pasti terbaik.



antara yang turut hadir sebagai tetamu pada muktamar pemuda kali ke-51
yang bertempat di kelantan trade center kota bahru kelantan darul naim.




perasmian buku yang dihasilkan ust ridwan mohd noor
(diatas adalah salah satu karya hasil beliau)

persmian barang-barang kopasti(koperasi pasti)


ust nasruddin tantawi sedang menunjukkan 2 minyak wangi baru keluaran tg4all
mecca warna merah khas untuk lelaki dan putih medinna khas untuk perempuan
ust nik abduh nik abd aziz sebelah beliau pengasas tg4all sedang memerhatikan perasmian.




perasmian minyak wangi baru keluaran tg4all
pertama kali minyak wangi yang mempunyai campuran air zam-zam...



ketua pemuda pas perak
(ust zawawi hassan)




wakil pemuda pas negeri perak membahaskan ucaptama ketua pemuda.



jamaluddin ilyas sedang menceritakan dan memberi semangat juang kepada muktamar dalam misi yayasan amal.
`kalau lah ada panggilan pada hari ini untuk sana lagi, saya akan kesana`




wakil hamas menceritakan apa yang berlaku sebenar di ghaza dan perjungan hamas sehingga ke hari ini kepada muktamirin.

Thursday, June 10, 2010

SELAMAT BERMUKTAMAR DEWAN PEMUDA


suasana di sebelah malam hari pertama muktamar yang diadakan di putik
semperna perasmian muktamar dewan-dewan yang dirasmikan oleh
yab tuan guru nik abd aziz nik mat
( mursyidul am pas)




perwakilan pemuda pas kawasan teluk intan semperna perasmian muktamar kali ke-51




perasmi tiba selepas menerima perbarisan dan tabik hormat dari unit amal.




semua berdiri bagi menghormati lagu negaraku dan lagu tema pas

dan dikuti wakil dari pas pusat
( datuk mustapha ali)
- su pas pusat -




perasmi
(tuan guru nik abd aziz nik mat)
buat kali pertama nya dewan-dewan menerima perwakilan dari kaw2 dan buat julung kalinya diadakan perasmian serentak...




putik suasana diwaktu malam menjadi gambaran kepada mereka yang masih belum samapai ke sini.
masih belum terlewat semestinya boleh sertai pada hari jumaat ini.
hadir beramai-ramai...


Tuesday, June 08, 2010

tingkatkan tekanan -suhaizan-


dipetik dari blog rasmi ketua penerangan pemuda pusat yang merupakan setiausaha gmj



TINGKATKAN TEKANAN UNTUK MEMANSUHKAN JUDI SUKAN

Jawapan bertulis Kementerian Kewangan di Parlimen berhubung lesen judi telah menyatakan bahawa kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terma pelesenan dengan syarikat terbabit bagi menjalankan operasi pertaruhan di negara ini. Kerajaan sedang mendapatkan maklum balas dan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di negara ini.Walaubagaimana pun menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.

Secara ringkasnya telah memberi maksud bahawa lesen judi sukan sememangnya telah lama diluluskan tetapi masih dalam perbincangan untuk menganugerahkan kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. Kerajaan sedang menunggu maklum balas daripada pelbagai pihak sebelum menganugerahkan kepada syarikat terbabit.

Tindakbalas daripada rakyat seperti ceramah, demontrasi, penyerahan memorandum, halangan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan telah memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat tidak bersetuju dengan kelulusan lesen judi sukan yang telah lama diluluskan oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan bukan sahaja perlu membatalkan hasrat untuk memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd malah wajib membatalkan lesen judi sukan sepenuhnya.

Sebenarnya tekanan rakyat ini telah berjaya menghalang pihak kerajaan memberi kebenaran kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd menjalankan operasi judi sukan semasa kejohanan bola sepak piala dunia yang akan berlansung pada 11hb Jun 2010. Ini merupakan kejayaan 50% rakyat Malaysia untuk memansuhkan judi sukan. Tahniah rakyat Malaysia !. Rakyat Malaysia perlu melaksanakan baki 50% lagi usaha mendesak pihak kerajaan memansuhkan judi sukan yang telah lama diluluskan melalui Himpunan 100 Ribu pada sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang di Kuala Lumpur. Tekanan ini perlu dipertingkatkan bagi mempastikan pecutan terakhir ini berjaya memansuhkan judi sukan yang boleh membawa kesan buruk khususnya kepada anak-anak muda di negara ini.

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) bersedia pada bila-bila masa menyahut seruan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk memberikan pandangan kepada pihak kerajaan bagi membenteras perjudian tanpa lesen yang berleluasa di negara ini. Walaubagaimana pun bukanlah pendekatan yang bijak bagi sebuah kerajaan yang kononya sebuah negara Islam meluluskan judi sukan yang bertentangan dengan semua agama di dunia ini.


Suhaizan Bin Kaiat

Setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ)

kerajaan sanggup pertaruh apa sahaja daripada malu kepada rakyat.


Bilamana syarikat perjudian sukan sanggup menyerahkan RM 525 juta kepada kerajaan, apakah ini merupakan habuan yang dijanjikan sehingga kerajaan sanggup menganugerahkan lesen perjudian tersebut, walau mendapat bantahan dari pelbagai pihak? Apakah ini elemen rasuah yang dijanjikan oleh syarikat tersebut, bagi mendapat lesen besar mangaut keuntungan hasil pertaruhan judi itu? Kalau inilah asas yang kerajaan BN fikirkan, bagaimana nanti kalau syarikat pengurusan pelacuran pula memohon lesen dan sanggup memberikan kepada kerajaan jauh lebih besar dari itu. Apakah ianya juga akan diluluskan oleh kerajaan?

Ternyata dalam kesempitan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan sebelum muflis pada tahun 2019, kerajaan BN akan melakukan apa sahaja; tanpa mengira apakah ianya halal dan baik untuk rakyat atau haram yang mengundang kehancuran moral rakyat. Apa yang malang bagi umat Islam negara ini ialah pengisytiharan pengurniaan lesen dilakukan oleh orang Islam, manakala yang mengisytiharkan pengharaman pula Lim Guan Eng yang bukan Islam. Ini juga agaknya antara tanda-tanda kiamat.

Dalam keghairahan kita membantah kekejaman Israel dan kehebatan 12 orang yang ditahan Israel, jangan pula Najib yang jadi juara. Sikap mengambil kesempatan dengan peristiwa besar ini jangan pula kita melupai bahawa negara sedang berhadapan dengan kemelut lesen perjudian yang akan menghancurkan moral rakyat. Sikap UMNO/BN yang seolah-olah ‘memekakkan’ telinga dengan bantahan dari pelbagai pihak, nampaknya tidak banyak beza dengan sikap Israel yang memekakkan telinga dengan bantahan seluruh dunia. Apakah ini kaeadah yang dinasihati oleh APCO kepada pihak kerajaan?

Kita juga jangan lupa dalam keghairahan menyokong usul dalam Parlimen bagi menyokong kecaman ke atas Israel, negara baru kehilangan dua blok L dan M kepada Brunei - bagaimana kawasan yang sangat bernilai boleh diserah begitu sahaja. Dan apa pula yang terjadi dengan tanah KTM di Singapura? Rakyat perlu tahu dan kerajaan jangan cuba menutup isu besar ini dengan mengambil kesempatan di atas kemarahan rakyat kepada Yahudi laknatullah.

PAS menyokong sebarang tindakan kecaman dan usaha mengheret Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa. Negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel mesti memutuskan hubungan segera; termasuk Turki. Semua tindakan biadab Israel mesti ditentang. Tapi jangan keghairahan kita membantah sehinga lupa apa sebenarnya sedang berlaku dalam negara yang cuba ditutupi oleh kerajaan BN.

perlu hukuman yang sesuai untuk gejala rasuah


Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) amat berharap agar kerajaan melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius serta mengambil satu tindakan yang drastik terhadap kes rasuah yang semakin menjadi barah. Ini berdasarkan kepada laporan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman bahawa seramai 418,200 atau 41 peratus penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah pada tahun lalu. Ini merupakan satu angka yang amat mengejutkan. Kemudiannya antara 1,000 ke 2,000 penjawat awam didapati memalsukan atau cuba mengubah jumlah asal cuti sakit pada sijil cuti sakit.

Rata-rata umumnya tahu bahawa majoriti penjawat awam terdiri daripada orang berketurunan melayu yang beragama Islam. Dimanakah silapnya sehingga mereka tergamak melakukan perbuatan rasuah? Apakah mereka tidak boleh menilai buruk baiknya rasuah itu? Bukankah rasuah satu perbuatan yang berdosa? Ataupun rakyat Malaysia sudah hilang rasa sensitif terhadap rasa dosa dan haram

DPPP mendesak agar SPRM lebih efektif dalam menangani isu ini kerana Malaysia yang diwar-warkan sebagai negara Islam sepatutnya malu dengan hasil kajian ini. Perlunya undang-undang baru berkaitan rasuah digubal dengan segera demi memastikan gejala ini tidak berterusan dan merosakkan serta menjahanamkan ekonomi negara. Kalau negara China boleh menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah rasuah, kenapa Malaysia tidak mahu melaksanakan satu undang-undang yang lebih berkesan bagi membasmi gejala ini.

DPPP juga berharap agar SPRM lebih telus dalam menjalankan tugas supaya sebarang kes-kes berkaitan rasuah dapat disiasat tanpa ada rasa prejudis. Dengan ini SPRM dapat menjalankan tugas tanpa sebarang tekanan dari pihak kerajaan mahupun swasta serta tidak dipertikaikan lagi integrtinya oleh rakyat Malaysia



Disediakan oleh





HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI

KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Sunday, June 06, 2010

vincent tan rayu pakatan rakyat jngan berkeras


Jutawan Tan Sri Vincent Tan hari ini merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya “bersikap adil” dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.

Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

“Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini),” kata Tan.

Sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan bulan lalu, DAP mengecam kerajaan pusat mahu terus memperkayakan tokoh perniagaan itu dengan memiskinkan rakyat jelata.

Tan (gambar) juga berkata, beliau akan mendermakan hasil daripada jualan antara Ascot Sports Sdn Bhd dan Berjaya Corporation Berhad kepada Better Malaysia Foundation.

Di bawah urus niaga itu, Tan akan menjual 70 peratus pegangan dalam Ascot kepada Berjaya Corporation Berhad dan sebanyak RM525 juta daripadanya akan disalurkan kepada badan kebajikan itu.

“Saya tidak akan menerima apa-apa daripada urus niaga ini,” kata Tan yang merupakan Pengerusi Berjaya Corporation Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Malah, beliau juga menolak tanggapan bahawa pulangan daripada jualan itu akan pergi kepada faedah parti pemerintah kerajaan persekutuan.

“Ini tuduhan tidak masuk akal sama sekali,” kata Tan yang mengecam blogger Raja Petra Kamarudin tanpa menamakan beliau, yang menimbulkan isu berkenaan.

Malah perkara itu turut ditekankan oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini, mendakwa kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan kepada Kumpulan Berjaya sebagai “ganjaran” atas bantuan kewangan yang didakwa telah diberikan syarikat itu semasa pilihan raya.

“Saya percaya Perdana Menteri meluluskan lesen judi ini atas sebab terhutang budi dengan Kumpulan Berjaya yang telah menyokong BN dalam 11 pilihan raya kecil yang lepas.

“Ini kerana banyak duit yang dibelanjakan sebahagian besar daripada duit itu besar kemungkinan datangnya daripada Kumpulan Berjaya dan sebagai ganjaran maka diberikan lesen ini,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Membantah Judi di pekarangan kompleks membeli-belah Sogo dekat sini petang tadi.

Dalam kenyataannya, Tan berkata, beliau akan menggunakan kesemua ruang yang ada untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri mempertimbangkan semula pendirian sebelum mengambil tindakan susulan mereka.

Bagaimanapun beliau mendedahkan bahawa sehingga 75 peratus operasi akan dikenalikan menerusi “pertaruhan telefon.”

“Kini ada 5,000 laman web online, bagaimana ia boleh dihalang?” kata Tan sambil berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah keputusan menghalalkan pertaruhan judi sukan.

“Apakah mereka tidak boleh membuat pertaruhan?” katanya dengan menyindir tindakan PAS dan DAP mengesploitasikan isu ini bagi kepentingan politik mereka.

Tan juga memberitahu, pulangan daripada pertaruhan haram dianggarkan di antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun.

Akibat pertaruhan haram itu katanya, kerajaan kehilangan 10 peratus hasil dalam bentuk cukai, yang dianggarkan bernilai antara RM2 bilion hingga RM3 bilion.

Justeru Tan berkata, pulangan ini akan membantu kerajaan yang sedang memikirkan untuk mengurangkan subsidi, yang turut membebankan pihak berkuasa dengan hutang.

Malah katanya, ramai yang tidak menyedari bahawa pengendali pertaruhan haram bergandingan dengan Ah Long, yang turut membebankan orang ramai.

“Ini yang menyebabkan orang ramai berhadapan dengan masalah,” kata Tan yang bermula sebagai ejen insurans dan kemudian meluaskan rangkaian perniagaan dengan perkhidmatan makanan segera McDonald’s.

Berjaya Corporation juga terlibat dalam perniagaan hartanah.

derma untuk menghalalkan judi -ketua penerangan pemuda pusat-



DERMA RM525 Juta : GULA-GULA MENGHALALKAN JUDI SUKAN

Tan Sri Vincent Tan melalui laporan media akan mendermakan wang sebanyak RM525 juta untuk tujuan kebajikan. Derma ini akan disalurkan melalui Yayasan Better Malaysia Foundation. Wang ini diperolehi daripada penjualan kepentingan dalam Ascots Sport bulan lepas. Beliau juga menafikan telah menaja ahli atau parti politik sebagai balasan terhadap kerajaan yang meluluskan lesen judi sukan.

Tan Sri Vincent Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan bayaran RM525 juta. Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran daripada kelulusan lesen judi sukan ini. Negara terpaksa membayar kerosakkan ini dengan nilai yang jauh lebih besar daripada derma yang akan disalurkan. Beliau juga seolah-olah cuba mempositifkan minda rakyat terhadap judi sukan melalui bayaran ini.Jika rakyat Malaysia hanya memikirkan keuntungan semata-mata sudah tentu akan terpukau dengan wang derma seumpama ini.

Tan Sri Vincent Tan jangan mementingkan diri sendiri untuk hidup kaya raya di negara ini hasil kemusnahan hidup rakyat Malaysia. Semua rakyat Malaysia mahu hidup dengan aman damai dalam negara ini. Sukan judi yang lesennya diluluskan oleh kononnya sebuah negara Islam bernama Malaysia boleh meroskkan minda rakyat. Rakyat akan merasa malas berkerja, suka bergantung pada nasib, hutang akan bertambah, hidup akan melarat dan akhirnya terjerumus dalam lubuk jenayah. Judi sukan boleh membawa kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah. Akhirnya rakyat yang tidak bersalah menerima mangsa. Apakah Tan Sri Vincent Tan sanggup melihat rakyat Malaysia melarat akibat judi sukan?

Tan Sri Vincent Tan jangan fikir rakyat Malaysia termakan dengan guka-gula RM525 juta yang ditabur atas nama kebajikan. Tidak ada rakyat yang hidup bahagia kaya raya hasil daripada judi kecuali syarikat judi sahaja yang kaya raya seperti beliau. Duit yang dikaitkan dengan judi tidak boleh membawa manusia hidup bahagia. Gerakan Rakyat Membantah Judi(GMJ) akan berkempen seluruh negara membantah lesen judi sukan sehingga lesen ini ditarik balik. Saya menasihatkan kepada Tan Sri Vincent Tan agar menyerahkan duit derma tersebut kepada pihak yang meluluskan lesen judi tersebut. Barangkali mereka memerlukan.

Suhaizan Bin Kaiat
Setiausaha
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ)

pemimipin islam mula sedar dan buka mata -presiden-


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sejak tragedi serangan ganas komando rejim Israel terhadap sukarelawan yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan Gaza Isnin lalu telah berjaya membuka mata pemimpin-pemimpin orang Islam.

“Alhamdulillah, tanda-tanda yang menunjukkan negara orang Islam mula hendak sedar dan insaf. Mudah-mudahan, Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin orang Islam supaya balik ke pangkal jalan,” ujarnya ketika merasmikan Kembara Tarbawi 4WD Ke Blok 6 Air Putih, Kemaman di Rusila.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, tindakan kejam tentera Israel itu juga turut menguji kekuatan umat Islam secara amnya.

Ini, katanya kerana bangsa Yahudi juga bercita-cita untuk menakluki wilayah Palestin serta menjadi kuasa besar dunia yang berpusat di Israel.

Tambah beliau, penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan.

Pertama, katanya orang Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.

Mereka juga, katanya berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w.

Rukun ketiga, jelasnya bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya.

“Keempat, mereka menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Kepada kita orang Islam, al-Maseh ialah ‘dajjal’ yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w.,” jelasnya.

Beliau juga menjelaskan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama bagi umat Islam kini menjadi rebutan dengan bangsa Yahudi.

Ekoran itu, katanya, orang Yahudi bertindak ganas dengan merampas tanah-tanah umat Islam di Palestin serta mengorek di sekeliling Masjidil Aqsa.

Justeru, beliau menegaskan bahawa tidak ada lagi rundingan atau perbincangan dengan negara haram Israel yang berhasrat untuk menakluk dunia.

“Hari ini, saya pakai baju ‘peluru’ bukan hendak berperang di sini. Tetapi hendak jadi simbol bahawa kita tidak boleh ajar Israel melainkan dengan peluru.

“Tidak ada lagi rundingan, tidak ada lagi perbincangan dengan negara yang berhasrat meluaskan wilayah mereka di seluruh dunia.

“Kita hendaklah mendidik diri kita menjadi umat yang kuat, umat yang gagah, umat yang bersedia untuk mati bagi menegakkan agama Allah SWT,” tegasnya.

himpunan kemarahan umat islam terhadap zionis


Puluhan ribu membanjiri Perarakan 'Mengutuk Zionis Yahudi Laknatullah' Pakatan Rakyat (PR) di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah Tentera Israel terhadap 'Flotila Misi Bantuan Kemanusiaan' pro-Palestin Isnin lalu. Jemaah sebelum itu berkumpul dan membanjiri Masjid Jamek Kg.Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke Kedutaan U.S di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer. Dipimpin Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar dengan dibantu oleh pihak polis serta Unit AMAL Malaysia mengawal perarakan. Majlis serahan memorandum dilakukan oleh rombongan yang dianggotai oleh wakil daripada setiap parti komponen PR iaitu dengan diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim (PKR), YB Lim Kit Siang (DAP) dan Ust. Nasarudin Mat Isa (PAS). Rombongan berjaya memasuki kedutaan untuk menyerahkan memorandum atas desakan ramai berbanding hanya menerimanya sekadar di pintu pagar sahaja. Sementara menunggu rombongan itu keluar, perhimpunan diluar kedutaan tidak kurang hebat dengan dihangatkan oleh Ust. Ridzuan Md.Noor (EXCO PEMUDA PAS Pusat) menjadi pengantara pemidato. Antara pemidato yang memanaskan suasana tengahari itu ialah Ust.Idris Ahmad (Penerangan PAS Pusat), Ust.Nasruddin Hassan At Tantawi (Ketua PEMUDA PAS Pusat), YB Sallehuddin Ayub (MP Kubang Krian), YB Dr.Hatta Ramli (MP Kuala Krai), Abg.Mat Sabu (AJK PAS Pusat), Dr. Mahfoz (Naib Ketua Dewan Ulama'), Syamsul Iskandar (Ketua AMK), Mustapha Kamil Ayub (Naib Presiden PKR), Cikgu Bad (MKT PKR), Ust.Norazli Musa (DPP Perak) dan Ust.Sallehuddin Nasir (YDP Gombak). Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 petang tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini. Kemudianya rombongan itu tadi menyampaikan pidato dengan dimulai oleh YB Lim Kit Siang diikuti dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disudahi dengan Ust.Nasarudin Mat Isa serta bacaan doa oleh beliau. Kemudiannya semua bersurai dalam keadaan aman dan tanpa kejadian yang tidak diingini.

Saturday, June 05, 2010

DPPKTI MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA MENGHALALKAN LESEN JUDI BOLA.

saya merasa cukup bangga dengan demo jalanan yang diadakan semalam kerana apa yang saya dapat lihat pada himpunan aman cukup luar biasa walaupun perjalanan agak jauh, daripada masjid kg baru sehingga berhadapan masjid tabung haji iaitu di kedutaan as bagi saya ini satu petanda yang baik, ini dapat saya lihat sendiri semangat yang ditunjukkan umat islam cukup berbeza dan tidak lupa sokongan dari masyarakat bukan islam. ini adalah kesedaran dan perkara yang di tunggu-tunggu buat umat islam apabila sikap sensitif terhadap pekara yang berkaitan agama dapat ditonjolkan semalam. tidak lupa kepada kaum yang lain yang sama-sama faham akan keburukan rejim israel sekali gus dapat menunjukkan kebencian terhadap kekejaman israel mewakili agama dan kaum masing-masing.

saya juga mewakili pemuda pas kawasan teluk intan dengan ini mengajak semua untuk menunjukkan lagi sekali bantahan terhadap apa yang akan diluluskan oleh kerajaan yang akan menyebabkan keharmonian negara terjejas.
dengan ini saya menegaskan pemuda pas teluk intan menolak sekeras-kerasnya lesen judi bola yang di wujudkan kerana tidak sesuai dengan budaya dan agama negara ini.
bukan sahaja umat islam membantah perjudian seperti ini malah saya yakin kebanyakan agama juga tidak mengizinkan judi ini diadakan kerana merosakkan kehidupan setiap keluarga.

pemuda pas teluk intan menyeru agar semua membuka mata dan minda untuk sama menyatakan kemarahan dengan menyertai demo pada 3 hb julai nanti yang akan diadakan di ibu negara bagi membantah sekeras-kerasnya judi ini dan meminta agar kerajaan menghentikan hasrat mereka untuk membenarkan lesen ini dijalankan sekali gus dimansuhkan serta merta dari muka bumi malaysia ini.
pemuda teluk intan juga dengan ini meminta semua mengeluarkan sedikit tenaga bagi menyedarkan masyarakat akan keburukan yang akan dihadapi kelak terutama jenerasi akan datang. dengan ini jadikan isu judi bola ini sebagai isu bualan di masjid, kedai kopi dan semua tempat bagi menyedarkan mereka-mereka diluar sana terutama mereka yang berada di sekitar teluk intan ini.
agar mereka tidak lah terasa tertipu dengan media arus perdana yang hanya pandai mengadakan cerita sedangkan perkara yang sepatutnya kurang di jelaskan kepada masyarakat.
pemuda berharap perkara ini diperbesarkan khususnya kepada mereka yang masih bersama umno dan bn kerana ini lah bukti tangan-tangan pimpinan mereka yang menghalalkan perkara dan benda yang haram.

dewan pemuda dengan ini akan mengambil pendekatan untuk menerangkan kepada rakyat khususnya yang berada di sekitar teluk intan.
pemuda amat berharap rakyat bangun untuk memperkatakan sesuatu sebagai tanda bantahan! mari bersama kami bagi menunjukkan bantahan dengan pelbagai cara di kawasan teluk intan dengan mendesak kerajaan agar memberhentikanya...

MOHD NUR BASYIR BIN SEMANON
(KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS KAWASAN TELUK INTAN)

Thursday, June 03, 2010

kenyataan media -KETUA PENERANGAN PAS PERAK-


Dua hari lepas PM 1Malaysia telah mengumumkan sedikit rombakan kabinet seperti yang dijangkakan oleh banyak pihak. Namun pengumuman Najib bagi saya ternyata tidak menggembirakan banyak pihak apabila dari 9 orang yang dilantik itu, lima dari mereka adalah senator dan hanya dua anggota parlimen dilantik sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru.

Paling tidak menggembirakan lagi apabila 3 ahli parlimen Umno yang digugurkan tetapi tidak mendapat liputan yang meluas, dan semacam ingin disembunyikan. Mereka yang digugurkan itu ialah Datuk Hamzah Zainuddin,Datuk Johari Baharum dan Datuk Razali Ibrahim.

Berhubung dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan :-
1. Tindakan Najib menambah koleksi Menteri dan timbalan menteri dikalangan bukan Ahli Parlimen iaitu senator yang dilantik adalah bukti nyata bahawa beliau telah menafikan hak rakyat yang memilih wakil rakyat yang sepatutunya didahulukan dalam memilih mereka sebagai anggota kabinetnya.

2. Perkara serupa juga dilakukan oleh beliau apabila mengepalai kudeta di Perak dengan menafikan hak rakyat memilih dan menentukan kerajaan negeri tetapi dinafikan dengan menculik dan membeli wakil rakyat. Keharmonian hidup bermasyarakat dan berpolitik di Perak sesungguhnya telah dirosakkan oleh tindakan kudeta itu.

3. Realitinya jelas sekali bahawa Najib telah membuktikan sikapnya menafikan hak rakyat yang memilih dan menetukan mereka yang dipilih itu membentuk kerajaan. namun apabila Najib mencipta sejarah baru dengan melantik terlalu ramai senator sebagai anggota kabinetnya, sebenarnya menggambarkan kelemahan kerajaan yang bukan mewakili rakyat tetapi mewakil dirinya sendiri.

4. Najib ternyata menafikan orang yang berkelayakan dalam partinya sendiri . Bayangkan ketika Ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau sudah tidak diiktiraf dengan tidak dilantik sebagai Menteri sebagaimana biasanya, namun Timbalan ketua pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Muar juga digugurkan dalam rombakan terbaru Najib.

5. Paling malang apabila semua tiga yang digugurkan adalah dari UMNO dan tidak diganti dengan pemimpin UMNO. Najib ternyata mengadai prinsipnya demi untuk mengambil hati bangsa lain tetapi bagi saya tindakannya sudah terlambat dan sudah di penghujung senja.

6. Oleh itu saya mengesyorkan kepada semua Ahli parlimen UMNO dan pemimpin UMNO disemua peringkat dengan berani membuat bantahan di atas tindakan Najib yang menafikan hak rakyat khususnya dikalangan penyokong UMNO yang telah memilih wakil rakyat untuk mewakili partinya namun tidak dipilih menjadi anggota kabinet..

7. Begitu juga Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat mestilah membuat bantahan kerana tindakan menafikan hak rakyat tersebut bertentangan dengan semangat demokrasi yang sedia ada.

KENYATAAN MEDIA, 3 Jun 2010.

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ketua penerangan PAS Perak/
Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Wednesday, June 02, 2010

siswa dihalang serah injuksi...


Empat mahasiswa yang didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) terpaksa merempuh benteng pengawal keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) demi menyerahkan injunksi kepada naib canselor universiti itu, Prof Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Mereka yang terbabit bagaimana pun hanya dibenarkan menyerahkan surat injunksi masing-masing kepada setiausaha sulit naib canselor, Puan Norlelawati pada sekitar jam 10 pagi, iaitu lewat sejam dari waktu yang dirancang.

Menurut Hilman Idham, salah seorang yang didakwa, sepatutnya universiti boleh menghormati keempat-empat mahasiswa yang mahu menyerahkan surat injunksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ekoran insiden itu, beliau mempersoal kredibiliti kelima-lima pegawai terbabit serta Noorlelawati kerana enggan memberi layanan profesional kepada mahasiswa.

"Kenapa pegawai keselamatan universiti perlu halang kami. Injunksi ini mahkamah yang keluarkan, kenapa pula Puan Noorlelawati awalnya enggan menerima surat injunksi kami dengan mengarahkan keselamatan menghalang kami," katanya.

Tambahnya lagi, layanan universiti itu seakan tidak menghormati keputusan mahkamah terhadap kaedah universiti menggunakan Auku ke atas mahasiswa.

Ditanya tentang motif perhimpunan aman lebih 100 mahasiswa di Dataran Canselori, beliau berkata, perhimpunan tersebut adalah isyarat kepada universiti bahawa dakwaan yang dikenakan ke atas mahasiswa menggunakan Auku adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi manusia.

Bercakap pada satu sidang media yang lain, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching (DAP) berjanji untuk mengetengahkan dakwaan tidak munasabah itu pada sidang Dewan Rakyat kelak.

Baginya, Hilman bersama tiga mahasiswa yang lain, Wong King Chai, Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina berhak untuk berpartisipasi dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor memandangkan mereka masing-masing adalah calon sarjana muda Sains Politik.

Di perkarangan Dataran Canselori, menyaksikan lebih 100 mahasiswa serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman menuntut UKM supaya bersikap lebih profesional dan matang dalam menghadapi aktivitisme mahasiswa.

Semalam, selain mengeluarkan injunksi interim secara ex-parte yang menghalang pihak berkuasa tatatertib universiti memulakan proses perbicaraan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut memutuskan untuk mendengar semula kes tersebut secara inter-prates pada 17 Jun ini.

qunut nazilah buat israil dan sekutunya -TUAN IBRAHIM TUAN MAN-




Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka..

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka..

Wahai tuhan yang gagah perkasa,
Wahai tuhan yang penuh raksasa,
Wahai tuhan yang bersifat murka,
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.