Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH

Sunday, February 28, 2010

perlawanan persahabatan DPPKTI vs DPPPS

27.02.2010(sabtu) 10.10 malam berlangsung satu perlawanan futsol persahabatan antara dewan pemuda teluk intan dan dewan pemuda pasir salak bertempat di dewan futsol jalan sultan abdullah teluk intan.
kedua-dua dewan pemuda pas ini cukup semangat dan sengit pertandingan pada malam tadi.
perlawanan ini bagi mengeratkan silaturahim antara jiran-jiran kawasan yang terdekat.
mudah-mudahan dirahmati allah dan diberkati pertandingan ini untuk ukwah yang berkekalan.



bergambar(kanan-naib ketua pemuda-, tengah-s.usaha pemuda, kiri- timb lujnah) antara pemuda yang terawal sampai untuk beriadah. cukup semangat dan ada keakrabannya.







antara pemain-pemain yang turut serta. pertukaran dibuat sekiranya penat.
pertandingan begitu sengit.
pertandingan yang bermula pada jam 10.10 sehingga jam 11.10 minit ini menggemparkan stadium futsol jalan sultan abdullah.




naib ketua pemuda teluk intan(sdr. naziruddin) sedang menahan pihak lawan dalam gambar.


pelbagai aksi yang dipamerkan. akhirnya kemengan memihak pada pemuda pasir salak 7-5.
pemuda teluk intan anggap ini adalah perlawanan persahabatan dan kami memberikan kegembiraan kepada tetamu yang hadir.....
mudah-mudahan ukhwah yang terjalin dikalangan ajk ke-dua2 kawasan lebih erat dan mengenali antara satu dan lain.

Saturday, February 27, 2010

kemeriahan MAJLIS MAKAN MALAM

26.02.2010(jumaat) majlis makan malam bersama mb pilihan rakyat(ds nizar jamaluddin) mendapat sambutan yang baik di sekitar teluk intan. sebanyak 130 meja yang setiap meja seramai 10 orang dapat dijual. majlis yang dimulakan dengan kehadiran ds sekitar 8.30 malam dan diteruskan dengan beliau beramah mesra bersama mereka yang hadir, kemudian makan malam dimulakan antara menu yang menarik adalah ikan siakap, udang dan ayam madu.
selepas menjamu selera majlis diteruskan lagi dengan ucapan beberapa pemimpin pr negeri perak termasuk wakil himpunan penyokong pas.
rata-rata yang hadir berpuas hati dengan menu dan majlis tersebut walaupun ada kecelerauan kecil ketika mendapatkan meja ia adalah perkara kecil kerana ini kali pertama majlis makan malam sebesar ini diadakan.
pihak pemuda mengucapkan terima kasih dan terus bersama pas tanpa jemu.



persediaan akan majlis makan malam tersebut...



S.U DAN P.S.U pas kwsan teluk intan sedang menyiapkan kamera lcd untuk mereka yang berada di belakang lebih jelas melihat.




ds nizar meramah mesra pada semua yang hadir. gambar diatas ds sedang bertanya khabar ketua pemuda teluk intan dan keluarga beliau.... bapa kepada kp teluk intan yang dikenali ds dan jemaah yang lain.





meja ds dan pimpinan betul-betul berhadapan tempat berucap.
yb anuar sudin bersebelahan mb perak pilihan rakyat.




doa kesyukuran berjaya menganjurkan majlis dan doa makan sebelum memulakan majlis
(ust rizal)sedang berdoa dan sebelah beliau (hj azhar rafai) pengerusi majlis.






kemeriahan yang hadir, antara mereka yang memenuhi ruang.



yb anuar bin sudin(adun cangkat jong) menyampaikan ucapan semperna kemeriahan makan malam tersebut mewakili tuan rumah iaitu pas kawasan teluk intan.
antara kekesalan beliau dalam pengunaan areana square dan beberapa lagi kekejaman umno/bn dalam menyekat yb/ adun-adun pakatan rakyat daripada mendekati rakyat pada tempat masing-masing.



s.surianarayanan menyampaikan ucapan mewakili himpunan penyokong pas perak dan menyatakan sokongan bukan islam kepada pas.



atas permintaan ds nizar agar 2 orang muda dipilih untuk menyampaikan ucapan sebelum beliau menyampaikan ucapan.
antara yang berucap adun hutan melintang(yb k. sevan)
beliau berucap di mulakan dengan ucapan alhamdulillah dan banyak ayat al-quran yang dibaca beliau malah beliau mencabar ahli parlimen bagan datoh agar berdebat dengan beliau isu kemiskinan penduduk bagan datoh selama 52 tahun mereka memerintah.





ds nizar jamaluddin menyampaikan ucapan beliau yang ditunggu-tunggu oleh semua tetamu yang hadir...

Friday, February 26, 2010

pertukaran ahli panel

mereka umno/bn kata banyak hujah dan mereka juara bagi rakyat. mereka lah yang membela agama dan bangsa hingga terbakarnya bayi disana-sini.
hari ini terbukti apabila pertukaran ahli panel untuk menunujukkan kebenaran mereka biar rakyat lihat...
biar rakyat tentukan... 54 tahun memerintah.
perarakan maulidur rasul nak tapi bila apa yang nabi jadi kan sunnahnya kamu tak mau ikut...





ini dahulu kenalah tukar takut-takut tiada modal lain sekali dengan pengerusi majlis pun minta tukar. yang penting pas yakin akan terus perjuang apa yang perlu dijuangkan...




pas tetap komited dan sensitif dalam menjaga maruah umat islam/ bangsa melayu selama ini tercemar dan tiada batasan.
kesedaran dipupuk dari sekarang agar ia tidak keterlaluan dan susah untuk dibendung...

Thursday, February 25, 2010

jauhi zina -kp-


1. Kesibukan kita berpolitik samaada dari pihak Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional , negara kita hari ini tidak boleh dipalingkan dari satu musibah besar yang melanda peradaban dan tamaddun kita .

2. Saya maksud di sini ialah masaalah gejala sosial , pergaulan bebas dan zina . Pastinya ini adalah isu yang melangkaui sempadan parti yang kita dokong . Ia adalah masaalah semua yang mesti ditangani segera . Jika tidak hancurlah generasi kita .

3. Pergaulan bebas dan zina ini tidak kenal parti mana atau ideologi apa . Ada anggota Barisan Nasional yang terlibat dan ada anggota Pakatan Rakyat yang terlibat malah yang tidak menganggotai mana - mana parti pun turut terlibat.

4. Apabila agama dan moral tidak menjadi asas dan pegangan penting individu dan masyarakat hari ini , saksikanlah padah dan akibat yang terpaksa diterima dan ditanggung hari ini .

5. Negara kini sarat dengan berita yang memualkan malah membimbangkan , bagaimana generasi kita sedang membesar dalam persekitaran yang memjadi ancaman kepada akhlak dan moral mereka . Masa depan mereka kian kelam malapetaka yang sedang melanda negara ini .

6. Ini merupakan hukuman Allah swt ke atas ummat yang alpa dan leka akan tanggungjawab mereka untuk melaksanakan syariatNya di atas muka bumi ini . Kuasa diberikan , mandat diserahkan tetapi mereka menjadi mabuk dengan pengaruh dan kuasa mereka lalu tenggelam dalam maksiat dan mungkar .

7. Pelaku maksiat pula makin galak sementara kegiatan mereka seperti ada pihak yang membiayainya . Selalu menjadi mangsa tangkapan hanya anak bilis dan mangsa - mangsa yang terperangkap dalam gejala maksiat ini tetapi penganjurnya , pembekalnya , penjualnya malah penaungnya sering lepas dan bebas .

8. Sampai bila perkara ini mahu dibiarkan ? Nak tunggu negara ini menjadi seperti Amerika ? atau hanya menanti seperti apa yang berlaku kepada bumi Nabi Luth ? Waktu itu , tiada apa lagi yang boleh dikesalkan kerana segala - galanya telah binasa . Kenapa tidak bertindak sekarang ? Bukankah kita semua sedar bahawa ini bahaya yang sedang melanda negara dalam keasyikan kita berpolitiking antara satu sama lain .

9. Segala undang - undang dan peraturan manusia kelihatan gagal dalam menyelesaikan masaalah yang telah membusut dan berakar dalam masyarakat kita hari ini . Telah tiba masanya negara kembali kepada ajaran Islam yang mengajar nilai pahala dan dosa sebagai benteng kukuh menyelamatkan masyarakat kita dari asakan gejala negatif ini .

10. Dari sinilah bermulanya perjuangan untuk menuntut berlakunya perubahan dalam negara kita . Bukan sahaja kita nak berubah kerana soal rasuah , kehakiman , penyelewengan , penyalahgunaan dana negara , pengkhianatan terhadap amanah rakyat tetapi juga perubahan dituntut untuk menjadikan negara selamat dan sejahtera dari pengaruh maksiat dan mungkar .

Tuesday, February 23, 2010

seronoknya berjemaah... -tamrin dppn-

selepas penat dalam program khidmat masyarakat(membersihkan kubur) peserta tamrin diberi pengisian berbentuk jihad untuk tarbiah setiap ahli dalam menjaga tatatertib sebagai seorang jemaah dengan lebih berdisplin.





tazkirah diberikan ust ibrahim tentang amanah didalam jemaah, perkara yang perlu dijaga apabila berjihad. tazkirah jihad...






semua kusyuk mendengar tazkirah jihad dari ust ibrahim, kebiasaan keletihan menyebabkan ada yang tidur tetapi kali nie semua memberi perhatian sepenuhnya.




ni lah dia alat buat ais krim. dalam bekas alumnium tersebut boleh dimuatkan 100 batang ais krim. abang tu nga memusingkan bekas tersebut agar haba sejuk memenuhi bekas tersebut dan membekukan ais krim.



ais krim yang baru siap dibekukan, sedap tu ngah panas-panas.
gamabar diatas pengerusi lujnah tarbiah negeri perak merangkap ketua pemuda teluk intan sedang merasa ais krim.




hadiah diberikan kepada kumpulan 3 yang menang dalam pada malam sebelum itu. pertandingan mencari benda(kambing).





belajar sembelih ayam. jangan pandang ringan atau mudah.
silap sembelih atau niat, tak boleh makan...





ada gaya macam musang tak???


ayam dibahagikan/dikecilkan kepada beberapa bahagian.







masak dalam buloh wow, itu bukan lemang tapi nasi tu.
sedap, siapa nak rasa kena tanya saper yang pergi kea tamrin nie.
yang penting pas bukan sb.





selepas makan semua bersama-sama dalam menyejukkan badan, sambil mendengar taujihad ust nri al-amin



pemangku ketua pemuda pas perak(ust nuri al-amin) menyampaikan taujihad kepada semua yang hadir... gambar diatas beliau memberikan taujihad dalam air santai tapi penting dan jngan pandang kecil...

Monday, February 22, 2010

BLOGGER ADALAH LIDAH RASMI PAS


perasmian penutup yang disampaikan af ust.abu bakar(pesuruhjaya pas perak) banyak mengingatkan semua blogger-blogger pas perak akan apa yang blogger pas perak perlu lakukan telah diberi garis panduan. ikuti perasmian penutup konvensyen blogger pas perak baru-baru ini di parit buntar.

blogger adalah lidah rasmi pas bagi setiap negeri mahu pun pusat. kerana pas tidak mempunyai satu media yang adil dalam menyampaikan hasrat parti ini yang membawa islam kepada masyarakat dan rakyat terutama di perak.
blogger pas juga perlu menangkis seberapa banyak penipuan yang dibuat oleh media yang ada hari ini. kebanyakan media yang ada tidak bebas dan dipengaruhi oleh umno/bn untuk memburukkan pembangkang. perkara yang tidak berlaku sengaja diada-adakan bagi mengeruhkan keadaan.
blogger juga berperanan bagi mengubah minda orang melayu kita yang di setkan umno supaya tidak pandang kehadapan, blogger berperanan menceritakan apakah perancangan umno/bn akan buruk baiknya bangsa melayu akan apa yang tejadi pada masa akan datang.
blogger juga perlu menjadi sumber informasi kepada masyarakat dan rakyat.
isu yang diputar belitkan media tidak seharus blogger dikalangan pas di pengaruhi, kerana kita mempunyai prinsip tersendiri.
blogger juga perlu sensitif dalam perkara dalam membabitkan isu-isu maksiat dan tidak bermoral agar rakyat lebih peka dalam keadaan sekarang.
penghinaan terhadap manusia/ nabi/ ulama haruslah ditangani dan diberita luaskan.
percaya akan perjuangan ini yang sentiasa berpegang akan prinsip dan tidak lari dari pegangan parti itu perlu ada dalam setiap ahli blogger pas.
mereka media pada masa kini membenarkan perkara yang salah dan apa yang benar mereka sanggah.
membanteras buta politik dan terus mendekatkan rakyat dengan politik, kerana itulah yang ditakutkan umno/bn dalam menangani kekalahan mereka. walaupun nabi sendiri berpolitik mereka menafikan kerana semakin ramai yang mengikut politik semakin besar kekalahan yang mereka alami.
membantu dalam setiap perkara yang berbentuk membanteras kemungkaran dan menguakuasa islam untuk diberitahu kepada umum.
DIHARAP SEMUA BLOGGER TIDAK ADA RASA SIMPATI KEPADA MEREKA YANG MENGFITNAH TERUTAMA MEDIA YANG ADA, TIMBULKAN RASA BENCI DAN TERUS MEMBENCI.

LAGI GAMBAR KONVENSYEN PAS NEGERI PERAK

selepas kenyang perut para peserta blogger konvensyen pas perak, diteruskan lagi dengan pengisian yang lebih menarik. selepas solat zohor semua blogger masuk kedalam dewan dan mendengar tiga kertas kerja yang dibentangkan dan termasuk penutup yang dirasmikan oleh pesuruhjaya pas negeri perak(ust. abu bakar husein). dan majlis bersurai sekitar jam 5.45petang.






mantan setiausaha akhbar(tn. hj anuar bin hashim) sedang menyampaikan kertas kerja kaedah teknik penulisan blog berkesan.





timb pj2 pas perak sedang memberi pandangan dan amanat kepada semua bloger agar semua bloger lebih konsisten dan beretika dalam tulisan dan blog mereka yang dibaca ada perbandingan dengan umno.
kita bawa islam dan blog kita juga mesti ditulis menggunakan ciri-ciri yang mempunyai akidah-ujar beliau-
beliau mempunyai blog tersendiri iaitu peraknangis.blogspot.com
(dr.khairuddin abd malik)



peserta dari teluk intan ni. tanye diorang apa-apa cerita yang diowang ni bawa balik dari sana. diorang nie betul-betul kusyuk dan menghayati apa yang disampaikan





perasmian penutup di rasmikan pj pas perak(ust abu bakar husein).




perlantikan blogger pas negeri perak dibuat, tempoh diberikan kepada mereka selama 2 tahun bagi melancarkan segala program blogger pas perak.

Saturday, February 20, 2010

sepanjang konvensyen blogger sebelah pagi


ust fairus(anak sengat) menjadi pengerusi majlis program.
KONVENSYEN BLOGER PAS NEGERI PERAK
bertempat: dewan konvensyen banjari -bio career, parit buntar. perak
masa:- 10.15a.m
20 februari 2010



perasmian konvensyen bloger pas perak, dirasmikan oleh yb khalil idham lim(ketua penerangan pas perak). semua peserta mestilah mengambil input yang terbaik dalam prog ini bagi pas menyampaikan kepada masyarakat dengan lebih tepat untuk menangkis serangan dan fitnah umno/bn...



sesi dialog bersama ds nizar jamaluddin timb pj perak. banayak perkara yang disentu beliau diantara ialah bloger pas mesti menjadi lidah rasmi pas dan bukan menghentam pas. yang penting mesti mempunyai strategi yang betul. tegur boleh tapi bukan hentam.


bloger intan hijau sedang bertanya akan pertanyaan iaitu langkauan bloger dari pimpinan, dan jawapan ds adalah itu adalah idea mereka tetapi tidak boleh lah mereka lari dari garis panduan yang telah ditetapkan...



cenderamata dan perasmian dari Q-HAR entertainment kepada ds nizar jamaluddin.




manager urusan bio career memberi cenderamata kepada drs khalil idham lim( adun titi serong) ketua penerangan pas perak sebagai tanda kenang-kenangan.





persembahan khas dari Q-HAR(monolog dan lagu ) projek ushawan al-banjari online, setiap dana diinfakkan untuk tabung dana bloger perak.



12.45 t.hari rehat yop.