Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Tuesday, December 29, 2009

umno perlu keluar dari bn


KUALA LUMPUR, 29 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.

Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno.

"Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS," jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.

Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.

"Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno)," jelasnya.

"Sebenarnya orang PAS ini dah masuk dah (menjadi dalang Umno)...sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat."

Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai 'Pemimpin Spiritual' dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN.

"Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini," sinisnya.

pelajar ditukar kepada mahasiswa


SKUDAI, 29 Dis: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam dicadangkan untuk menggunakan perkataan 'mahasiswa' menggantikan 'pelajar' pada nama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti tersebut.

Cadangan tersebut dibuat Pengerusi Pro Mahasiswa UTM, Nur Azim Fahada Ahmad dalam suatu memorandum kepada Naib Canselor Datuk Prof. Ir. Dr. Zaini Ujang semalam.

Beliau berkata, cadangan tersebut sejajar dengan kenyataan Timbalan Naib Canselor Prof. Dr. Tajuddin Ninggal dalam suatu upacara rasmi Universiti sebelum ini.

Beliau juga berpendapat, penggunaan perkataan 'mahasiswa' pada pertubuhan-pertubuhan siswa Universiti sekali gus mengiktiraf kedudukan mahasiswa sebagai kelompok intelektual terpilih di peringkat Universiti.

Beliau turut memaklum inti perbincangan ProM UTM dengan pentadbiran Universiti, sebelum upacara penyerahan memorandum dilakukan.

"Dalam pertemuan tadi (Isnin), perbincangan kami lebih menumpu pada bagaimana semua pihak dapat bekerjasama dalam menjayakan Pelan Pembangunan Mahasiswa dan melestarikan ilmu di semua peringkat," dipetik dari laman rasmi ProM UTM, promahasiswautm.blogspot.com

Dalam perkembangan yang sama, lebih 50 orang mahasiswa berhimpun di lobi pejabat pentadbiran Universiti menuntut diadakan Majlis Pengenalan Calon dan kebebasan berkempen dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang dijangka umum diadakan pada awal Januari depan.

Friday, December 25, 2009

majlis perasmian pecah tanah masjid desa bakti

25.12.09(jumaat), pukul 10pagi. majlis perlancaran pecah tanah masjid desa bakti
yang dirasmikan oleh yb anuar sudin(adun n56 c.jong)


ucapan pengerusi masjid...



ucapan alu-aluan wakil pas caw desa bakti



ucapan perasmian yang di rasmikan oleh yb anuar sudin(adun c.jong) mewakili pr


penyerahan cenderamata dari pihak pengerusi masjid kepada yb sebagai perasmi.


orang ramai mula bergerak untuk majlis perasmian masjid desa bakti.


majlis perasmian pecah tanah yang dirasmikan oleh yb anuar sudin(adun n56 c.jong)



semua bergambar kenang-kenangan...

Tuesday, December 22, 2009

perlancaran orang muda geng kita zon pesisir

ahad, 20.12.09(03muharam1431h) majlis penyerahan beg sek kepada kanak-kanak yang memerlukan dan berdekatan dengan musim pembukaan sek ini. dewan pemuda teluk intan juga tidak melepaskan peluang dan mengambil kesempatan menganjurkan pelancaran orang muda geng kita zon pesisir yang jauh nun disempadan selangor perak, kg. yang akhir sekali sebelum sampai ke jambatan sabak bernam. hasrat umno/bn mengasingkan mereka bagi membolehkan bahawanya tiada orang lain yang mengambil peduli akan mereka dan akan terus mengundi umno/bn.


sdr adnan mempengerusikan majlis pada hari tersebut...



hadirin dan hadirat yang hadir pada majlis tersebut, walaupun hujan, duit tidak disediakan orang masih ramai ini lah perkembangan yang baik di kaw pendalaman sekali pun kepada pr.


che mat hashim ketua bahagian keadilan teluk intan berucap mewakili keadilan teluk intan.


ucapan ketua pemuda keadilan bahagian teluk intan(sdr.muzafar)



ucapan ketua pemuda pas kaw teluk intan(us. fatah awang) bagi mewakili pas kaw teluk intan dan merasmikan orang muda geng kita zon pesisir.


tazkirah semperna maal hijrah1431h turut sama dalam prog tersebut, malah ust begitu uzur tetapi masih kuat untuk berjihad dan berlawan malah memberi semangat kepada golongan muda yang hadir. diperingatkan hadiah beg ini untuk adik-adik/anak-anak belajar dengan bersungguh-sungguh dan apabila sudah berjaya jangan dilupa akan gerakan islam, sumbang lah dengan kemampuan masing-masing- ujarnya.



ketua pemuda keadilan bahagian teluk intan menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak semperna pembukaan sekolah semakin hampir. sebahagian daripadanya disampaikan oleh k.p pas teluk intan.





ketua pemuda t.intan(ust abd fatah awang) menyampaikan sebahagian daripada penerima, dan kebanyakannya adalah dikalangan kaum india yang hadir. ini lah yang dikatakan pr!


gimik perlancaran, ketua pemuda teluk intan menyerahkan stiker orang muda geng kita sebanyak 150 keping kepada ketua seketeriat pemuda pr zon pesisir untuk di agihkan kepada pemuda di sekitar zon pesisir.


penyerahan vcd isu semasa di malaysia kepada ketua caw adil sg.samak dan merupakan tuan rumah.


penyerahan borang ahli parti keadilan kepada wakil parti keadilan bahagian teluk intan, ini satu petanda baik kepada zon pesisir yang sebelum ini tidak mahu dan takut bersama pembangkang. ini petanda penerimaan masyarakat setempat akan kehadiran pr di teluk intan khususnya dun cangkat jong.


doa dibaca, bagi memberkati majlis dan jamuan makan...



semua menjamu selera walaupun berbeza bendera.

umno putar belit isu ajk masjid


IPOH, 22 Dis: Umno Perak didakwa cuba memutar belit dan mempolitikkan isu perlantikan Ahli Jawatan Kuasa Masjid di negeri itu selepas mereka tidak berpuas hati dengan senarai baru yang telah disahkan oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Drs. khalil Idham Lim memberitahu, perkara sebenar disebalik itu adalah kerana Umno tidak berpuas hati apabila kerajaan negeri Pakatan Rakyat sebelum ini membiarkan kaedah betul diguna semasa membuat pemilihan untuk disenaraikan.

Kaedah itu adalah dengan membiarkan mereka yang telah dipertanggungjawab oleh Majlis Agama Islam Perak (MAIP) iaitu Orang Besar Jajahan (OBJ), Penghulu Mukim dan Pegawai Tadbir Agama (PTA )membuat pilihan tanpa campurtangan politik mana-mana pihak termasuk Pakatan Rakyat.

Namun kaedah betul itu telah bercanggah dengan amalan turun temurun Umno negeri itu yang membuat senarai pemilihan mengikut kehendak parti itu.

"Sebelum ini Umno guna kaedah ketua cawangan pilih, kemudian diserahkan kepada ketua bahagian, lepastu diserah kepada Pengarah JAIP untuk disahkan oleh Majlis Agama (MAIP).

"Mereka cuba membonekakan JAIP (Jabatan Agama Islam Perak) dengan tidak membenarkan JAIP ubah senarai itu malah dipaksa untuk mengesahkannya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Umno telah menuduh Pengarah JAIP, Datuk Mohamad Nor Mansor bersekongkol dengan Pakatan Rakyat tanpa sebarang bukti.

Mohamad Nor dituduh memotong nama-nama yang telah diperkenankan oleh DYTM Tuanku Raja Muda dan menukar dengan nama-nama pemimpin Pas, sebelum senarai itu dihantar semula ke pejabat JAIP dan kemudian membuat senarai baru tanpa merujuknya semula kepada OBJ.

Khalil yang juga turut mengulas perkara itu dalam blognya memberitahu, selain tuduhan tersebut berniat jahat dan tidak berasas, ianya juga satu penderhakaan terang terangan terhadap senarai yang telah diperkenan Tuanku Raja Muda Perak.

Ianya kerana Pengarah JAIP adalah Setiausaha Majlis Agama Islam Perak yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perak sendiri.

"Tindakan UMNO mempertikai senarai yang diumumkan adalah bagi saya telah menderhakai perkenan DYTM Raja Muda Perak," katanya yang juga ADUN Titi Serong.

Pengarah dan pegawai JAIP katanya tidak semudah tuduhan yang dilemparkan itu untuk meminda senarai yang telah diperkenan Tuanku.

"UMNO yang cuba mempolitikan mesjid sekian lama dengan cuma beralasan antaranya senarai Pengerusi dan Setiausaha Masjid di Mukim Slim dan Behrang Ulu dalam Parlimen Tanjong Malim didapati berlainan dari senarai asal," katanya lagi.

Menurutnta juga senarai AJK mesjid telah tertangguh perlantikannya sejak tahun 2007 lagi.

Paling berat katanya apabila Umno juga menuduh PTA cuba mempercepatkan majlis pentauliahan selepas menerima senarai bagi menyembunyikan tindakan menukar senarai tersebut.

"Umno cuba mengenepikan Istana demi mencapai hasrat mereka menguasai masjid.

"Kalau ikutkan, orang Umno memang tidak layak, orang kampung sendiri pun tak mahu orang Umno jadi Ajk masjid sebab mereka tak pergi masjid pun," katanya.

Sunday, December 20, 2009

usrah pemuda neg perak bulan disember/awal muharam

19.12.09(sabtu) seperti kebiasaan lujnah tarbiah pemuda pas menganjurkan liqa fikri yang membabitkan semua pemuda kaw dan liqa pemuda sekarang berputar di pelusuk perak bagi kita merapatkan ukhwah dan mengenali tempat-tempat sahabat-kita yang lain dari kaw yang berbeza. pada bulan ini tiba lah giliran teluk intan menjadi tuan rumah.


solat isyak berjemaah, solat hajat yang diimami ketua luj tarbiah(ust nuri al-amin).


makan ape yoep? dengar cite kambing???


selepas makan basuh talam lah, kita mana ada tukang basuh macam umno. pahala besar tuuu...


ust abd fatah awang(k.pemuda kaw teluk intan) adalah salah seorang pengisi pada malam tadi. antara beliau sentuh berkenaan tanggungjawap kita sebagai ahli kepada parti.






ust nuri al-amin(timb ketua pemuda perak) yang baru balik dari belanda, menggantikan naqib yang sepatutnya hadir ust harun taib(ketua dewan ulama pusat), atas dasar pekara yang tidak dapat dielakkan beliau tidak hadir dan digantikan oleh timb ketua pemuda neg merangkap ketua lujnah tarbiah.

amk demo bantah tangkap pemimpin mereka


SHAH ALAM, 19 Dis: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengadakan demonstrasi aman di perkarangan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membantah tindakan polis menangkap dua pemimpin mereka di bawah Akta Hasutan.

Demo itu diadakan sebaik sahaja konvensyen itu berhenti rehat tengahari tadi.

Polis menahan dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor kerana mengedar risalah yang dipercayai mempunyai unsur hasutan di perkarangan masjid negeri di Shah Alam semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Ketua AMK negeri, Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dan Timbalan Ketua AMK Kelana Jaya, Azizi Ahamad ditahan pada kira-kira pukul 2.10 petang selepas selesai solat Jumaat.

Beliau berkata kedua-dua mereka yang ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Saturday, December 19, 2009

selamat datang ke teluk intan, n56cangkat jong


kepada semua yang akan hadir pada malam ini, usrah pemuda pas neg perak di markaz pas kaw teluk intan. kami sediakan peta ringkas untuk memudahkan sahabat-sahabat sampai ke ke sini. ahlanwasahlan

Friday, December 18, 2009

melahirkan murabbi


ketua pemuda pas pusat(ust.nasaruddin tantawi)

Arkitek Generasi Pelapis Murabitun

Pendahuluan

Tarbiah dan Murabbi dua perkataan yang tidak boleh dipisahkan sama sekali.

Ø Oleh kerana PAS mengutamakan tarbiah, maka murabbi adalah satu komponen yang terlalu penting dalam PAS.


Ø Pelapis murabitun mesti dibentuk dan disediakan setiap masa bagi memastikan kesinambungan kegemilangan PAS


Ø Oleh itu murabbi yang berkualiti perlu ada dan berfungsi dalam membina pelapis murabitun.


Ø Konsep murabbi telah lama wujud dalam Islam, sejak zaman Rasulullah hingga kini dalam setiap gerakan Islam.


Ø Imam Al-Haddad : “jadilah kamu dengan syaikh murabbi kamu bagai seorang mayat di tangan tukang mandinya, jika diangkat tangan maka terangkatlah tangan, diturunkan maka terturunlah”


1. Sifat Murabbi


· Ibn Mubarak : “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agamamu” (Peri penting pemilihan murabbi)


· Sifat peribadi seorang murabbi (bertaqwa, wara’, menjaga adab dgn Allah, hati yang bersih, berilmu tinggi, sabar, penyayang, berhemah tinggi, kuat berdakwah, berhikmah dll)


· Murabbi perlulah seorang yang berilmu agama yang mantap agar apa yang ditarbiah sesuai dengan dasar perjuangan Islam sebenar. Oleh itu, para ulama dalam PAS sangat bertanggungjawab sebagai para murabbi.


· Sifat murabbi dalam jamaah (adab berjamaah, hubungan yang baik dengan pimpinan, tsabat, rajin, cekap berorganisasi, sifat2 jundullah dlm surah al-maidah, lengkap rukun bai’ah 10, dll)


· Sifat murabbi dengan generasi pelapis (guru, pendidik, bapa, abang, pemimpin, model contoh, kaunselor)


· Kitab-kitab tarbiah seorang murabbi seperti Tarbiyatuna Arruhiyyah (Sa’id Hawa) mesti dihadamkan


2. Pra-syarat Murabitun


· Bekerja dengan jamaah bukanlah sesuatu yang mudah. Maka persediaan rapi perlu ada. Murabitun adalah tulang belakang jamaah, maka golongan ini terlalu penting.untuk dipersiapkan.


· Bakal murabitun perlu dipersiapkan dengan beberapa sifat iaitu: berilmu, faham tuntutan jamaah, bersih jiwa, cekap berorganisasi, tabah, tsabat, berhemah, berhikmah dll.


· Pra syarat untuk menjadi murabitun begitu tentu sekali adalah ditarbiah dengan teliti dan sentiasa bersedia untuk ditarbiah.


· Para ulama agung silam yang mewaqafkan diri mereka untuk perjuangan Islam semuanya telah ditarbiah secukupnya oleh para murabbi mereka sebelum muncul sebagai sebutir permata perjuangan.


3. Tarbiah rukun asasi


Ø Tarbiah adalah modal utama jamaah Islam. Tanpa tarbiah rosak perjuangan


Ø Tarbiah yang lengkap memerlukan bukan sahaja modul dan silibus, tapi aspek utamanya adalah pentarbiah itu sendiri (murabbi).


Ø Allah memerintahkan agar kita bertanya kepada Ahluzzikr, dan bukan hanya setakat mengkaji, membaca dan berfikir.


Ø Maka jamaah Islam perlu melakarkan pelan membentuk murabbi, menyebarkan mereka, dan menyediakan prasarana diperlukan selengkapnya untuk tugasan tarbiah di mana jua.


Ø Antara yang perlu disediakan untuk murabbi adalah:


Ø Lokasi

Ø Kewangan

Ø Soft skill

Ø Kerjaya

Ø Bahan bantu


4. Murabbi pelakar pelan generasi akan datang


Ø Tanggungjawab murabbi membentuk generasi murabitun akan datang


Ø Sebagai arkitek, murabbi perlu melakar bagaimana membangunkan generasi murabitun yang kukuh, faham dan memainkan peranan dengan baik.


Ø Tanpa murabbi, murabitun yang lahir akan cacat tarbiah, sekaligus mencacatkan pemerkasaan jamaah.


Ø Hasilan tarbiah seorang murabbi yang mantap akan melahirkan murabitun yang kukuh


Ø Kajian mendapati kecelaruan fikrah di kalangan sebahagian anggota PAS adalah kerana kekurangan murabbi yang jitu di sesetengah tempat


Ø Murrabi perlu sentiasa meyematkan di dada kalam Imam Hasan Al-Banna “realiti hari ini adalah impian semalam, dan impian hari ini adalah realiti esok hari”


5. Murabbi penyelia binaan akan datang


o Selain melakar pelan, murabbi juga perlu sentiasa menyelia pembinaan generasi murabitun agar tiada yang futur atau lari dari trek perjuangan.


o Murabbi tidak boleh berlepas tangan dari hasilan air tangan tarbiahnya.


o Murabitun perlu sentiasa berhubungan dengan murabbi agar terus memahami perjuangan dan tsabat di atasnya.


o Penyusunan murabitun yang telah siap ditarbiah di setiap tempat akan memudahkan gerak kerja jamaah.


o Syaikh Sa’id Hawa : 3 sifat faktor kegagalan murabitun : Malas, takut, kedekut. Murabbi perlu memastikan sentiasa 3 sifat ini tiada pada murabitun sentiasa.


6. Penutup - Murabbi cemerlang, murabitun cemerlang


o Keberkesanan tarbiah PAS bergantung pada kecemerlangan murabbinya. Maka penekanan pada para murabbi sangat perlu.


o Murabbi yang cemerlang akan merangka pula pelan, bertindak, dan kemudian menyelia generasi-generasi murabitun.


o Generasi murabitun akan datang juga cemerlang apabila ditarbiah dengan lengkap oleh murabbi yang cemerlang.

Katakanlah inilah jalanku, aku berdakwah kepada Allah atas basirah, jalanku dan jalan sesiapa yang mengikutiku…

yb cangkat jong ziarah kematian dan mengimamkan solat jenazah

jumaat, 18/12/09. kehadiran yb adun cangkat jong(hj anuar sudin)ke masjid sg.kerawai untuk menziarahi kematian dan mengimamkan solat jenazah. yb dan rombongan pas kaw hadir ke masjid lebih awal dan solat jumaat secara jemaah dan setelah selesai solat jumaat, semua menanti jemaah kg. bahagia hadir atas permintaan waris si mati untuk meramaikan saf dan jenazah disolatkan pada pukul 2.15pm dan diimamkan oleh yb sendiri.

Wednesday, December 16, 2009

pemuda pas wilayah serah memo


KUALA LUMPUR, 16 Dis: Dewan pemuda PAS (DPP) Wilayah hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menuntut penjelasan berhubung status tanah Masjid Sri Hartamas.

Ianya dibuat ekoran MAIWP masih lagi berdiam diri biarpun isu tersebut dilontar awal minggu lalu dan memohon penjelasan segera dari majlis agama tersebut yang bertanggungjawab secara langsung berhubung penukaran status tanah itu kepada kawasan komersil.

Status tanah masjid beralamat di Lot 48671 di Jalan 19/70A, Desa Sri Hartamas itu didakwa telah ditukar dari tanah Masjid kepada tanah Pembangunan (Perniagaan) untuk dimajukan.

Memorandum tersebut diserahkan ketua DPP Wilayah, Kamaruzaman Mohamad bersama Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu pertemuan dengan ketua pegawai eksekutif MAIWP, Tuan Haji Anan Mohamad di pejabatnya.

Mereka menuntut penjelasan MAIWP terhadap 12 perkara yang berkait dengan isu tersebut seperti berikut:

1. Menjelaskan kenapakah status tanah berkenaan ditukar dari tanah ’Masjid’ kepada tanah ’Pembangunan (Perniagaan)’.

2. Memberikan sebab kenapa tanah itu tidak dimajukan bagi membina Masjid atau Institusi Islam lain yang sesuai dengan kedudukannya.

3. Menjelaskan sama ada tanah berkenaan telah disewakan atau dipajak atau dijual terus kepada Syarikat Leader Domain Sdn. Bhd dan Syarikat Glomac Resources Sdn. Bhd.

4. Memberikan justifikasi tentang kewajaran pembinaan Glomac Galeria bukannya MAIWP Galeria di atas tapak berkenaan.

5. Menerangkan apakah konsep pembangunan yang dibuat dalam projek Glomac Galeria dan apakah manfaatnya kepada umat Islam disekitar Sri Hartamas.

6. Menjelaskan apakah kepentingan MAIWP dalam projek Glomac Galeria.

7. Mendedahkan siapakah pihak-pihak lain yang berkepentingan dalam memajukan projek berkenaan.

8. Memberikan jawapan bagaimana 20 unit untuk lot perniagaan yang sedang dibina dalam projek Glomac Galeria boleh mendapat status pegangan bebas dan apkah kesannya terhadap status tanah Lot 48671 kelak.

9. Menyenaraikan senarai nama pemilik-pemilik 20 unit lot-lot perniagaan yang didakwa oleh Glomac Berhad sebagai sudah habis dijual dengan status geran milikan ’Free Hold’.

10. Menjelaskan ke manakah duit jualan bagi projek bernilai RM 8.3 juta itu di salurkan dan ;

11. Apakah baki kepentingan yang tinggal buat umat Islam di sri Hartamas setelah projek itu disiapkan.

12. Mendedahkan dokumen-dokumen Perjanjian yang terlibat dalam transaksi hartanah tersebut seperti Sale & Purchase Agreement, Joit Venture Agreement, Construction Agreement atau Building Agreement atau apa-apa dokumen lain yang terlibat.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuam hampir setengah jam itu, Idris memberitahu tiada apa-apa penjelasan diberikan dan pihak MAIWP meminta untuk membuat demikian kemudian.

Selain itu mereka dalam pertemuan itu juga diberitahu bahawa tanah berkenaan diberikan kepada syarikat Glomac Resources kerana syarikat tersebut memberi tawaran terbaik kepada MAIWP.

Idris juga berpendapat biarpun tanah tersebut tidak diguna untuk membangunkan masjid, namun wajar diguna untuk perkara yang memberikan kebaikan kepada ummat islam.

Manakala Kamaruzaman pula menyelar sikap Umno Wilayah Persekutuan dan Syarikat Glomac kerana dilihat mendahului MAIWP dalam menjawab isu tersebut sedangkan ianya dikemukakan kepada majlis agama islam itu.

Sehubungan itu mereka tetap akan menunggu penjelasan MAWIP.

kursus al-baghdadi

Kursus berlangsung di Markaz PAS kaw teluk intan. program guru-guru PASTI Perak Zon selatan. setelah selesai kedua-dua zon sebelum ini aiitu zon utara dan tengah kini bagi zon selatan pula menjalani kursus yang sama.
Kursus dikendalikan sendiri oleh Pengasas Program Al-Bhagdadi, AF Ustaz Jalaluddin Al-Bhagdadi dan krewnya(fasilitator).


suasana persiapan diawal prog...



sesi pembelajaran sedang berlangsung.




peserta sedang tekun mendengar penerangan.



peserta sedang mempelajari teknik al-baghdadi dan di tunjuk ajar oleh fasilatator yang bertugas...

prog yang selesai pukul anggaran 5petang, mudah-mudahan mendapat input yang betul dan dapat dipraktikkan nanti.

najib lulus bajet 3undi, zambri lulus bajet 20 minit


apa sudah jadi dengan Malaysia di bawah pemerintahan Najib? Bajet 2010 yang menelan belanja bilion ringgit diluluskan dengan suara lebih 3 undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi. Najib hilang kredibiliti, Ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi.

Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu.

Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja.

Bajet kali ini paling tidak sempurna kerana bajet tersebut gagal menyakinkan ahli Parlimen PR dan juga Ahli Parlimen BN. Perbahasan berlaku dengan penuh kecelaruan dan ketidakyakinan. Pengundian pula dijalankan ketika jumlah Ahli Parlimen PR dan BN hampir sama ramainya, sekiranya kehadiran ahli Parlimen PR melebihi BN sudah pasti bajet tersebut akan ditolak, di mana maruah Najib yang sememangnya sudah tidak punya maruah lagi sekiraya bajet 2010 ditolak oleh parlimen ?

Beberapa ahli Parlimen PR melihat bajet 2010 banyak kelemahan, antaranya pengurangan RM58 bilion wang Petronas yang sepatutnya diterima dalam suku akhir tahun ini. Cadangan Usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Bajet 2010 dinilai semula adalah sangat bertepatan. Bajet Najib dijangka akan gagal disebabkan faktor kesilapan kerajaan dalam mengambil kira pendapatan & perbelanjaan yang sewajarnya.

Di Perak bajet 2010 yang dibentang oleh Zambry dibentang dalam masa tidak lebih 20 minit. Bajet yang menelan belanja hampir 1 bilion, dibelanja untuk tempoh satu tahun dibentang dan diluluskan dalam masa 20 minit.

Bayangkan apa akan dan sudah terjadi dengan negeri Perak. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pembentangan bajet seluruh negara di mana bajet yang dibentangkan tidak dibahaskan oleh seluruh adun kerajaan haram BN. Pakatan Rakyat sejak dari awal sememangnya tidak mengiktiraf pembentangan bajet tersebut, seklipun PR tidak mengambil bahagian, mengapa adun-adun BN tidak mengambil bahagian untuk membahaskan bajet tersebut.

Mengapa adun BN tidak memberi cadangan, pandangan dan kritikan kepada bajet tersebut, kerajaan haram BN pula akan memberi penjelasan dan jawaban-jawaban terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam sesi penggulungan. Bajet Perak 2010 sebenarnya bajet yang tidak kredibiliti, tidak ada nilai dan tidak ada maruah. Ia sama tidak bermaruah sebagaimana tidak bermaruahnya kerajaan BN yang merampas kuasa dengan jalan yang paling jijik dan kotor.

terbaru kenyataan royalti minyak kelantan


dipetik dari blog tuan guru nik aziz(www.blogtokguru.com)

Pada umumnya, Orang Melayu ini beragama Islamlah. Akan tetapi , apabila ada parti Melayu dan pemimpin parti Melayu sebut agama lain politik lain maka inilah masalah. Ini kecelaruan pemikiran dan ini keceluparan. Keceluparan jenis ini tidak terbanding dengan keceluparan saya seperti yang dituduh Dato’ Awang Adek dalam kenyataannya di Pasir Mas pada 6 Disember 2009.

Saya dilihat celupar semata-mata kerana mempertahankan hak rakyat Negeri Kelantan untuk mendapatkan royalti. Saya dilihat celupar kerana ingin terus berdoa kepada Allah SWT agar Allah membuka pintu hati Perdana Menteri dan tidak terus menzalimi rakyat Kelantan. Saya dilihat celupar semata-mata kerana menegur presiden Umno diatas keengganan beliau untuk memberikan royalti itu kepada sebuah kerajaan negeri yang sah. Saya dipandang celupar kerana mendoakan kemusnahan kepada sesiapa jua yang zalim kerana royalti itu hak dari perut bumi kami. Ia hak yang termaktub melalui sebuah perjanjian bertulis yang sempurna di tahun 1974.

Celuparkah saya semata-mata kerana jujur membaca dan menafsir maksud perjanjian itu tanpa keliru? Kenapa harus ditukar pemberian dari royalti kepada wang ehsan dan diberi pula melalui sebuah jabatan kerajaan? Semua orang tahu, JPP itu bukan kerajaan. Seperti Jabatan Pertanian atau Jabatan perkhidmatan Haiwan, ia cuma Jabatan kerajaan. Pada saya sikap Umno yang sekular selama inilah yang menghalalkan dia bertindak sebegitu liar. Ini kerana Ugama Islam telah diletak diluar dari kandang politik dan pemerintahan. Dia(Umno) meletakkan soal dosa pahala diluar dari urusan pemerintahan. Barangkali bagi Umno, agama tidak lebih dari pengertian “religion” seperti apa yang difahami oleh orang barat. Inilah punca atau ibu kapada segala keceluparan Umno baik dalam isu royalti di Kelantan atau pelbagai isu keadilan, rasuah, demokrasi dan good governance disepanjang 52 tahun pemerintahan.

Sikap Umno yang menolak Islam syamil yakni Islam komprehensif padahal Allah Taala sebut, “ud khulu fis silmikaafah” iaitu hendaklah kamu terima Islam secara keseluruhan ini amat-amatlah mendukacitakan. Sepanjang berpuluh tahun menegur pendirian yang salah ini, seingat saya, saya belum lagi menerima respons Umno baik secara bertulis ataupun lisan. Ini yang menyebabkan kita tidak sanggup lagi ditipu melalui coklat Kit Kat bernama Kerajaan Perpaduan. Itu pertama .

Kedua, sesungguhnya amalan ia bercanggah dengan amalan Nabi SAW sendiri. Pada bila-bila masa sekalipun, tidak ada ruang dalam hidup Nabi, dalam hidup para khalifah dan para sahabat r.a. yang mengasingkan politik dengan agama dan agama dari politik.

Yang ketiga, didalam al-Quran; segala keperluan hidup manusia meliputi masalah sosial, masalah akidah, masalah ekonomi, masalah rumah tangga, masalah aman dan damai, masalah protokol dan hubungan diplomatik termasuk mengirim surat kepada semua raja dan pembesar negara- semua sekali ada disentuh. Ia disempurnakan lagi oleh riwayat dan hadith-hadith Nabi SAW.

Yang keempat bila kita asingkan politik dari agama, kita nak ganti dengan apa di tempat yang lompang itu? Ia sama ada kita turut penjajah atau turut nafsu ammarah kita. Dengan amalan songsang berkenaan apa jaminan di akhirat kelak, apa yang kita tiru selain dari Islam itu, akan mendapat keredhaan Allah?

Yang kelima, jika hidup kita dapat diurus sendiri tanpa perlu menurut Islam, apa gunanya kita dikirimkan oleh Allah SWT seorang Nabi? Manusia boleh fikir sendiri dan berbuat sesuatu mengikut nafsu sendiri? Pegangan dan amalan ini cukup sinonim dengan parti Umno. Inilah parti dan orang yang sebenar-benarnya boleh kita gelarkan sebagai bermulut celupar.

Seingat saya, sewaktu isu hak royalti mula-mula timbul, “orang ini” jugalah yang menyebut bahawa Kelantan tidak ada hak ke atas royalti. Ini terang-terang mendahului Perdana Menteri. Macam mana PM yang juga Presiden Umno di ketika itu, belum kata apa-apa dan belumpun putus apa-apa lagi, tiba-tiba Timbalan Pengerusi Umno Negeri sudah membuat keputusan? Ini orang panggil mendahului bos. Ini sebuah keceluparan yang melampau. Lebih melampau lagilah apabila kita hubungkan sikap celupar Dato’ Awang ini dengan sikap menolak Islam Umno yang lebih besar. Keceluparan jenis ini dua kali ganda lebih berbahaya.

Dengan pengisytiharan Perdana Menteri Malaysia terkini yang Kelantan akan diberi wang ehsan pula (walaupun saya tetap tidak boleh terima dan tetap akan terus berdoa), maka sahlah yang Dato’ dari Bachok ini sudah melampau batas. Dengan menyalahi segala tertib dan protokol, dia sudah menjadi terlebih celupar.

Hari ini pula, Perdana Menteri berkata bahawa beliau hanya akan mengikut undang-undang. Setahu saya, Akta Pembangunan Petroleum 1974; itulah undang-undangnya dan Kuli lah yang terlibat secara langsung dalam merangka serta menentukan kandungannya. Melalui blog beliau dalam Razaleigh.com misalnya, kita diberitahu dengan jelas bahawa perjanjian yang ditandatangani oleh semua Kerajaan Negeri dengan Petronas di ketika itu dibuat dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang sangat mudah hingga mana-mana budak sekolahpun boleh faham.( That agreement is made out in language simple enough for a schoolboy to understand, in both Bahasa Malaysia and English).

Dalam konteks hak royalti 5% Kerajaan-Kerajaan Negeri, Yang Amat Mulia Tg. Razaleigh menyebutnya begini:”The States’ rights to 5% of profit derived from the extraction of any petroleum resources is based on a quid pro quo according to which the States vested entirely and in perpetuity all their rights and claims to petroleum resources to PETRONAS. In return for this PETRONAS is legally bound to pay the states the 5% directly.” Pada saya ini terlalu jelas.

Keengganan pusat memberi royalti kepada Kelantan dengan menukarnya dalam bentuk pemberian wang ehsan bukan sahaja akan melanggar Akta Pembangunan Petroleum 1974, bahkan lebih besar, kerajaan Pusat juga akan dilihat menidakkan perjanjian yang sama terhadap negeri-negeri lain sekaligus menafikan hak rakyat di negeri-negeri tersebut. Mustahil kerajaan-kerajaan negeri lain tidak khuatir dengan sikap dan pendirian Kerajaan Pusat pimpinan UBN yang tidak konsistan.
Dengan sedikit kajian seperti yang saya kutip dari analisis di atas, saya betul –betul tidak faham bagaimana boleh seorang Perdana Menteri, masih yakin yang beliau bercakap mengikut undang-undang. Undang-undang mana lagi sedangkan apa yang Kuli sebut itulah undang-undangnya ! Di sini,salahkah jika mana-mana rakyat yang waras beranggapan yang Perdana Menteri mereka sudah meracau? Lebih teruk dari Awang Adek, Presiden Umno sendiri boleh dilihat sedang bercakap merapik dan bercakap celupar ?

Dalam menangani hal-hal yang berbelit-belit seperti inilah kadang-kadang, hati saya cepat terluka. Dalam keadaan-keadaan beginilah juga, kedua belah tangan saya menjadi cukup ringan untuk diangkat ke langit. Jika orang marah saya berdoa dan mengadu kepada Allah secara kuat dan terbuka ditempat ramai dalam kes penganiayaan ini, maka siapakah yang boleh menghalang saya dan rakyat saya dari terus berdoa dalam gelap di malam buta biarpun bersendirian? Saya pasti, pada akhirnya Allah tidak akan bersama dengan orang-orang yang menindas, zalim dan menekan.

"Bahkan Dialah (Allah) yang kamu seru lalu Dia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNyajika Dia kehendaki dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu.)
- Maksud Surah al-An 'am, Ayat 41-