Pages

bersih 3.0

bersih 3.0
DUDUK DAN BANTAH



Sunday, August 30, 2009

sambutan kemerdekaan di zaman 1 malaysia



Pada jam 12.00 a.m ini Negara kita mencapai 52 tahun kemerdekaan, apa yang pemuda dapat bawakan kali ini pemuda amat hairan selama 52 tahun kemerdekaan yang sama sambutan kemerdekaan tetap cara yang sama dan tiada perbezaan walau pun pemerintahnya islam cara sambutan kemerdekaan Negara tidak langsung mempunyai unsur2 islam. Cukup menghairankan walau pun bulan tersebut dalam bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmat dan mahgfirah mereka pemerintah di Negara ini masih menyambutnya dengan cara tersendiri.
Yang menjadi tanda soal kita semua kenapa mereka menyatakan Negara ini Negara islam tetapi tidak merujuk kepada cara2 islam, apa yang kita tahu saidina umar juga merdeka, bilal ar rabah merdeka, dan ramai lagi sahabat yang merdeka dari kehidupan yang sebenar dan berubah dari dahulu.
Kenapa Negara tidak mahu mengikut cara-cara tersebut untuk menyambut perayaan tersebut?
Apa yang kita tahu siapa kah saidina umar, sahabat nabi yang dijamin syurga dan pemerintahan nya cukup luas dan islam mula berkembang dizaman beliau, malah pemerintahan nya bukan sahaja dikagumi malah cucu nya pun masih menjadi kaguman pemerintah2 dunia masa kini, siapa tidak kenal khalifah umar al-aziz yang menjadi contoh kepimpinan baru pemerintah pr di pulau pinang. Kenapa orang yang bukan islam mengagumi pemerintahan islam yang begitu hebat tapi pemerintah yang mencanang 1 malaysia tiada contoh2 khalifah islam? Siapa yang dicontohi mereka? Apakah model yang ditunjukkan kepada anak-anak muda masa kini bahawa mereka nak anak muda menyelami kemerdekaan dan keperitan orang yang terdahulu. Adakah pemimpin Negara menyelami dan mentadbir Negara dengan mengambil iktibar agar Malaysia tidak digadai dan bersedia bila2 masa sahaja jikalau Malaysia diserang dari faktor pemerintahan dan peperangan?
Bukan nabi Muhammad yang menjadi contoh semua umat tidak kira agama dan bangsa sebagai umat akhir zaman kita wajib mengikutinya kerana ia diturunkan untuk memberi contoh kepada umat akhir zaman. Nabi tidak mengajar agar kita pemimpin membebankan rakyat dengan keperitan dan penderitaan yang lalu malah nabi mengajar cara pemerintah yang terbaik kepada jenerasi baru. Apa buktinya, apabila nabi memerintah nabi tidak menyuruh manusia membalas dan memusuhi golongan yang menyerang beliau ketika berhijrah ke madinah. Contoh lain pula nabi sanggup menerima Khalid alwalid dan menjadikan pemimpin yang diharapkan walaupun dahulunya ialah penghalang kepada pergerakan dakwah nabi.
Jikalau mereka pemimpin Negara tidak mahu dan masih berdegil dengan pemerintahan yang lama, hanya selogan yang baru tetapi mereka sama. Kita generasi baru harus membuat perubahan yang ketara agar mereka diberi pengajaran yang sepatutnya. Allah telah memberi banyak petanda bahawa tiada keredaan kepada pemerintahan yang sedia ada, musibah yang tidak putus-putus. Sesungguhnya kita lah yang dapat mengubahnya.
Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-52 dan selamat membuat perubahan daripada
pemuda pas kaw teluk intan.

Saturday, August 29, 2009

RENUNGAN BERSAMA

“sesungguhnya allah amat menyukai orang2 yang berjuang dijalannya dalam barisan yang teratur umpama bangunan yang tersusun : kukuh

(ash shaff: 4)

- ketahui lah ayat ini menerangkan pentingnya kerja berpasukan dan jemaah. Kerana sesungguhnya kekuatan yang ada didalam jemaah itu amat susah untuk di putuskan berbanding bersendirian dan apa yang kita harus tahu dengan ada nya jemaah maka pekara tersebut tidak akan putus sampai bila-bila. Sesuatu ilmu itu akan berterusan dan bersambung selagi ada jemaah dan pelapis yang mengikutinya.
- Barisan yang teratur umpama bangunan yang tersusun itulah yang dimaksudkan sebagai pemuda. Pemuda kerana kekuatan yang ada pada pemuda adalah lebih mantap dan kukuh dengan tenaga yang lebih berbanding dengan jenerasi yang lain dan ketika pemuda lah penentu sama ada dia akan terus istiqamah dalam perjuangan atau tidak.
- Ketika muda lah seseorang akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cubaan dan ketika pemuda lah beliau belajar menjadi seorang yang dipimpin atau terpimpin. Kerana itulah ada setengah orang mengunakan masa muda sebaiknya dan ketika ini lah mereka manfaaatkan kehidupan mereka pada jemaah. Kerana apa yang kita tahu kebanyakan daripada kita apabila usia melebihi dari usia muda mereka lebih banyak membantu daripada melakukan kerana pelbagai factor telah timbul dalam diri mereka.
- Menyesalnya mereka ketika muda mereka dihabiskan dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada semua pihak dan banyak pekara yang sepatutnya mereka boleh melakukannya mereka terlepas daripada melakukannya lebih-lebih lagi mereka yang jahil yang terpaksa mencari-cari lagi jalan untuk menemui jalan yang lurus. Mungkin mereka akan menjumpainya Cuma mereka rugi kerana terlambat melakukan sebanyak mungkin amalan ataupun mengumpul sebanyak mungkin pahala berbanding dengan mereka yang telah menasihati golongan ini sejak awal lagi.
- Sesungguhnya dalam bulan ramadhan ini ujian yang diberikan kepada kita manusia ini amat kurang dan manfaatkan lah sebaiknya mudah2an dapat dimanfaat atau diamalkan dalam bulan2 lain.
- Selamat menjalankan ibadat puasa dengan penuh keinsafan dan perubahan mudah-mudahan diberkati allah.
(Lujnah dakwah pemuda pas kaw t.intan)

Thursday, August 27, 2009

iftar unit amal neg perak



iftar jab amal neg perak yang dibuat semalam di ipoh untuk mengerat silaturahim antara jab amal dan ajk pemuda neg yang baru. prog ini dibuat dirumah yayasan amal di ipoh perak yang dahulu nya yayasan amal menyewa dan sehingga kerajaan pr neg perak di rampas yayasan amal tidak mampu meneruskan dan tersasar kepada tujuan mereka lalu jab amal neg perak menyambung tepat tersebut dan mungkin selepas ini prog pemuda akan dibuat disitu kerana pemuda tidak mempunyai tempat yang khusus selepas pej perhubungan neg di ubah suai. prog ini bermula dengan bacaan tahlil, berbuka pose, solat maghrib, isyak, terawikh dan tazkirah/ amanat dari ketua pemuda semperna ramadhan untuk menyuntik semangat kepada semua ahli yang hadir agar terus istiqamah dengan cabaran dan tohmahan yang sedia ada sekarang.



solat jemaah dan solat terawikh kemudian tazkirah



ust zawawi sempat(k.p. neg perak) memberi semngat dan peringatan dalam perjuangan.


ust zawawi hassan(k.p neg perak) sempat menyampaikan saguhati daripada pemuda perak semperna salah seorang ajk jab amal neg yang akan melanjutkan pelajaran di yaman.

takziah

takziah diucapkan kepada ketua penerangan pas kaw teluk intan iaitu abg muhammad bin hamzah atas kematian ibu beliau semalam. jenazah yang berada di taman meru ipoh akan disembahyangkan jam 10 pagi ini. sesiapa yang mempunyai kesempatan sama2 untuk menghadirkan diri untuk memberi penghormatan.

tahniah kepada yb ust salleh man



tahniah daripada pemuda pas kaw teluk intan diatas mengekal kemenangan di prk n11 permatang pasir. walau pun apa yang kita dengar bahawa nya pihak umno/bn menyatakan mereka dapat mengurangkan kemenangan yang lalu tetapi mereka lupa mejoriti yang mereka dapat pun rendah berbanding dahulu. apa yang kita tahu peratus keluar mengundi turun teramat teruk mungkin kerana mereka memilih masa yang tidak sesuai kerana puasa dan hari berkerja. walaupun dikatakan cuti sek.

iftar pas kawasan

bermula lah prog iftar pas kaw t.intan. prog yang bermula dengan berbuka puasa sehingga terawikh dan kemudian tazkirah daripada pimpinan pas neg. tetapi untuk hari tersebut prog digantikan dengan taklimat jentera p.raya kerana penyampai berada di prk permatang pasir. prog ini diadakan setiap hari selasa stiap minggu dengan diuruskan oleh pihak caw2, dewan2 dan mempunyai ketua2 pada kali ini pemuda diamanahkan menjadi ketua dalam prog ini.





orang ramai tengah menunggu waktu berbuka puasa sambil bertahlil, majlis yang bertembung dengan hari mengundi prk permatang pasir yang tertera akan kemenagan pas di permatang pasir ketika berbuka puasa. majlis berterusan dengan solat maghrib, solat isyak dan terawih secara berjemaah.



yb. anuar sudin selaku bendahari pas kaw sedang menyampaikan maklumat berkenaan dengan infak wajib, yang diperincikan sekali oleh dewan ulama pas neg tentang kelayakan memberikan infak wajib kepada parti daripada memberi kepada kerajaan haram yang selalu menyalah guna duit zakat kerajaan neg daripada yang sepatutnya.



pengarah pilihan raya pas kaw t.intan sedang menyampaikan taklimat terpeinci tentang persediaan upu2 dusetiap peringkat bagi bersama bersiap sedia pada bila2 kemungkinan yang akan berlaku pembubaran dun perak.

Sunday, August 23, 2009

BULAN RAMADHAN 1430H



PEMUDA PAS KAW TELUK INTAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK DAN TINGKATKAN AMALAN. MUDAH2AN DAPAT DIBAWA KE BULAN2 YANG LAIN.

Saturday, August 22, 2009

ceramah 19 aribulan anjuran pemuda mendapat sambutan

ceramah yang bermula jam 9.40mlm dbengkel saleh simpang3, bt9 cngkat jong meriah walaupun baru pertama kali pemuda pas kaw mengadakan ceramah di caw tersebut.




turut memberi ucapan pada hari tersebut adalah ust abd fattah awang (k.p pas kaw teluk intan) mewakili penganjur dan sedara azhar rafae (pengarah luj pilitik dan pilihan raya pas kaw t.intan)mewakili tuan rumah pada majlis tersebut.



ust akmal kamaruddin menyampaikan ceramah berkenaan isu perak yang menggantikan ust misbahul masduki kerana beliau berada di prk n11 permatang pasir.



khairul faizil, k.p johor yang merupakan tsu1 pemuda pas pusat menyampaikan ceramah terakhir. beliau sempat menceritakan asal usul pertubuhan umno dan apa kegunaan umno.



ANTARA PIMPINAN YANG HADIR PADA MALAM TERSEBUT




LUJNAH EKONOMI PEMUDA(LEP)PAS KAW SEMPAT MEMBUKA GERAI UNTUK MEMPROMOSI BARANGAN PEMUDA BAGI MELANCARKAN PERJALANAN PEMUDA DARIPADA SEBELUM2 INI



ANTARA HADIRIN YANG HADIR PADA MALAM TERSEBUT, DENGAN KERJASAMA PIHAK CAW MENYEDIAKAN TEMPAT YANG SELESA KEPADA YANG HADIR PADA MALAM TERSEBUT.



ADA DIANTARA HADIRIN YANG HADIR TERPAKSA DUDUK DILUAR KERANA PIHAK BERKUASA MEMASANG 2 KAMERA DI SETIAP SUDUT DALAM UNTUK MASUK TEMPAT CERAMAH, BIASA LAH TEMPAT PERTAMA MEREKA TIDAK MAHU LAH ADA SAMBUTAN YANG LUAR BIASA. BANYAK LAPORAN DARI PENGKIANAT PERAMPAS INI YANG TERPAKSA PEMUDA HARUNGI KETIKA PR MEMERINTAH MEREKA NAK BUAT AKTIVITI PARTI KITA TIDAK PERNAH HIRAU.

terima kasih kepada yang hadir. pemuda berasakan atas kesedaran mereka sanggup hadir untuk mendengar dan ingin membezakan yang mana buruk dan yang mana baik.

Wednesday, August 19, 2009

ceramah isu semasa



hadir bersama pas for all, pas untuk semua.

SUASANA DI PERNAMAAN CALON PRK N11 PERMATANG PASIR




DIAWAL PAGI SEBELUM SEMUA BERARAK KE TEMPAT PERNAMAAN CALON MENGIRINGI CALON PR.




ketibaan presiden pas dan mursyidul am (mb kelantan) ditengah pernamaan calon berlangsung. walau pun dikatakan mereka ke dua- duanya kurang sihat masih dapat menghadirkan diri memberi sokongan dan dapat bersama untuk memberi semangat pada para penyokong. turut hadir ketua umum keadilan anuar ibrahim dan k.menteri pulau pinang (tiada dalam gambar)





lautan manusia penyokong2 daripada pr, bermula dari awal pagi sehingga selesai pernamaan calon walau pun panas dan padat hingga ada yang diantaranya pengsan dan pitam kerana mereka mahu memberi sokongan agar pemimpin mereka lebih bersemangat untuk berjuang menetang umno.



pimpinan berucap diatas lori memberi semngat dan amanat sepanjang prk n11 permatang pasir selepas di umumkan calon yang akan bertanding dalam prk tersebut membabitkan 2 calon iaitu 1 lawan 1 antara pas(ust salleh man, pj pas pp) dan umno (rohaizat othman, s.u bah pemtng pauh). sebanyak 15 bantahan dibuat dan kita dapat maklumat bahawa calon umno telah digantung oleh majlis peguam kerana menipu pelanggan beliau dan pekara ini didedahkan sendiri oleh kaum2 umno.

Sunday, August 16, 2009

pemuda anjur ceramah.



pemuda teluk intan mengajak semua masyarakat yang berada disekitar t.intan menghadiri ceramah pemuda agar tidak ditipu oleh perampas neg perak. terutama mereka yang berada disekitar c.jong. bagi memastikan masyarakat mendapat manfaat dan maklumat yang sebenar.

pas for all, pas untuk semua.

semua dijemput hadir

perjumpaan blog dapat sambutan






perjumpaan bloger perak, yang dianjurkan oleh lujnah penerangan pas perak dapat sambutan. walau pun bukan semua bloger yang dapat hadirkan diri kerana urusan3 lain namun perjumpaan mendapat sambutan yang luar biasa. perjumpaan yang dibuat betul2 disebelah sungai dan dipendalaman adalah prog berbentuk santai disamping itu yb khalil idham lim atau lebih mesra dengan cina islam sempat membeli 2 bakul durian untuk peserta yang hadir.

prog ini juga untuk menjalin kan ukhwah dan kenal mengenal antara satu dengan yang lain. turut hadir dalam prog tersebut, pesuruhjaya pas neg(ust abu bakar husin), k.penerangan dewan pemuda pas neg(ust akmal) dan beberapa lagi.

tahniah kepada bloger perak.

Friday, August 14, 2009

MOHON ALLAH JAUHKAN DARIPADA ORANG2 BERIMAN




JAUHI BALA ALLAH TERHADAP UMAT ISLAM YANG TIDAK BERSALAH ITULAH YANG DIBUAT OLEH PAS KAW T.INTAN SEMALAM UNTUK ALLAH MENJAUHI PEJUANG2 DAN SELURUH UMAT ISLAM YANG TAAT KEPADANYA DARIPADA PENYAKIT YANG MENULAR KE NEGARA KITA TANPA MENGIRA SESIAPA.
DAN MERAGUT BEBERAPA NYAWA BUAT MASA INI. H1N1, PENYAKIT YANG BOLEH BERJANGKIT DENGAN MUDAH ITU TENGAH BERGERAK KE SELURUH NEGARA INI SEKARANG DAN KERAJAAN YANG ADA SEKARANG TIDAK BERSUNGGUH DALAM MENANGANI WABAK INI TERUS MASUK KE NEGARA INI.

SEMALAM PAS KAW TELUK INTAN TELAH MENGANJUR SOLAT HAJAT DAN MEMBERI PENERANGAN KEPADA YANG HADIR, TURUT HADIR DR. NAJIHAH AJK MUSLIMAT PAS UNTUK MEMBERI PENERANGAN BERKENAAN PENYAKIT INI.

Wednesday, August 12, 2009

PRIHATIN




ITU LAH YANG DILAKUKAN SEBAGAI SEORANG WAKIL RAKYAT,
YB ANUAR SUDIN ADUN N56 CHANGKAT JONG.
SEMALAM BELIAU TELAH TURUN BERTEMU RAKYAT DALAM MEMBERI KESEDARAN KEPADA BAHAYANYA H1N1
SEMALAM BELIAU TURUN KE PASAR SELASA KG. BAHAGIA UNTUK MENGEDAR RISALAH DAN MEMBERI PENUTUP MULUT SECARA PERCUMA. AGAR RAKYAT TAHU AKAN BAHAYANYA PENYAKIT TERSEBUT. MALAH BELIAU BUKAN SAHAJA MEMBERI SUMBANGAN PENUTUP MULUT ITU DIBERI SECARA PERCUMA MALAH BELIAU SEMPAT LAGI BERAMAH MESRA DAN MEMAKAIKAN SEBAHAGIANNYA.

Monday, August 10, 2009

pemuda teluk intan anjur ceramah dicaw cangkat jong




LOKASI TEMPAT CERAMAH PEMUDA


PEMUDA DALAM MISI MENDEKATI MASYARAKAT YANG BERADA DILUAR BANDAR DARIPADA TELUK INTAN DAN JUGA DALAM MEMBERI PEMAHAMAN KEPADA RAKYAT DILUAR BANDAR YANG DITIPU OLEH UMNO DAN BN YANG RAKUS. INI TEMPAT PERTAMA PEMUDA DALAM PROG TERSEBUT. INSYAALAH PEMUDA AKAN CUBA SECEPAT YANG MUNGKIN DAN PROGRAM INI SEBELUM PEMBUBARAN DUN PERAK TAK LAMA LAGI.
YANG PASTI PEMUDA AKAN TURUN KE PADANG SETAKAT MANA KEMAMPUAN KAMI, DALAM PADA ITU JIKALAU PROG INI TIDAK DAPAT DICAPAI DALAM MASA PRK TERDEKAT DI PERAK PEMUDA AKAN MENUMPUKAN SEPENUHNYA PADA PRU KE- 13 IAITU MENUMBANGKAN UMNO/BN YANG DIPERINTAH OLEH PM BERSIRI YANG TIDAK HABIS2 MENIPU RAKYAT.

LOKASI CERAMAH TERSEBUT ADALAH DI BENGKEL SALEH(TOK SIDANG C.JONG YANG SAH), SIMPANG TIGA BATU9 CNGKAT JONG. SEKIRANYA DARIPADA TELUK INTAN BENGKEL TERSEBUT BETUL-BETUL SEBELUM SAMPAI DISIMPANG TERSEBUT DISEBELAH KIRI. DARIPADA AIR HITAM BENGKEL TERSEBUT BETUL-BETUL DISEBELAH KANAN SELEPAS SEDIKIT DARI SIMPANG TIGA TERSEBUT.
SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAH KAN MAJLIS TERSEBUT.
PAS FOR ALL, PAS UNTUK SEMUA..........

Friday, August 07, 2009

timbln ketua lujnah tarbiah pemuda kaw kemalangan.



ust mohd firdaus, timb ketua lujnah tarbiah pemuda pas kaw sekarang berada di wad 2a hospital teluk intan perak. beliau yang bertugas sebagai guru dalam perjalanan balik ke rumah nya dan ketika itu hujan dan mungkin kerana hujan ada kereta yang hampir melanggar beliau yang menunggang motosikal dan beliau mengelak dan ada kereta yang datang lagi dan terus lah berlaku kemalangan tersebut. atas sebab tersebut beliau dalam pantauan pihak hospital sama ada perlu disimen atau disambungkan besi pada tulang tangan kiri beliau.

semua ajk pemuda digalakkan menziarahi beliau sekiaranya ada kelapangan...

allah memberi hikmah disebalik musibah tersebut. ketika ini lah waktu yang amat sesuai untuk berehat.

PENGURUS UNIT AMAL T.INTAN DILEPASKAN DENGAN IKAT JAMIN RM500



SALAM PERJUANGAN ITULAH YANG MAMPU PEMUDA PAS KAW T.INTAN KATAKAN KEPADA SALAH SEORANG AJK YANG CUKUP BERANI DAN MEMBERI KOTMITMEN PADA JEMAAH.
SHAHRUL IMAN BIN MOHD SALLEH ADALAH SALAH SEORANG AHLI JAWATAN KUASA PEMUDA BAGI SESI 2009-2011 DAN BELIAU DIAMANAHKAN MEMEGANG JAWATAN PENGURUS UNIT AMAL T.INTAN. DAN SELAMA BELIAU MEMEGANG JAWATAN TERSEBUT SEGALA KOTMITMEN DIBERIKAN MAHU PUN DI PERINGKAT KAW DAN NEG SELAGI MANA ADA KAITAN DENGAN JEMAAH.
BELIAU TELAH DITANGKAP ATAS ALASAN MEREKA SEBAGAI PERANCANG PERHIMPUNAN HARAM(UNIT AMAL)
BELIAU TELAH DIREMAN 4 HARI UNTUK SIASATAN. DARI 31HBJULAI- 3OGOS 2009, DAN TELAH SELAMAT SAMPAI KE TELUK INTAN PADA 4OGOS YANG LALU.

PEMUDA AMAT BERSYUKUR ATAS KEPULANGAN BELIAU, KERANA PEMUDA T.INTAN DAPAT MERASAKAN SEMANGAT BARU TELAH SAMPAI KE TELUK INTAN. KERANA APA YANG KITA TAHU APABILA SESEORANG ITU DIZALIMI MAKIN BANYAK LAH SEMANGAT2 BARU YANG AKAN BERJUANG DEMI MENEGAKKAN KEBENARAN. ITULAH YANG TERJADI DI KEDAH, TRAGEDI "MAMALI" WALAU APA PUN KENYATAAN MEREKA(BN) TAPI APA YANG KITA TAHU ORANG TEMPATAN MENGETAHUI PEKARA YANG SEBENAR MAKA SEMAKIN RAMAI ANAK MUDA BANGKIT DITEMPAT ITU.

MALAH APA YANG KITA DENGAR, SEMANGAT BELIAU WALAU PUN DI PENJARAKAN TIDAK PADAM. MALAH IA SEMPAT MENYATAKAN HASRAT UNTUK MENYERTAI DAN BERJUANG KETIKA PERHIMPUNAN TERSEBUT DAN RELA DITANGKAP PADA PERHIMPUNAN TERSEBUT BERBANDING APA YANG DIALAMI NYA ... BELIAU BERKATA INI JUGA PENGALAMAN YANG BUKAN SEMUA ORANG TERIMA MALAH ALLAH PILIH, HARAPAN PEMUDA PAS KAW AGAR BELIAU TERUS BERJUANG DAN JANGAN PUTUS ASA MALAH MENJADI PENIUP SEMANGAT KEPADA PEMUDA YANG LAIN.
TAKBIR..... ALLAHUAKBAR.

Tuesday, August 04, 2009

KAMI PEMUDA KAW AKAN AJAR DAN AJAK PEMUDA LAIN BERSAMA KAMI




TERIMA KASIH DAN TERUS BERSERTA BERSAMA KAMI. ITU LAH HARAPAN KAMI KEPADA SEMUA PEMUDA YANG USIANYA ADALAH DARIPADA 13-40 TAHUN. KAMI AMAT BERHARAP MEREKA DAPAT BERSAMA KAMI APABILA SEBARANG PROG YANG KAMI ANJUR TERUTAMA DI PERINGKAT KAW T.INTAN.

APA YANG KAMI BANGGA DENGAN KEHADIRAN YANG CUKUP MEMBERANSANGKAN DARIPADA PEMUDA T.INTAN WALAU PUN ADA YANG DALAM KELETIHAN KERANA BARU BALIK DARI KUALA LUMPUR PADA MALAM TERSEBUT BERTEMPUR DENGAN GAS PEMEDIH MATA DAN PELBAGAI UJIAN. MALAH MEREKA TETAP MENGHADIRKAN DIRI DENGAN SEMANGAT YANG KUAT DALAM HIMPUNAN PEMUDA PERAK YANG DIADAKAN PADA 2OGOS LEPAS DIMASJID TINGGI BAGAN SERAI. MALAH MEREKA TERPAKSA PULA BERKUMPUL DI MARKAZ PAS KAW T.INTAN SEAWAL YANG MUNGKIN KERANA KETETAPAN MASA AMAT PENTING DALAM PROG SEBEGINI BESAR. MALAH PEMUDA2 INI JUGA TAHU MEREKA AKAN BERADA DENGAN PELBAGAI RISIKO DISEPANJANG JALAN TERUTAMANYA. WALAU BAGAIMANAPUN SEMANGAT YANG ADA PADA MEREKA DENGAN TARBIAH YANG TINGGI PEMUDA T.INTAN DAPAT BERGERAK SERAMAI 47 ORANG MENAIKI 1 BAS DAN 2 BUAH KERETA. SEBELUM BERGERAK DARI T.INTAN SEMUA PEMUDA TELAH DIBERI TAKLIMAT TERLEBIH DAHULU OLEH K.P T.INTAN TENTANG KEMUNGKINAN YANG AKAN BERLAKU DALAM PROG ITU SEBAGAI PERSEDIAAN. DAN ALHAMDULILAH KAMI DAPAT PERGI DAN BALIK DENGAN SELAMAT KERANA MEMPUNYAI MAKLUMAT YANG CUKUP DAN SUDAH BERSEDIA DENGAN APA YANG AKAN BERLAKU.
MALAH KAMI BERASAKAN BARU LAH ADA UKHWAH YANG LUAR BIASA APABILA DAPAT BERKUMPUL SECARA BERAMAI2 SEPERTI INI. MALAH SIKIT SEBANYAK DAPAT MENGENALI KAWAN2 PEMUDA YANG LAIN. KAMI DARIPADA PEMUDA T.INTAN AMAT BERHARAP LEBIH RAMAI PEMUDA YANG AKAN MENYERTAI PROG SEPERTI INI DAN DAPAT MENYERTAI KAMI.

KEBANGKITAN PEMUDA PERAK






HIMPUNAN PEMUDA NEGERI PERAK, BUBAR DUN PERAK YANG BERLANGSUNG PADA 2 OGOS 2009 SAMPAI KETAHAP SASARAN YANG DIKEHENDAKI. MALAH PEMUDA NEG MERASA CUKUP BERBANGGA DENGAN KEJAYAAN PERHIMPUNAN TERSEBUT. PERHIMPUNAN YANG MULANYA MENDAPAT PERMIT DARIPADA PIHAK POLIS KEMUDIAN DITARIK BALIK DIAKHIRNYA ATAS ARAHAN POLIS BUKIT AMAN. DISEKITAR TEMPAT UNTUK SAMPAI KE TEMPAT PERHIMPUNAN POLIS MENGADAKAN SEKATAN JALAN RAYA. NAMUN BEGITU TIDAK MEMATAH KAN SEMANGAT PEMUDA UNTUK MENGHADIRKAN DIRI DALAM PROG TERSEBUT.
MALAH KETUA PEMUDA PUSAT SEMPAT MENGULAS TENTANG SEMANGAT JIHAD PEMUDA YANG HADIR PADA HARI TERSEBUT, WALAUPUN ADA DIKALANGAN MEREKA YANG KELETIHAN DIHARI SEBELUMNYA BERKEJARAN DENGAN PIHAK BERKUASA DI KUALA LUMPUR DAN ADA JUGA YANG DITANGKAP NAMUN TIDAK GENTAR UNTUK MENGHADIRKAN DIRI PADA HARI TERSEBUT.
TAHNIAH, TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN PROG TERSEBUT.